Urutan semasa bersalin

Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesakitan semasa proses bersalin ialah urutan. Suami boleh membantu isteri dengan mengurut bahu, belakang serta kawasan punggung isteri. Urutan ini mungkin tidak akan menghilangkan terus kesakitan yang dialami tetapi membantu dalam mengurangkan apa yang dirasai. Adakalanya isteri mungkin tidak memerlukan ubatan tambahan untuk mengurangkan kesakitan.

Urutan ini boleh dilakukan semasa fasa awal atau pun semasa fasa aktif ( sebelum proses kelahiran/meneran). Ini adalah kerana kebanyakan ibu digalakkan mengiring semasa di bilik bersalin maka suami masih boleh melakukan urutan ini. Urutan sakrum boleh dilakukan apabila kontraksi makin kuat.

Di sini disertakan cara urutan yang boleh dipraktikkan oleh pasangan.

urutan semasa bersalin

Comments are Closed