Penyusuan semasa hamil

  • Adakah menyusukan ketika hamil akan mengakibatkan keguguran atau kelahiran pramatang?
    • Walaupun hormon oxitocin akan dikeluarkan semasa penyusuan dan ibu mungkin akan merasa sedikit kontraksi namun ia akan hilang sebaik proses penyusuan tamat. Kajian menunjukkan tiada peningkatan keguguran atau kelahiran pramatang jika penyusuan diteruskan semasa hamil.[i]

 

  • Adakah ia mengganggu tumbesaran bayi dalam kandungan?
    • Tiada perbezaan dalam berat bayi yang dilahirkan oleh ibu yang masih menyusu berbanding ibu yang tidak menyusukan semasa hamil.[ii]

 

[i] Albadran MM. (2013) Effect of Breastfeeding during Pregnancy on the Occurrence of Miscarriage and Preterm Labour. Iraqi J Med Sci,  11(3), 285-289

[ii] Madarshahian F, Hassanabadi M. (2012) A comparative study of breastfeeding during pregnancy: impact on maternal and newborn outcomes. J Nurs Res. 20(1), 74-80

Comments are Closed