PCOS – Bahagian 2

Kenapa wanita yang mengalami PCOS mempunyai masalah dengan haid dan kesuburan?

Ovari (‘kilang telur’ – di mana telur dihasilkan) mempunyai katung-katung kecil yang dipanggil folikel. Folikel ini akan membesar semasa pertumbuhan telur. Bila telur cukup matang, folikel ini akan pecah dan mengeluarkan telur dan seterusnya telur ini akan bergerak ke dalam rahimRahimlui tiub fallopio untuk disenyawakan. Proses ini di namakan Ovulasi.

Pada wanita PCOS, folikel mungkin mula membesar tetapi terhenti dan ovulasi tidak terjadi. Sebahagian daripada folikel ini kekal sebagai katung-katung kecil yang berisi cecair. Apabila ovulasi tidak terjadi, hormone progesterone tidak terhasil. Tanpa hormone ini, kitar haid menjaditidak teratur dan adakalanya tidak dating langsung. Tambahan pula ovary juga menghasilkan hormone testosterone tang tinggi dan ini juga menghalang ovulasi.

 

Bagaimana nak mengetahui saya ada PCOS?

Sejarah perubatan      :

–          Doktor akan bertanya tentang berkenaan kitar haid, perubahan berat badan, dan simptom-simptom lain.

Pemeriksaan fizikal :

–          Berat, tinggi, BMI dan ukur lilit pinggang

–          Pola pertumbuhan bulu pada tubuh

–          Pemeriksaan pelvik

Ultrasound

–          Untuk melihat ovari dan ketebalan dinding dalam rahim (endometrium)

Ujian Darah

–          Untuk melihat tahap gula dalam badan dan paras hormone testosterone.

 

Bagaimana ia dirawat?

Disebabkan tiada penyembuh untuk PCOS, rawatan dilakukan berdasarkan masalah yang dihadapi dan mengelakkan komplikasi daripada terjadi.

Modifikasi cara hidup

–          Dapatkan berat badan ideal

–          Makan diet seimbang

Jika masalah haid : hormon mungkin perlu untuk mengaturkan haid semula

Rawatan kesuburan : merangkumi ubatan dan pembedahan (ovarian drilling)-jika perlu

Untuk pertumbuhan bulu yang berlebihan : selain daripada cara non pharmakologi, ubat mungkin akan digunakan.

 

Adakah PCOS mempunyai kesan jangka masa panjang?

Wanita PCOS mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghadapi

–      Kanser ovari : Rangsangan ovary berulang untuk rawatan infertility

–      Kanser endometrium : rangsangan estrogen berterusan pada dinding dalam rahim. Doktor anda biasanya akan memberi ubat untuk anda mengalami haid sekurang-kurangnya 4 kali setahun bagi mengurangkan risiko ini.

Sindrom metabolik

Hipertensi (Darah Tinggi)

Diabetes Mellitus (Kencing Manis)

Strok

Sakit Jantung

Oleh itu, pesakit PCOS perlu menjalani pemeriksaan berkala untuk memeriksa tekanan darah, tahap gula & kolesterol dalam darah.

 

** Tidak semua wanita PCOS akan mengalami masalah kesuburan dan tidak semua masalah kesuburan disebabkan oleh PCOS.

 

Source:

T Kenny, M Harding, C Jacson : Polycystic Ovarian Syndrome ; Patient.co.uk

E  Eisenberg : Polycystic ovary syndrome (PCOS) fact sheet ; Womenshealth.gov

 

 

 

 

Comments are Closed