SELF INSEMINATION ( PERMANIAN SENDIRI)

 

 

Ada beberapa kaedaan yang menghalang kehamilan berlaku akibat dari kegagalan benih suami masuk kedalam rahim.

  1. Kegagalan persetubuhan. Bukan tidak ada keinginan atau keghairahan tapi isteri ada phobia atau ketakutan setiap kali cuba bersetubuh.

 

  1. Kegagalan ereksi dan tidak boleh melakukan persetubuhan. Tetapi dia masih boleh mengeluarkan air mani secara masturbasi.

 

 

  1. Suami sering mengalami ‘premature ejaculation’ dan gagal masukkan benih dalam faraj isteri.

 

  1. Suami ada kecacatan semula jadi/congenital pada saluran kencing dan zakar.

 

 

  1. Suami terlalu letih dan tidak terdaya melakukan persetubuhan sedang isteri subur (ovulation)

 

Apa itu SELF INSEMINATION?

Ia adalah kaedah permanian yang boleh dilkukan oleh pasangan suami isteri di rumah.

Apakah alatan yang diperlukan ?

  1. Picagari 3cc atau 5 cc
  2. Bekas bersih untuk mengumpul air mani suami.
  3. Ovulation Test kit
  4. Bantal

Kaedah

  1. Jika haid teratur, lakukan ujian air kencing untuk mengesan waktu subur ( mulakan pada hari ke 10 bagi kitaran haid 28-30) **Bagi yang kitaran haid yang panjang 35-40 hari,  anda boleh mula melakukan ujian ovulasi lebih kurang 16 hari dari tarikh jangka haid.
  2. Ulang  ujian setiap hari hingga jalur ujian sama warna dengan jalur control (positif) .
    Bila positif ujian ovulation , pematangan telur akan berlaku 24 – 48 jam selepas itu.
  3. Mula self insemination 24 jam selepas ujian positif.
  4. Sebaiknya jangan bersetubuh selama 3 hari sebelum insemination.
  5. Perlu bekas sterile untuk tadah air mani suami yang dikeluarkan secara mastubasi.
  6. Setelah dapat air mani suami, biarkan ia cair selama 1-2 jam. Lepas itu sedut 2-3 cc/ml air mani yang cair kedalam syringe tanpa menggunakan jarum. Sedut dari cecair lapisan atas kerana benih yang aktif akan berenang ke atas.
  7. Dalam kedudukan berbaring, suntik air mani ke dalam faraj dengan masukkan keseluruhan picagari sedalam mungkin dan tolak plungger.
  8. Boleh dilakukan sendiri atau dibantu oleh suami.
  9. Baring selama 2 jam dengan bantal dibawah punggung.
  10. Prosedur ini kebiasaannya tidak mendatangkan kesakitan kerana saiz picagari adalah kecil. Jika pintu faraj sempit pelincir KY jelly boleh digunakan.
  11. Sebaiknya lakukan prosedur ini pada waktu malam.**Perlu buat 2 kali self insemination untuk setiap pusingan haid. Esoknya lepas ujian positif dan 2 hari kemudiannya.

 

Artikel asal : Dato’ Dr Hamid Arsyad

                                                                                                                                                                                                                                                                                     http://hamidarshat6.blogspot.com/2013/10/self-insemination.html

Comments are Closed