Panduan Menghasilkan susu bagi ibu angkat.

Courtesy of Freedigitalphotos.net

Courtesy of Freedigitalphotos.net

 

 

 

Jika seseorang ibu itu berminat untuk ingin menyusukan anak angkat mereka , dia boleh melakukannya. Cuma perlu sedikit komitmen dan disiplin diri.

Bagi wanita muslim, pasti ingin mengetahui mengenai Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat. Penjelasannya boleh anda dapati di sini.

Menyusukan anak angkat bukan sahaja menjadikan mereka mahram (bagi muslim) malah akan mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara ibu dan anak dan ini dapat menggalak tumbesaran yang sihat.

Induced lactation ialah proses menghasilkan susu badan bagi ibu yang tidak pernah menyusukan.

Kebiasaannya, seseorang ibu angkat berpeluang membuat keputusan untuk mengambil anak angkat sebelum bayi itu lahir. Oleh yang demikian, mereka mempunyai masa untuk membuat persediaan untuk mengeluarkan susu badan. Namun begitu ada juga yang tidak menjangka akan mengambil anak angkat menyebabkan tiada persiapan dilakukan. Bagi kumpulan ini mungkin masa yang terlalu suntuk membuatkan mereka kurang keyakinan.

Perlu diingatkan, susu tidak boleh dihasilkan dalam sekelip mata. Ia memerlukan masa, kesabaran, dedikasi serta usaha.

Kebiasaannya payudara mengalami beberapa peringkat perubahan semasa hamil unrtuk persediaan fasa penyusuan setelah kelahiran bayi. Oleh itu, bagi ibu yang bercadang menyusukan anak angkat mereka perlu melakukan beberapa persediaan.

Kajian mendapati bakal ibu itu perlu memulakan proses perahan susu secara manual dan sistematik serta melakukan stimulasi puting seawal 2 bulan sebelum ketibaan anak angkat yang dinanti. Pam tangan atau pam elektrik juga boleh digunakan namun begitu perahan secara manual juga boleh memberi hasil yang setara. Jika dilakukan secara tetap, susu boleh terhasil.

Cara lain adalah dengan penggunaan hormon dan ubatan. Tujuan penggunaan hormon adalah untuk meniru keadaan semasa mengandung. Ubat yang biasa diberi untuk menggalak penghasilan susu juga mungkin diberikan. Namun hanya bergantung kepada hormon dan ubat tidak akan menghasilkan susu seperti yang diinginkan.

Bakal ibu perlu komited pengepam susu bagi merangsang penigkatan hormon prolaktin ini.

*** Perhatian : Sebelum pengambilan apa-apa jenis ubat, perlu mendapat nasihat doktor. Ini adalah kerana tidak semua wanita boleh mengambil pil hormon dan ini perlu periksa oleh doktor.

Jika ibu bakal ibu mempunyai masa lama, beliau akan diberi pil hormon untuk diambil secara berterusan dan disertai ubat yang boleh merangsang peningkatan hormon prolaktin. Pada masa ini, payudara akan mula membengkak dan terasa berat. Susu tidak keluar kerana paras hormon estrogen & progesteron yang tinggi menghalangnya dari mengalir.

Enam minggu sebelum ketibaan ahli baru itu, pil hormon diberhentikan. Pada masa ini proses pengepaman susu dimulakan. Pemberhentian pil hormon serta pengepaman susu akan menurunkan paras hormon progesterone serta meningkatkan paras hormon prolaktin.

Bakal ibu digalakkan untuk mengepam susu setiap 3 jam. Melakukan pengepaman susu membantu peningkatan prolactin kerana secara semulajadi, hormon ini meningkat pada malam hingga awal pagi. Makin kerap ibu melakukan proses mengepam makin banyak susu yang boleh dihasilkan.

Susu yang dihasilkan pada mulanya hanyalah titisan cecair jernih yang kemudiannya mula menjasi putih susu. Dari titisan, ia mula menjadi ‘milk spray’ dan kemudiannya aliran susu yang stabil. Ia mungkin megambil masa beberapa hari ke beberapa minggu sebelum bekalan berterusan terhasil. Setiap wanita memberi respon yang berbeza.

Apabila bayi tiba, ibu perlu menyusu bayi mengikut keperluan bayi (on demand). Bayi yang baru lahir memang kerap menyusu (10-16 kali dalam 24 jam). Dikala susu masih belum banyak, adalah digalakkan untuk mengepam selepas setiap kali bayi menyusu. Ini akan membantu menambahkan jumlah susu.

Bagi bakal ibu yang akan menerima anak angkat dan berhasrat menyusukan anak mereka disarankan berjumpa doktor untuk penerangan lanjut. Jangan mudah putus asa.

Di setiap Hospital Rakan bayi ada kumpulan sokongan , pakar laktasi serta kaunselor bertauliah yang boleh dihubungi.

Rujukan :

1. Hukum menyusukan anak angkat, Portal Rasmi Fatwa Malaysia

2. Ruth A. Lawrence and Robert M. Lawrence: Induced Lactation. In Breastfeeding : A Guide For Medical Profession (7th ed)

3. J Newman and L Goldfarb :The Protocols for Induced Lactation – A Guide for Maximising Breastmilk Production from asklenore.info

 

Comments are Closed