PCOS

now browsing by tag

 
 

PCOS & Masalah Kesuburan

 

Adakah saya masih boleh mengandung jika saya ada PCOS?

Soalan yang kerap saya terima daripada pesakit. Dengan kaedah rawatan infertiliti, peluang untuk hamil itu ADA. Mungkin memerlukan intervensi seperti ‘ovulation induction’ untuk membantu proses ovulasi.

 

Bagaimana PCOS menyebabkan masalah kesuburan saya?

Apabila anda ada PCOS, berlaku perubahan dalam kitaran hormon dalam badan yang menghasilkan telur (ovulasi) dan menyediakan Rahim untuk kandungan. 3 sebab utama kenapa wanita PCOS sukar hamil atau meneruskan kandungan adalah :

  • Kebanyakan wanita PCOS tidak mengalami ovulasi. Walaupun ada diantaranya yang mengalami ovulasi tetapi amat jarang.
  • Wanita PCOS kebanyakannya mengalami masalah haid yang tidak teratur.
  • Adakalanya apabila ovulasi berlaku, lapisan endometrium (lapisan dinding dalam Rahim) mungkin tidak cukup bersedia untuk mengekalkan kandungan.

Jika saya ada PCOS, bagaimanakah cara saya boleh meninggikan peluang untuk saya hamil secara semulajadi?

  • Amalkan gaya hidup sihat. (bersenam/ tidak merokok)
  • Kekalkan berat badan ideal (Turunkan berat badan bagi yang obes)
  • Amalkan diet rendah gula dengan mengawal pangambilan karbohidrat. – low glycaemic index food. Ini mampu mengatasi masalah insulin resistance pada PCOS.

 

Apakah rawatan yang biasanya diberi kepada wanita PCOS yang mempunyai masalah infertility?

Selain daripada menurunkan berat badan, anda mungkin diberi :

  • Metformin : ubat ini didaftarkan untuk kegunaan pesakit diabetes. Melalui kajian didapati ia mampu mengatasi masalah insulin resistance yang di alami oleh wanita PCOS yang mana dengan penggunaannya ovulasi boleh terjadi. Metformin juga boleh digabungkan penggunaannya dengan clomiphene citrate (ubat merangsang penghasilan telur).
  • Clomiphene citrate : boleh digunakan sendiri atau kombinasi dengan ubatan kesuburan lain.
  • Suntikan hormone.

Ubatan ini membantu proses ovulasi. Sama ada perlu atau tidak bantuan fertiliti bergantung kepada keadaan pesakit.

 

Rujukan :

R Sherbahn, PCOS fertility treatment

M Pick, PCOS And Fertility – Answers To Your Questions