Tips atasi gastrik semasa berpuasa.

Pedih atau sakit pada ulu hati/perut sering dikaitkan dengan gastrik atau gastritis. Bila Ramadhan tiba, ramai yang beranggapan pesakit gastrik tidak boleh berpuasa.

Gastritis

Image credit : Googles

Ada beberapa tips yang boleh membantu pesakit gastrik menjalani ibadah puasa.

  • Menyegerakan berbuka & melewatkan bersahur.

“Sesungguhnya kami para Nabi diperintahkan untuk menyegerakan berbuka (sebaik masuk waktunya) dan melewatkan sahur.” (Majma’ az-Zawa’id, no. 2609. Kata al-Haitsami, “Hadis riwayat ath-Thabrani dalam al-Kabir dan para perawinya perawi kitab Shahih.”)

  • Minum susu sewaktu bersahur
  • Berbuka secara bersederhana. (Jangan mengambil makanan terlalu banyak semasa berbuka)
  • Elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak seperti makanan bergoreng dan berminyak.
  • Elakkan minuman berkabonat atau yang mengandungi kaffein yang tinggi seperti kopi dan teh.
  • Jangan terus tidur sebaik selesai bersahur atau berbuka.

 

Pastikan anda mengambil ubat yang dipreskipsikan kepada anda secara teratur.

 

Susunan : Dr Ernie Haryantie Shaharudin

 

Comments are Closed