POSTNATAL

now browsing by tag

 
 

Penjagaan luka caesarean section

Pemulihan selepas menjalani pembedahan caesarean berbeza berbanding selepas kelahiran biasa.

Bagi menjaga luka selepas pembedahan :

  • Jangan memaksa diri anda. Banyakkan berehat. Jika boleh, tempatkan barangan yang perlu berdekatan dengan anda bagi mengurangkan pergerakan yang tidak perlu. Elakkan mengangkat objek berat dalam beberapa minggu selepas pembedahan.
  • Pastikan postur badan anda betul semasa berdiri, duduk mahupun semasa berjalan. Pastikanjuga anda menampung abdomen anda berhampiran kawasan luka ketika ketawa, batuk atau pun bersin.
  • Jika luka anda sakit, ambil ubat penahan sakit yang dibekalkan oleh doctor yang merawat anda. Kebanyakan ubat penahan sakit adalah selamat untuk ibu yang menyusukan bayinya.
  • Banyakkan meminum air. Ini membantu menggantikan cecair badan yang hilang semasa bersalin dan semasa menyusukan bayi. Ia juga dapat mengelakkan sembelit.

Perhatikan tanda-tanda jangkitan pada luka anda :

  • Luka anda kemerahan, membengkak atau keluar cecai daripada luka.
  • Anda mengalami demam
  • Sakit pada luka bertambah

Jika terdapat tanda jangkitan, segeralah berjumpa doktor…