PCOS – Bahagian 1

Apa itu Sindrom Ovari Polisitik (PCOS)
Sindrom Ovari Polisistik adalah sindrom yang boleh mengganggu
• Kitar Haid
• Kesuburan
• Hormon
• Jantung
• Salur darah
• Penampilan

Selalunya, wanita yang mengalami PCOS mempunyai
• Paras Hormon testosteron yang tinggi.
• Kitar haid yang jarang dan tidak teratur
• Mempunyai sista-siata kecil pada ovari mereka.

Berapa ramai wanita yang mengalami PCOS?
Kebanyakan data klinikal menyatakan bahawa PCOS merangkumi antara 6-7% dari populasi am.

Apa Punca PCOS?
Punca PCOS adalah tidak diketahui. Namun begitu ada yang berpendapat, faktor genetik mungkin memainkan peranan.
Masalah utama dalam PCOS adalah ketidakseimbangan hormon. Dalam wanita PCOS, ovari menghasilkan lebih hormon androgen berbanding normal. Androgen adalah hormon lelaki yang juga terdapat dalam tubuh wanita. Paras hormon ini yang tinggi, boleh mengganggu perkembangan dan pengeluaran ‘telur’ semasa ovulasi.
Wanita PCOS mengalami apa yang dipanggil ‘insulin resistance’. Ini bermakna sel dalam badan tidak bertindakbalas secara dengan paras insulin yang normal. Maka badan akan meghasilkan lebih insulin untuk menyeimbangkan kadar gula dalam tubuh. Peningkatan paras insulin dalam darah menyebabkan ovarimenghasilkan lebih androgen.
Paras androgen yang tinggi boleh menyebabkan :
• Masalah jerawat
• Pertumbuhan bulu badan yang berlebihan
• Pertambahan berat badan
• Masalah dengan ovulasi
Apa tanda-tanda PCOS?
Tanda-tanda PCOS adalah berbeza pada setiap wanita. Antara tanda-tanda PCOS adalah :
• Masalah kesuburan yang disebabkan oleh kegagalan ovulasi.
• Haid yang jarang atau tidak teratur.
• Hirsuitism – pertambahan bulu badan pada muka, dada, perut, belakang, tangan dan kaki.
• Sista pada ovari
• jerawat, kulit berminyak atau kelemumur
• pertambahan berat badan atau obesiti, biasanya dengan tambahan berat sekitar pinggang
• botak atau penipisan rambut – corak lelaki

Source:
T Kenny, M Harding, C Jacson : Polycystic Ovarian Syndrome ; Patient.co.uk
E Eisenberg : Polycystic ovary syndrome (PCOS) fact sheet ; Womenshealth.gov

Comments are Closed