Proses IUI (Intrauterine Insemination)

IUI

 

PROSES IUI

  1. Selepas konsultasi bersama pakar dan keputusan ujian diteliti (Ujian darah, ultrasound, HSG dan Ujian analisa sperma), pasangan yang akan menjalani IUI akan diterangkan dengan proses yang akan dilalui.
  2. Ubatan (oral dan/atau suntikan) akan diberi.
  3. Transvaginal ultrasound(TVS)/ scan dari faraj akan dilakukan untuk memeriksa saiz folikel sehingga saiz matang.
  4. Suntikan hormon akan diberi untuk merangsang ovulasi.
  5. Pada pagi IUI, Sperma suami akan diproses untuk mendapatkan benih yang baik.
  6. IUI dijalankan menggunakan satu tiub halus.
  7. Selepas IUI, pesakit boleh berehat sebentar.
  8. Ubat hormon akan dibekalkan kpd pesakit sebelum balik.
  9. Selepas daripada itu, pesakit boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa.
  10. Ujian kehamilan dilakukan 2 minggu selepas IUI.

Comments are Closed