Pendarahan di awal kehamilan

Adakah pendarahan dan kesakitan biasa di awal kehamilan?

Ya.

Ia boleh menjadi sesuatu yang sangat membimbangkan. Kira-kira 1 dalam setiap 3 wanita akan mengalami pendarahan atau kesakitan beberapa minggu pertama kehamilan.

 

Apa maksud pendarahan dan kesakitan itu pada kehamilan saya?

Apabila anda mengalami pendarahan atau sakit perut/abdomen semasa kehamilan kita perlu mempertimbangkan kemungkinan keguguran atau kehamilan luar rahim.

Jika pendarahan dan kesakitan berhenti dan doktor dapat melihat denyutan jantung pada imbasan ultrasound, ia merupakan petunjuk yang sangat baik bahawa kehamilan ini akan berterusan. Jika pendarahan dan kesakitan itu bertambah buruk dari semasa ke semasa, ini mungkin bermakna bahawa anda mengalami keguguran atau kehamilan luar rahim.

 

Apa yang boleh saya jangkakan semasa lawatan saya untuk berjumpa doktor?

 

Di klinik/hospital, sejarah anda akan diambil dan anda akan diperiksa oleh doktor. Adakalanya doktor akan melakukan pemeriksaan vagina dan imbasan ultrasound.

Kadang-kala jika pundi kencing anda kosong, atau kehamilan anda di peringkat yang terlalu awal, imbasan melalui perut mungkin kurang jelas. Dalam situasi ini, satu imbasan dalaman (melalui vagina) mungkin perlu dilakukan.

Jarang-jarang sekali jika doktor masih tidak mendapat gambaran yang jelas, beliau mungkin mencadangkan beberapa ujian darah.

Anda boleh mendapatkan penerangan yang jelas tentang apa yang telah ditemui. Jika doktor anda merasakan beliau tidak mempunyai maklumat yang mencukupi atau ianya terlalu awal untuk membuat diagnosis, beliau akan mengaturkan temujanji susulan.

Anda akan diberi maklumat mengenai gejala-gejala apa yang perlu diperhatikan. Kebiasaannya gejala-gejala ini akan disoal oleh doktor anda semasa rawatan susulan.

 

Apakah penemuan yang mungkin ada pada ultrasound?

Imej ultrasound boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk:

  • umur kehamilan anda
  • berat badan anda
  • sama ada anda mempunyai pundi kencing penuh
  • sama ada anda mempunyai perbezaan anatomi rahim seperti fibroid atau rahim dalam bentuk yang berbeza atau sudut (‘retro-verted’)

Imej ultrasound mungkin tidak sentiasa memberikan diagnosis. Selalunya pada peringkat awal kehamilan apabila bayi tidak boleh dilihat, doktor akan menggunakan maklumat daripada ultrasound bersama-sama dengan sejarah anda dan kadang-kadang ujian darah untuk mencadangkan apa yang mungkin berlaku. Jika hasil tidak jelas, satu imbasan ultrasound susulan akan dibuat untuk anda dalam masa 2 minggu untuk melihat bagaimana perkembangan kehamilan anda.

Ingat bahawa walaupun anda sangat pasti bila hari pertama haid terakhir anda, imbasan anda mungkin berbeza daripada umur kehamilan yang anda jangka.

Banyak faktor yang terlibat seperti masa ovulasi, persenyawaan dan implantasi embrio (yang boleh dipengaruhi oleh tempoh kitaran haid anda), sama ada anda telah menggunakan pil perancang. Tekanan juga merupakan salah satu faktor yang terlibat.

 

Mengapa saya dipanggil oleh pihak klinik/hospital?

Jika doktor anda mengesyaki anda hamil luar rahim (ectopic), doctor anda mungkin mencadangkan bahawa anda menjalani dua ujian darah. Ujian ini unuk mengukur tahap hormon kehamilan dalam darah. Ini boleh membantu dalam beberapa cara. Jika nilai hormon adalah sangat rendah, kemungkinan kandungan adalah terlalu awal (kurang daripada 6 minggu) untuk melihat apa-apa pada ultrasound.

Doctor anda akan melihat perubahan dalam tahap hormon antara ujian darah yang pertama dan kedua. Dalam kehamilan yang sihat berterusan, tahap hormone dijangka meningkat dua kali ganda setiap dua hari. Jika kehamilan gagal, tahap hormon akan menurun.

Anda mungkin menerima panggilan telefon daripada doktor setelah ujian darah yang diambil. Apabila ini berlaku biasanya, ia adalah kerana perubahan tahap hormon anda menunjukkan kemungkinan anda mengalami kehamilan luar rahim. Dalam kes ini, anda mungkin diminta untuk datang ke hospital supaya dapat dipantau untuk beberapa hari bagi memastikan keselamatan anda.

 

 Sumber : The Management of early pregnancy loss, Green-top guideline No. 25, Oct 2006

Comments are Closed