Pap smear : FAQ

Apa itu pap smear?

Pap smear adalah ujian saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu sama ada terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.

 

Adakah ujian ini sakit?

Ujian ini tidak menyakitkan namun jika anda berasa tegang semasa prosedur dilakukan anda mungkin rasa tidak selesa. Oleh itu, anda harus tenangkan diri dan tarik nafas panjang.

 

Siapakah yang perlu melakukan ujian pap smear?

Semua wanita yang  berumur di antara 20 – 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.

 

Bagaimana prosedur pap smear ini dijalankan?

Anda akan diminta berbaring di atas katil. Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam faraj. Pada ketika ini anda harus rileks. Sejenis kayu ‘wooden spatula’ dan berus yang kecil ‘cytobrush’ digunakan (keseluruhan servik 360 darjah) untuk mengambil sedikit sel di pangkal rahim. Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat. Ujian ini hanya mengambil masa beberapa minit sahaja

 pap-smear

Prosedur pap smear

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

Untuk memastikan keputusan yang tepat;

  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan ‘duoche’ atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly ‘lubricant’ 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
  • Jangan menggunakan tampon atau jangan menggunakan ubat yang perlu dimasukkan ke dalam faraj

 

Apakah faktor yang meninggikan risiko mendapat pap smear yang tidak normal?

  1. Wanita yang merokok
  2. Wanita yang ada HPV
  3. Wanita yang kurang daya tahan (immunosuppressed : HIV / organ transplant)
  4. Wanita yang mempunyai lebih daripada seorang pasangan.
  5. Wanita yang mempunyai symptom seperti perndarahan di antara haid dan perdarahan selepas hubungan kelamin.

 

Sejauh manakah keberkesanan ujian  Pap smear?

Jika ia dilakukan setiap 2-3 tahun, ia dapat mengesan hampir 90% perubahan awal sebelum terjadinya kanser servik.

 

Berapa kerapkah perlu saya jalani ujian pap smear?

Jika ujian adalah normal 2 tahun berturut-turut, anda hanya perlu mengulang ujian tersebut 2-3 tahun sekali.

 

Apa terjadi jika keputusan saya tidak normal?

Jangan panik.

Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :

  1. Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
  2. Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat (‘benign’ – bukan menunjukkan kanser)
  3. Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).

 

Apa yang patut dilakukan seterusnya :

  1. Rawatan susulan
  2. Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
  3. Jalani pemeriksaan kolposkopi

 

Apakah penyebab kanser servik?

Apa penyebab kanser servik tidak dapat dipastikan. Namun jangkitan virus HPV memainkan peranan besar terhadap perubahan sel ke sek kanser. Kebanyakan perubahan yang berlaku pada sel di pangkal rahim berpunca daripada kesan jangka panjang jangkitan virus HPV ini.

 

 

 

Rujukan :

Portal Rasmi Program Pencegahan Kanser Servik : Pap smear

Australian National Cervical Screening Program : Pap Smear FAQ

SA Health : Pap smear FAQ

Mayo clinic : Cervical cancer

 

Comments are Closed