Persiapan sebelum hamil.

Sebelum kita merancang untuk hamil, adalah baik jika kita mencuri masa untuk berjumpa dengan Pakar Perbidanan (O&G) atau doktor keluarga anda untuk rawatan prakehamilan.

Mengapa kesihatan prakehamilan itu penting?

Kesihatan prakehamilan adalah kesihatan wanita itu sebelum mengandung. Ini bermakna mengetahui keadaan kesihatan serta factor risiko yang boleh memberi kesan kepada wanita itu sendiri atau kandungannya jika dia hamil. Sebagai contoh _ sesetengah makanan, habit serta ubatan boleh membahayakan bayi anda. Masalah kesihatan seperti kencing manis juga boleh memberi kesan pada kandungan.

Setiap wanita perlu menjaga kesihatan mereka walaupun tidak bercadang untuk hamil. Dengan mengambil langkah untuk menagani masalah kesihatannserta risiko yang ada sebelum hamil dapat

pregnancy

Coutesy from freedigitalphotos.net

Berat badan

Sebaiknya cuba capai berat badan ideal sebelum anda hamil. Berat badan berlebihan atau kurang berat badan berisiko untuk mendapat masalah semasa hamil. Wanita yang kurang berat badan berisiko melahirkan bayi pramatang, manakala wanita yang obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk keguguran, kecacatan kandungan serta masalah tekanan darah tinggi semasa hamil. Di samping itu, wanita obes juga berisiko mengalami komplikasi semasa proses bersalin. Berat badan juga memberi kesan kepada tahap kesuburan seseorang itu.

Kepentingan folate

Folate adalah vitamin B yang boleh didapati dalam makanan harian. Asid folik adalah versi sintetik vitamin ini yang boleh kita ambil dalam bentuk tablet.

Pengambilan asid folik adalah sangat penting. Dengan mengambil 400 mcg asid folik sehari untuk sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum hamil dan semasa trimester pertama, kita dapat mengurangkan risiko bayi bermasalah saraf seperti spina bifida sebanyak 50-60% (CDC). Pengambilan asid folik juga dapat mengelakkan kelahira cacat yang lain..

 

Berhenti merokok, minum alkohol dan pengambilan dadah.

Jika anda merokok atau menyalahgunagan dadah, inilah masanya anda kena berhenti. Banyak kajian menunjukkan merokok atau pengambilan dadah boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang dan bayi yang kurang berat badan.

Kajian mendapati penggunaan tembakau boleh memberi kesan negatif pada kesuburan anda serta meurunkan bilangan sperma lelaki. Kajian juga mendapati perokok sekunder (individu yang menhidu asap rokok semasa perokok merokok) juga memberi kesan pada kesuburan.

Pengambilan alkohol juga menurunkan peluang untuk anda mengandung.

 

Kurangkan pengambilan kaffein.

Walaupun tiada consensus yang menyatakan berapa banyak kaffein yang selamat semasa hamil, pakar berpendapat bahawa wanita hamil atau yang tengah bercadang untuk hamil perlu mengelakkan diri daripada pengambilan keffein yang berlebihan.

Ada kajian yang mendapati perkaitan antara pengambilan kaffein yang berlebihan dengan pengurangan tahap kesuburan individu. Ada juaga yang mendapati perkaitannya dengan kegugura (walaupun jumlah kajian tidak banyak).

 

Pemeriksaan Pra kehamilan

Pap smear

Semua wanita disarankan membuat ujian Pap Smear setiap 2 tahun, melainkan diminta melakukan lebih kerap oleh pakar. Pap smear adalah ujian pangkal rahim untuk saringan barah pangkal rahim. Jadi adalah lebih baik jika ia dilakukan sebelum anda hamil.

Pemeriksaan payudara

Adalah dinasihatkan supaya semua wanita melakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan. Pemeriksaan doktor secara berkala juaga adalah satu tindakan yang baik.

Ujian penyakit kelamin

Sebaiknya penyakit kelamin perlu dirawat sebelum hamil. Jika anda ada sebanarng pertanyaan berkenaan masalah ini, berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.

Pemeriksaan gigi

Semasa kita membuat persediaan untuk hamil, kesihatan gigi dan gusi tidak harus diabaikan. Perubahan hormone semasa menngandung menyebabkan anda lebih mudah untuk mendapat masalah gusi. Pemeriksaan awal dapat menurunkan risiko komplikasi gusi semasa mengandung. Lawatlah doctor gigi anda jika anda belum berbuat demikian sejak 6 bulan lalu.

 

Masalah kesihatan

Jika anda ada masalah kesihatan, anda perlu berbincang dengan doctor anda sebelum anda hamil. Antara masalah kesihatan yang memberi kesan pada kehamilan adalah darah tinggi, asma, kencing manis, masalah jantung, sawan, anemia, masalah buah pinggang atau masalah hati. Anda juga perlu benbincang dengan pakar tulang jika anda mengalami sakit belakang yang kronik atau pernah mengalami trauma di bahagian tulang pinggul kerana ia mungkin memberi kesan semasa hamil atau semasa kelahiran nanti.

Ada masalah sakit puan yang memberi kesan kepada kemampuan untuk hamil. Jika anda ada masalah fibroid, endometriosis atau PCOS, maklumkan kepada Pakar Sakit Puan anda. Pakar anda juga perlu tahu jika anda pernah melakukan pembedahan pada rahim atau pangkal rahim atau anda pernah mengalami keguguran 3 kali atau lebih. Semua itu memberi kesan pada cara rawatan semasa hamil nanti.

Ubat-ubatan

Semua ubatan sama ada yang diberikan oleh doctor atau yang dibeli di farmasi perlu diteliti sebelum diambil. Jika anda tidak pasti, bertanyalah pada doctor atau pegawai farmasi untuk mengetahui sama ada ia selamat atau tidak.

Kesihatan mental

Wanita yang memang mempunyai masalah mental perlu mendapatkan nasihat pakar psikiatari tentang bagaimana untuk menangani penyakit semasa mengandung. Jika anda mengambil ubat, mungkin pakar anda akan menukar jenis ubat mengikut keperluan.

 

Bertanyalah pada doktor anda tentang :

  • Cara mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit.
  • Apa yang boleh memberi kesan negative pada bayi sama ada di tempat kerja atau di rumah.
  • Masalah kesihatan yang ada di dalam keluarga anda atau pasangan anda..
  • Masalah semasa kandungan sebelum ini termasuk kelahiran pramatang.

 

Peranan pasangan anda dalam persiapan anda untuk hamil.

Keputusan untuk hamil perlu dating dari kedua pihak. Apabila kedua pasangan memang menginginkan kehamilan itu, kemungkinan untuk wanita itu mendapat pemeriksaan prenatal yang awal dan baik.

Melakukan saringan penyakit kelamin untuk megelakkan daripada menjangkiti pasangan wanita itu.

Pasangan lelaki juga boleh menambahbaikkan tahap kesuburan mereka dengan berhenti merokok, kurangkan pengambilan alkohol, berhenti penyalahgunaan dadah, mengambil makanan yang sihat serta mengurangkan stress

Pasangan anda juga perlu berbincang dengan doctor berkenaan masalah kesihatan diri atau yang ada dalam keluarga serta ubat-ubatan yang diambil..

Pada mereka yang bekerja menggunakan bahan kimia berbahaya atau toxin, perlu memastikan diri mereka bersih sebelum mendekati pasangan. Cuci pakaian yang dikontaminasi secara berasingan. (contohnya pada mereka yang menggunakan baja kimia atau racun perosak)

 

Rujukan :

Preparing for healthy pregnancy: The Women’s

Seventeen things you should do before you try to get pregnant : Baby Center

Preconception health : Womenshealth.gov

 

versi Bahasa Inggeris di sini

 

Comments are Closed