HAMIL

now browsing by tag

 
 

Kedudukan semasa tidur bagi ibu hamil.

Bukan mudah untuk tidur dengan lena apabila perut anda makin membesar. Cara tidur anda yang sebelum ini mungkin tidak lagi sesuai pada umur kandungan yang makin meningkat.

Posisi tidur yang terbaik.

Apakah kedudukan tidur yang selamat semasa hamil? Apabila kandungan masuk bulan kelima, posisi tidur terlentang tidak lagi sesuai. Posisi ini memberi tekanan yang lebih pada pembuluh darah utama dalam badan. Tekanan pada pembuluh darah ini akan mengurangkan aliran darah pada badab anda dan juga kandungan anda.

Mengiring adalah posisi yang paling selamat. Tambahan pula, ia adalah posisi yang paling selesa. Dalam posisi mengiring, rahim anda tidak akan menekan pembuluh darah utama, maka aliran darah ke uri seterusnya kepada bayi adalah lebih baik.

Tips untuk tidur yang selesa.

  • Gunakan bantal dan kusyen untuk membantu mendapatkan kedudukan yang selesa semasa tidur. ( Anda juga boleh menggunakan maternity pillow yang banyak di pasaran)
  • Cuba tidur mengiring , letakkan kusyen di bawah perut dan belakang anda. Bantal tambahan boleh diletakkan antara kaki untuk sokongan tambahan.

sleep

Image credit : www.twinsuk.co.uk

 

justright-pregnancy-sleeping-position

Kedudukan bantal untuk keselesaan optimum

Gambar kredit : Sleep Paralysis Info

 

  • Pakai pakaian tidur yang longgar, selesa dan elakkan pakaian yang ketat.
  • Ambil makanan yang ringan sewaktu makan malam. Elakkan makanan yang pedas kerana ia cenderung untuk menyebabkan pedih ulu hati yang lazimnya makin teruk pada waktu malam.
  • Cuba senaman ringan, ia akan membantu badan anda berehat.  Senaman memberi badan anda bekalan oksigen, yang akan membantu anda tidur dengan lebih baik.
  • Kira-kira 15 minit sebelum tidur, cuba  lupakan semua gangguan dan membenarkan minda anda untuk berehat. Dengan minda yang tenang, anda akan dapati lebih mudah untuk tertidur.

 

Susunan : Dr Ernie Haryantie Shaharudin