MEROYAN vs Perubahan mood selepas bersalin….

Banyak kedengaran tentang isu “MEROYAN” diperkatakan sejak kebelakangan ini. Di sini ingin saya kongsikan tentang perubahan ‘mood’ seseorang ibu selepas kelahiran.

Kelahiran insan baru dalam sesebuah keluarga sering dikaitkan dengan perasaan gembira. Jarang kita membincangkan perubahan yang dilalui oleh si ibu.

Semasa mengandung, hormon reproduktif meningkat beberapa kali ganda daripada normal. Selepas melahirkan bayi, paras hormon ini akan turun secara mendadak. Perubahan mendadak ini boleh mencetus perasaan murung.

Hampir 75-80% ibu baru akan mengalami keadaan yang dipanggil “Baby Blues”. “Baby blues” adalah keadaan di mana perasaan sedih/murung bercampur-baur dengan perasaan gembira. Sering kitakenali sebagai ‘emotional roller-coaster’. Kebiasaannya bermula pada hari ke-2 atau ke-3 selepas kelahiran.

Antara simptomnya adalah :

  • Kelesuan / keletihan
  • Perasaan sedih
  • Crying spells
  • kebimbangan
  • Perubahan mood / keresahan
  • Kecelaruan perasaan
  • Oversensitivity
  • Susah tidur
  • Berasa keseorangan

“Baby Blues” biasanya tidak memerlukan rawatan, dan akan hilang dalam minggu ke-2 selepas bersalin. Sokongan daripada pasangan dan keluarga dapat membantu si ibu menyesuaikan diri pada peranan barunya sebagai IBU.

Jika “Baby Blues” berterusan melebihi 2 minggu atau tanda-tanda yang disebut di atas bertambah buruk, ia mungkin “Kemurungan selepas Bersalin/ Postpartum Depression (PPD)”.

Lebih kurang 10-20% wanita mengalami PPD. Ia boleh berlaku bila-bila masa dalam tahun pertama selepas bersalin. Kebanyakan kes berlaku pada minggu ke-4 hingga ke-8 postpartum. Jika tidak dirawat, PPD akan meninggalkan kesan terhadap hubungan ibu dan bayi.

Satu lagi masalah psikiatrik yang boleh berlaku adalah Postpartum Psychosis/ PPP. Ia boleh berlaku dalam 2 minggu pertama. Keadaan ini jarang berlaku, 1 -2 dalam setiap 1000 kelahiran.

Antara simptomnya adalah :

  • Halusinasi dana tau delusi
  • Hiperaktif
  • Tidak boleh tidur / Insomnia
  • Mood yang tidak stabil
  • Keliru / Poor judgment
  • Tidak boleh menumpukan perhatian
  • Tidak rasional

Pesakit PPP berisiko untuk mencederakan / membunuh diri sendiri dan/atau bayinya. Dengan itu, rawatan awal adalah sangat penting.

Antara faktor risiko yang dikaitkan dengan PPP adalah :

Sejarah PPP  selepas bersalin sebelum ini.

  • Masalah bipolar
  • Stressor prenatal ( kurang sokongan daripada pasangan/keluarga/masyarakat, low socioeconomic status)
  • Personaliti obsesif
  • Sejarah keluarga yang ada masalah ‘mood disorder’.

Tips untuk si ibu

  • Rehat secukupnya
  • Jangan malu meminta bantuan dalam kerja harian
  • Kongsi perasaan/masalah yang mengganggu fikiran anda dengan pasangan/keluarga atau sahabat anda.
  • Jika simptom “Baby Blues” tidak berkurangan selepas minggu ke-2, dapatkan rawatan doktor.

Tips untuk pasangan

  • Bantu ibu dalam penjagaan bayi.
  • Luangkan masa bersama pasangan
  • Cuba fahami perasaan mereka
  • Beritahu pasangan anda yang anda sayangkan serta sentiasa menyokongnya.
  • peka kepada perubahan mood pasangan anda

 

Comments are Closed