KESUBURAN/INFERTILITI – FAQ

Apa itu infertiliti?

Infertiliti adalah kegagalan pasangan untuk mengandung setelah 12 bulan mencuba untuk hamil. Walaubagaimanapun, wanita yang berumur lebih daripada 35 tahun boleh dianggap mengalami infertility setelah 6 bulan mencuba.1

Adakah infertiliti kerap berlaku?

10-15% pasangan mungkin mengalami masalah infertility/kesuburan. Ini menjadikan ia sebagai salah satu sebab utama punca pasangan yang berumur 20-45 tahun mendapatkan nasihat perubatan. Tambahan pula, lebih lama seseorang wanita mencuba untuk hamil, lebih rendah peluang untuk Berjaya tanpa bantuan perubatan. Kebanyakan (85%) pasangan yang tiada masalah kesuburan akan Berjaya hamil dalam masa setahun.

Apa penyebab infertiliti?

Ada beberapa proses yang terlibat untuk membolehkan seseorang itu hamil.

Untuk hamil :

  • Seseorang wanita perlu menghasilkan telur daripada salah satu ovary (kilang telur) – ovulasi
  • Telur itu perlu bergerak melalui tiub fallopianmenuju ke arah rahim.
  • Benih suami (sperma) perlu mensenyawakan  telur tadi.
  • Telur yang telah disenyawakan perlu menempel ke dalam dinding Rahim (implantasi).

 

Infertiliti boleh berlaku jika ada masalah dalam salah satu proses ini.

     

Adakah infertiliti hanya masalah pihak wanita?

Bukan, infertiliti bukan semestinya berpunca daripada wanita. Kedua-dua pihak boleh mempunyai masalah yang boleh menyebabkan infertility. Lebih kurang satu per tiga disebabkan oleh wanita manakala sepertiga lagi oleh lelaki. Selebihnya mungkin disebabkan oleh kedua pihak tau mungkin juga yang tidak dapat dikenalpasti puncanya.

 

Apakah faktor yang boleh meningkatkan risiko infertiliti?

 

Wanita Lelaki
  • Umur
  • Merokok
  • Alcohol
  • Stress
  • Diet yang tidak sihat
  • Latihan atlit sukan
  • Berat badan berlebihan atau terlalu randah
  • Penyakit kelamin (STIs)
  • Masalah kesihatan yang mengganggu hormone seperti PCOS
  •  Pengambilan alcohol berlebihan
  • Dadah
  • Merokok
  • umur
  • toksin termasuk racun serangga, plumbum
  • Masalah kesihatan seperti masalah buah pinggang atau masalah hormone.
  • Sesetengah jenis ubat
  • Rawatan radiasi atau kemoterapi

 

Bagaimana umur boleh memberi kesan pada keupayaan wanita untuk mengandung?

Ramai wanita hari ini yang memulakan alam rumahtangga pada umur 30-an. Maka umur merupakan factor infertility yang semakin meningkat. Lebih kurang satu per tiga pasangan yang berumur lebih 35 tahun mengalami masalah infertility.

Peningkatan umur menyebabkan :

  • Kemampuan ovari mengeluarkan telur menurun.
  • Jumlah telur yang tinggal rendah.
  • Ada kalanya telur yang terhasil kurang berkualiti
  • Berkemungkinan mempunyai masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan infertiliti
  • Lebih berisiko untuk keguguran

 

Apakah yang akan doktor akan lakukan bagi mengenalpasti punca infertiliti itu?

Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal serta mendapatkan sejarah pesakit termasuk sejarah kesihatan dan seksual. Adakalanya berdasarkan pemeriksaan dan sejarah kesihatan punca infertility dapat dikenalpasti. Namun begitu, kebiasaannya doctor perlu melakukan beberapa ujian lagi.

Bagi lelaki, doctor akan melakukan ujian analisis sperma (air mani). Ini bagi meneliti jumlah, bentuk dan pergerakan sperma. Jika keputusan tidak normal, doktor mungkin akan melakukan ujian dara untuk melihat hormon.

Bagi wanita, langkah pertama adalah untuk menentukan bahawa wanita ini mengalami ovulasi atau tidak. Ada beberapa cara yang boleh digunakan. Wanita boleh mengesan waktu ovulasi sendiri dengan cara :

  • Mencatat suhu badan pada waktu pagi selama beberapa bulan dan coraknya diteliti.
  • Mencatat kelikatan cecair mucus cerviks.
  • Menggunakan kit ujian ovulasi (ujian kencing seakan-akan ujian kehamilan)
  • Duktor akan mengambil sampel darah untuk mengesan sama ada wanita itu hamil atau tidak.

Doktor juga akan mengambil beberapa ujian darah yang lain.

Antara ujian lain yang mungkin perlu adalah :

Histerosalfingogram

Ini adalah ujian x-ray Rahim dan tiub fallopio. Doktor akan menyuntik cecair khas ke dalam uterus melalui faraj.  Ini dapat mengesan jika tiub fallopio tersumbat. Tiub yang tersumbat menghalang sperma daripada bertemu telur untuk disenyawakan.

Laparoskopi

Pembedahan kecil yang menggunakan kamera. Ini membolehkan doctor memeriksa ovary, tiub fallopio dan bahagian luar Rahim. Masalah endometriosis boleh dikesan melalui kaedah ini.

Mencari punca kepada masalah kesuburan ini mungkin memakan masa dan mengganggu emosi.

 

Bagaimana masalah infertility dirawat?

Infertiliti boleh dirawat menggunakan ubat, pembedahan, permanian  beradas serta ART (assisted reproductive technology). Ada masanya ia memerlukan kombinasi rawatan.

Doktor akan menyarankan cara rawatan berdasarkan :

  • Keputusan ujian
  • Tempoh berapa lama pasangan mencuba.
  • Umur pasangan
  • Kesihatan keseluruhan pasangan
  • Apa yang pasangan inginkan.

 

Bagi masalah lelaki, biasanya dirawat dengan cara :

Masalah seksual : Bagi yang mempunyai masalah ereksi (‘mati pucuk’) atau ejakulasi pramatang akan dirawat melalui terapi behavioural dan/ atau ubatan.

Masalah sperma terlalu sedikit : antibiokti mungkin digunakan untuk menrawat jangkitan. Adakalanya sperma perlu di ambil melalui pembedahan kecil untuk disenyawakan.

 

Bagi wanita, ada masalah yang memerlukan pembedahan untuk menyelesaikannya.

Bagi yang  mempunyai masalah ovulasi, ada beberapa jenis ubat yang mungkin diberi. Adalah penting untuk wanita tersebut mengetahui kelebihan, kekurangan dan kesan sampingan ubat yang bakal diambil. Tangalah doktor pakar anda untuk keterangan yang terperinci.

 

Apa yang perlu saya lakukan mngenai masalah infertiliti ini ?

Berjumpalah dengan pakar sakit puan anda. Mereka boleh membantu anda dalam usaha anda untuk hamil. Adakalanya (10%) kes di mana tiada punca yang ditemui. Ini dinamakan ‘unexplained infertility’. Dalam kes ini rawatan infertility mungkin boleh membantu.

Bila saya patut berjumpa pakar?

Pada kebiasaannya pasangan patut berjumpa pakar apabila masih tidak berjaya hamil selepas setahun mencuba.

Namun begitu bagi wanita yang berumur lebih 35 tahun, beliau mungkin perlu berjumpa selepas 6 bulan. Bagi yang berumur bawah 35 tahun tetapi mempunyai masalah kesihatan atau menjalani rawatan barah, mereka juga perlu mendapatkan rawatan lebih awal.

Rujukan :

  1. ASRM, Defining infertility. Revised 2014
  2. E Eisenberg, K Brumbaugh, Infertility fact sheet 

 

VERSI BAHASA INGGERIS DI SINI

 

Comments are Closed