MABUK HAMIL… (MORNING SICKNESS)

Mabuk hamil, alahan, hyperemesis dan macam-macam nama lagi diberikan padanya… Bukan semua ibu bernasib baik untuk tidak mengalami mabuk ketika hamil. Perubahan hormon dalam tubuh wanita hamil adalah antara sebab terjadinya mabuk hamil.Lebih kurang 7-8 daripada setiap sepuluh orang wanita hamil akan mengalami mabuk hamil. Ada yang hanya mengalami perasaan loya, ada pula yang mengalami muntah-muntah. Tetapi hanya segelintir kecil sahaja (1 dalam setiap 200 ke 300 orang) yang mengalami muntah yang melampau atau ‘hyperemesis gravidarum’.

Keadaan ini boleh bermula seawal minggu ke-4 kehamilan dan kebiasaannya akan berhenti pada minggu ke-20. Namun begitu ada juga yang terus mengalami loya-loya sehingga trimester ke-3 kehamilan.

 

 

 

Tips untuk mengatasi mabuk hamil

 

  • Jauhi daripada bau-bauan yang boleh menyebabkan anda loya.
  • Pakai pakaian yang selesa dan menyejukkan
  • Elak kawasan yang terlalu sesak dan panas.
  • Minum air dengan kerap bagi mengganti kehilangan cecair badan
  • Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit. (2-3 jam sekali)
  • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan loya seperti makanan berminyak dan berempah, kefein atau makanan yang terlalu manis
  • Banyakkan makan makanan berprotein ( susu, yogurt etc)
  • Mendapatkan rehat dan tidur yang cukup.

 

·         Ada beberapa kajian mengatakan halia mampu mengurangkan rasa loya dan muntah.

 

 

 

Rasa loya dan muntah juga dapat dikurangkan dengan preskipsi ubat tahan muntah yang diberikan oleh doktor anda.

 

 

Courtesy of Freedigitalphotos.net

Courtesy of Freedigitalphotos.net

 

Adakalanya seseorang itu mungkin memerlukan rawatan cecair intravenous bagi menggantikan cecair yang hilang.

 

 

 

Jika anda mengalami muntah yang melampau, tidak boleh makan atau minum atau mengalami penurunan berat badan, anda mungkin mengalami ‘hyperemesis gravidarum’. Tidak seperti mabuk hamil yang biasa, ‘hyperemesis gravidarum’ boleh mengganggu kesihatan anda. Jadi berjumpalah doktor anda dengan segera.

Leave a Reply