Q&A

    1. tiqa says:

      doktor, saya ingin bertanya. saya suda berkahwin 10bulan ttpi blm dikurniakan cahaya mata. period sy teratur di antara 26-32hari. sy juga telah melakukan opk spjg temph tersebut ttpi semuanya negative. dan kdg2 apabila bersama suami ada darah keluar. pada pandangan doktor, apa yg harus saya lakukan? terima kasih

      • Dr Ernie says:

        Salam..
        Puan.. OPK bertujuan utk mengesan level LH.. hormon yg akan peak sebelum ovulasi. Jika negative most likely ovulasi xterjadi. Sebaiknya puan buat pemeriksaan dan jika perlu puan akan diberi ubat utk rangsang ovulasi.
        untuk masalah keluar darah semasa bersama : ada buat pap smear x sebelum ini.. Jika normal, then darah adalah dari dalam rahim. bagi wanita yg anovulation, adakalanya dinding dalam rahim (yg biasa haid) akan shed bila ada deep penetration.
        tq

        tiqa says:

        terima kasih doktor. sy blm pernah buat pap smear sblm ni. nanti saya akan pegi buat pap smear. biasa berapa lama menunggu result pap smear dan bila ka masa yg sesuai? masih ada harapan ke to get pregnant?

    2. rini says:

      salam doc..sy nak tnya knp kemaluan sy bengkak dan sakit..tempat yg bengkak tu keras..punca daripada luka sbb semasa brcukur,lepas 2.3hari jadi bengkak..blh jelas kn

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        dari penerangan saudari, berkemungkinan jangkitan kuman.. jika lambat mulakan rawatan boleh menjadi nanah.. jika nanah sudah developed, mungkin perlu minor surgery utk keluarkannya.
        dapatkan rawatan segera.
        tq

    3. Ida says:

      Assalam Dr,

      Slepas saya bersalin secara ceasar pada tahun lepas. Saya mengalami pendarahan tidak berhenti selama 8 bulan (kuantiti sedikit). Selepas darah berhenti haid saya tidak teratur..Adakah ia normal atau kemungkinan penyakit lain?

      • Dr Ernie says:

        wsalam…
        Pendarahan yang berterusan itu di diagnose sebagai apa oleh doktor yg merawat?
        Adakah puan menggunakan pencegah hamil hormon?
        Adakah berat badan puan meningkat selepas kelahiran kali ini?
        semua di atas boleh menyumbang kepada haid yg x teratur.
        terima kasih

    4. yan says:

      Sy sudah berkahwin selama setahun setengah dan belum lagi memperolehi cahayamata.
      2 3 hari ni saya rasa apabila baring ada benjolan timbul di tengah tengah perut.apabila dipegang dan di urut benjolan kembali tenggelam.
      tanda benjolan akan muncul saya akan rasa sesak nafas dan perlahan2 benjolan itu akan timbul tp dalam masa yang singkat sahaja.
      selain itu saya juga sering merasa sakit dada/pedih ulu hati.
      apakah benjolan itu dan adakah ia merbahaya?

      • Dr Ernie says:

        Salam..
        Berdasarkan penerangan yang puan beri, ia berkemungkinan besar adalah hernia.. Kawasan lemah pada dinding abdomen.. Ia beririko jika usus tersepit di dalam area defect itu.. Dapatkan pemeriksaan doktor. tq

    5. Rara says:

      Assalammulaikum doc , sy ada mslh period sejak setahun yg lepas since sy masuk belajar setiap bulan sblm dtg haid dua minggu berturut ada darah tomopok hitam keluar berterusan sampai lah period sbnr dtg . Kdg2 lepas period pun seminggu lebih dtg smula drh hitam tu , xde rasa skt tp perut sy kelihatan buncit dan mcm begkak tak seperti fizikal org gemok . Fyi sy belum berkahwin& berumur 23 . Blh kah sy buat apa apa ujian mndpt kepastian pnykit apa yg saya hadapi skrg .sy pernah consult dgn doct 3x ada yg bg ubt tp xberkesan dan masih berlaku ada yg xblh nk scan sbb dia kata nak scan mesti dlm temph sy dtg haid . Mohon pencerahan doc . Terima kasih byk2 .

      • Dr Ernie says:

        Wsalam..
        haid yang berlarutan dan tidak teratur dipanggil dysfuctional uterine bleeding.. Biasanya ia berkait rapat dgn hormon.. Saudari boleh membuat pemeriksaan seperti scan.. sebaiknya pastikan pundi kencing penuh semasa pergi berjumpa doktor.. kerana ia penting dlm mendapatkan imej yg jelas.. Saudari mungkin perlu menghantar sample darah..( based on doktor yang merawat.. after pemeriksaan dilakukan).. Jika haid tetap.. better scan dalam d1-d5 haid.. Nmaun jika haid x tetap.. boleh dapatkan rawatan bila2 masa dlm kitar haid tersebut.
        terima kasih

    6. Nabila says:

      Salam Dr..saya ingin bertanya mengenai pemeriksaan sendiri payudara..macam mana nak kenalpasti benjolan/lump? kadang2 saya confuse sama apa yang saya rasa tu lump ke atau otot ke atau joint ke tak tahu la..kekadang saya rasa macam lump..lepas tu bila compare dengan sebelah lagi tempat yang sama ade jugak so saya rasa bukan lump..kalau periksa underarm pun macam tu..tak reti la nak beza..ada sekali tu saya ingatkan lump tapi bila rasa-rasa balik rupenye tu tulang..boleh minta nasihat dr? terima kasih..

      • Dr Ernie says:

        Wsalam..
        Di sini saya sertakan cara pemeriksaan sendiri payudara. Jika terasa benjolan/any abnormality.. schedule appt dengan doktor anda. Semasa berjumpa doktor, tunjukkan tempat yg anda rasa.. dari sana beliau dapat mengajar anda dgn lebih mudah. tq
        Breast self examination

    7. Assalam doc,

      Puting susu saya gatal dan bila saya picit ada keluar setitik 2 susu. Saya tidak menyusu anak hampir 1 tahun ++ umur anak saya sekarang 1 tahun, 4 bulan. Bila gatal saya just usap2 dari luar saja. 3 hari lepas saya ada berjumpa doctor. Doctor cek doctor cakap fungus then doc bagi krim sapu pada puting sahaja. Selepas saya gunakan krim tu gatal kurang. Adakah saya perlu rawatan intensif untuk memastikan saya bebas penyakit seperti kanser? Terima kasih doctor.

      • Dr Ernie says:

        Wsalam..
        treat fungus dulu..
        stimulation pada puting adakalanya merangsang penghasilan susu..
        Puan boleh lakukan pemeriksaan sendiri payudara/ pemeriksaan klinikal oleh pengamal perubatan.
        Jika ada ketulan, akan dirujuk kpd pakar.
        terima kasih

    8. naz says:

      Salam dr… Saya berunur 16 thn dn mengalami masqlah kepurihan yg amat seeius… Ape yg menyebabkn ianya terjadi pada saya? Dan bagaimana saya nk atasinya… Saya sering kali mengalami gangguan haid

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        masalah keputihan boleh disebabkan oleh jangkitan kulat.. Ia boleh terjadi kpd mana2 wanita walaupun yg masih belum berkahwin.
        Untuk remaja 16 tahun, gangguan haid adalah common..Selagi ia tidak menggangggu tugasan/sekolah.. x perlu dirisaukan.. Namun jika ia terlalu banyak, dinasihatkan utk mendapatkan rawatan.. Kehilangan darah adalah tidak bagus utk kesihatan.. Ia juga akan mengganggu proses pembelajaran di sekolah.

        terima kasih.

    9. Dila says:

      Salam doc, sy ada sedikit kemusykilan, sy sudah 1 tahun 3 bulan berkahwin dan langsung tidak mempunyai masalah period..period sy regular setiap 28 hari, sy tiada masalah senggugut yang teruk.sy ada mengambil sejenis supplement utk rawatan kesuburun sudah hampir 4 bulan tetapi masih belum ada rezeki.sy dan suami tinggal berasingan dan hanya jumpa 2mggu sekali. Walaupun berjauhan tetapi setiap kali masa subur sy, kami bersama utk cuba mendapatkan zuriat.

      Bolehkan sy dapatkan nasihat doktor di klinik dan bolehkah sy checkup dahulu tanpa suami?

      • Dr Ernie says:

        wsalam…
        hubungan jarak jauh memang sedikit sebanyak memberi impak terhadap usaha mendapatkan zuriat. In Syaa Allah.. Rezeki puan & pasangan akan tiba..
        Puan boleh dtg dahulu dan lakukan pemeriksaan.
        Di sebabkan kitar haid tetap, puan boleh dtg hari ke 21-24 haid.. Namun jika puan berumur lebih 35, puan juga boleh dtg hari 2-5 haid..
        Ini bagi memudahkan puan jika perlu sample darah..
        Puan boleh call 03-87275643 utk temujanji..
        terima kasih..

    10. Jana says:

      salam doktor…

      sy berusia 31 tahun, sudah berkahwin 9 tahun dan mempunyai 3 org anak…pada tahun 2013 sy mengambil keputusan untuk memasang implanon…dan baru-baru ini sy buka dan pasang semula implanon baru…nanun masalah yg timbul ialah pendarahan berterusan selama 2 bulan… sy disarankan untuk berjumpa doktor pakar puan untuk menjalani ‘SCAN GYNEA’..sy risau bagaimana prosedur yg dilakukan oleh pihak tertentu…apa yg dimaksudkan dengan SCAN GYNEA?… dan sy disarankan jgk utk menjalani Ujian Pap Smear…apa pandangan doktor..

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        pendarahan berterusan selama 2 bulan selepas re insertion of implanon.. jika hanya staining biasanya tidak bahaya..
        scan gynae : adalah serupa dgn dcan yg puan lakukan semasa hamil.. provided pundi kencing penuh.. ia di sebut gynae sebab melihat organ reproduktif.. Nothing to worry..
        Namun begitu.. jika pundi kencing kosong… scan perlu dulakukan melaui faraj..

        disarankan jgk utk menjalani Ujian Pap Smear : bila kali terakhir puan buat saringan pap smear? jika lebih drpd 3 tahun then better buat.
        ujian pap smear..
        terima kasih

    11. NA says:

      Salam doc.. sy nk tanya, skrg ni sy risau sbb dh nak masuk 4 bulan tak period.. Sy risau jika ada ketumbuhan seperti cyst or etc.. Utk check ada ketumbuhan atau tidak, harus scan kan? Berapa rm ya utk scan..

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        gynae scan di klinik kami RM 45 .. tak termasuk kos konsultasi
        terima kasih

    12. Ety says:

      Salam. doktor, saya sudah berkahwin lebih kurang 1tahun 6bulan. selepas berkahwin period saya tidak teratur. saya juga masih belum dikurniakan anak. pada 13/7 saya mengalami kencing berdarah. saya pergi ke klinik biasa, dan membuat test air kenci ng doktor kata saya kena kencing kotor. dan buat juga ujian kehamilan,diklinik itu keputusan mendapat line samar, doktor kata kemungkinan hamil & masih di peringkat awal. dan perlu buat check up selepas 2 minggu. saya buat test kehamilan dirumah, keputusan negatif. saya tidak merasa saya hamil kerana period saya tidak teratur. dan hari ini seperti datang haid. Saya ingin bertanya untuk melakukan ujian kesuburan. pada waktu bila kah saya perlu datang ke klinkk doktor utk check? selepas habis period atau semasa period saya boleh datang untuk buat check up?
      dan berapa costnya? terima kasih

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        untuk wanita yg haid nya tidak teratur boleh dtg bila2 masa. Best kalau d1-d5..
        kitar haid boleh dikira dgn mengira pola d1 to next d1 haid.at least 3 previous cycle
        ia masih dikira teratur jika pola boleh dijangka dan difference less then a week.

        Untuk rawatan kesuburan
        1st consultation : RM 40-100
        SCAN : RM 45
        BLOOD : 49-200++ (bergantung kpd keperluan )
        SPERM TEST : 70.00
        medication to induce ovulation – depends on body respond
        tq

    13. diana says:

      Salam doc
      Sy khwn mac 2015,dismbr hamil,then feb 2016 kgugurn.skrg tgu lg utk hamil.tp ngtve..adkh prlu cek ksbrn atau mcm mn?mnta pndgan utk sy cpt hmil..q

    14. mata says:

      salam…doc
      sy priod tratur, brkhwin mei 2015, bln disember sy hamil n feb 2016 sy kgguran..skrg blm lg dkurnia chy mta..mnta pndgan doc, adkh sy prlu ujian ksbran suami istri atau cdgan lain untuk hamil?

      • mata says:

        *khwin mac 2015

      • Dr Ernie says:

        wsalam…
        brkhwin mac 2015, bln disember sy hamil n feb 2016 sy kgguran
        – conceive selepas 8 bulan : dec dah positive kan..
        – feb gugur : lebih kurang 8-12 minggu ? scan pernah nampak janin? ada heart beat? diagnosis semasa itu?

        adkh sy prlu ujian ksbran suami istri
        Untuk hamil :
        – Seseorang wanita perlu menghasilkan telur daripada salah satu ovary (kilang telur) – ovulasi
        > check darah d21 bg yg kitar haid 28 hari, or scan dari vagina utk tengok saiz folicle pada hari 12-14 or may consider opk- ujian kencing utk detect waktu ovulasi

        – Telur itu perlu bergerak melalui tiub fallopian menuju ke arah rahim. x perlu sbb pernah hamil.. at least 1 tiub x tersumbat.

        Benih suami (sperma) perlu mensenyawakan telur tadi. : x perlu sebab puan pernah hamil less tha 3 years..

        Telur yang telah disenyawakan perlu menempel ke dalam dinding Rahim (implantasi). :consider tratment jika keguguran disebabkan oleh luteal phase defect.. bergantung kpd diagnosis semasa keguguran..

        terima kasih..

    15. Syira says:

      As salam doc..sy dh lewat period 5 hari dan pagi ni 26 july sy wt upt dan hasilnya postive…masalahnya sy sblm ni xtahu lgsg sy ni preggy pada 21 hb sy ade buat ujian xray utk kemasukan kerja..jadi adakah dffect pada kandungan sy?? N pada mlm tu jugak sy ade pegi klinik tya doktor nape sy ade rae sakit perut n doc tu kata perut sy krem.. Jadi skg sy risau sgt sy dh wt ujian xray dan sy ade makan ubat yg doc bg sbb dia kata perut sy krem tp bila check pagi ni sy sbnrnya pregnant.. Bantu sy doc sy buntu adakah ia membahayakan kandungan sy

      • Dr Ernie says:

        Wsalam..
        Sebelum itu, saya ingin maklumkan… bagi wanita sihat, setiap kehamilan berisiko utk gugur 10-15% dan risiko kecacatan janin 3%.
        Kebanyakan procedure x ray mendedahkan janin pada sinaran yang kurang drpd 50 mSv. Berdasarkan hasil kajian terdahulu didapati, kesan terhadap janin (keguguran/birth defect) hanya terjadi jika sinaran melebihi 200mSv.
        Dalam situasi puan, saya kira x ray yg dilakukan adalah xray dada thus radiasi adalah rendah terhadap janin.
        Secara amnya, dalam 2 minggu selepas persenyawaan, janin tidak terganggu dari segi pembentukan namun berisiko untuk gugur. Namun disebabkan YG puan buat xray dada : kadar sinaran ke atas janin rendah, risikonya adalah rendah.
        Ubat yang puan ambil saya kira adalah ubat tahan sakit. Jika setakat sebiji, ia tidak mendatangkan kesan. In Syaa Allah..
        tq

    16. ?? says:

      Assalam doc, sy ada mslh..sy last inject depo on nov2015..sepatutnye 3bln selepas tu sy inject sekali lg..tp sy dh stop amik depo since sy xsesuai dgn injection depo..even dh jab yg ketiga sy still period berpanjangan..selepas sy stop, last period sy 27/4 itu pon cume 3hr shje..sebelum 27/4, awal hulan 4 juga sy didatangani period..tp selepas dr 27/4, sy tidak lg period sehingga kini..ape yg memusykilkn sy, perut sy juga semakin besar..keras pd bhgn atas perut..boleh doc bgtau sy ape yg perlu sy lakukan?sy mmg dlm perancangan tambah anak

      • Dr Ernie says:

        wsalam…
        -last inject depo on nov 2015 > by feb 2016 efek kontraseptif x boleh diguna pakai..
        -last period sy 27/4 itu pon cume 3hr shje : haid sedikit shj : pregnancy excluded ? ada buat ujian x?
        -perut sy juga semakin besar..keras pd bhgn atas perut : jika ujian kehamilan negative, dapatkan pemeriksaan : boleh jadi mass/bengkak dari dalam (unlikely), boleh jadi pertambahan lemak etc.

        test kencing : jika negative > scan..
        jika tiada masalah…
        Puan boleh : – tunggu … ada yang return kesuburan selepas 6 bulan – setahun
        – get treatment

        Cuba capai berat ideal jika BMI tinggi..
        terima kasih

    17. Fieza says:

      Assalammualikum doktor,

      Saya nak bertanya,saya ada amek cucuk depo.masalah saya selepas cucuk depo tu period sya tak bhnti selama 3 bulan.hnya bhnti ketika sy mkn pil untuk stopkn period beli di farmasi shja .ni depo bg ank ke3 sy..ank pertama &ke2 jg sblm ni amek depo jg.biasa yg sblm ni mslh peruod blnjutan selama 2 mgu shj.bila mkn ubt yg sama beli difarmsasi trus tak dtg period selama sya amek depo 3 thn..tp bbeza dgn situasi skrg.period x bhnti slama 3 bulan.drh yg keluar lak ada msa sikit2 je.ada msa bketul2..boleh bantu sy?

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        masalah prolonged bleeding on depo agak common,, cuma perlu exclude other possible problem.. Perubahan berat badan berbanding sebelum ini juga memberi impak kepada kesan depo yang di ambil. jika selepas pemeriksaan tiada masalah lain, puan boleh ambil top up hormon utk stabilised ur cycle.
        terima kasih

    18. IBU says:

      Assalamualaikum Doktor,

      Saya ingin bertanya tentang haid lambat..saya berumur 41 tahun dan haid terakhir saya keluar pd 31/05/2016 tapi saya sudah buat pregnancy test pada 17/07/2016 waktu malam dan hasilnya negatif. Tahun 2011 semasa pembedahan batu hempedu doktor ada buang sekali cyst saya. Selepas penbedahan tersebut haid dtg setiap bulan tp byk dan berpanjangan…adakah itu penyebab ketidaksuburan dan lewat dtg period? untuk makluman doktor tarikh period saya dalam masa 6 bulan adalah 31/12/2016, 25/01/2016, 24/02/2016, 28/03/2016, 12/04/2016, 06/05/2016 dan terakhir 31/05/2016

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        – haid lambat : upt negative
        – pada usia 40 tahun ke atas, tahap kesuburan wanita memang akan menurun berbanding usia bawah 40 tahun. Kesuburan wanita memang menurun seiring peningkatan usia. adakalanya kitar haid menjadi anovulatory/ tiada telur matang.
        Jika dilihat pola haid puan tidak berapa teratur Jan-feb :31d, feb-mac :34d, mac-apr : 16d, apr-may : 25d, may till last menses :26d.
        Biasanya ia terjadi dengan perubahan hormon dan berat badan.
        Jika berat badan tinggi, cuba dapatkan berat badan ideal.
        Puan boleh lakukan pemeriksaan, jika perlu, doktor yang merawat mungkin akan mulakan rawatan utk stabilised kitar haid puan.
        tq

    19. marjaan binti muhammad says:

      sLam doc, sy berkhwin 16/4/2016..
      then 19/7 ptg wktu zhor sy nk buang air kcil n lmbt k tndas..tgk dh ada tompokan drah d sluar
      yg pelik drah tu keluar selepas hbis buang air kcil n menitis drah merah
      dan sy x perlu pkai pad pon sbb drah kluar ckit
      dan sewaktu tido mlm pn sy blh tido n bgun keesokan akn ada la sedikit drah d sluar,
      drah tu kluar awal sehari pd trikh period sy
      sy pon x psti period k x
      tp mcm x
      sbb hari kdua kluar drah still mcm mula2 kua ckit2
      mohon penerangan doc
      tq

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        Kahwin 16/4
        haid bulan jun?
        haid bulan july – sedikit n berubah nature drpd haid sebelum ini.
        first, exclude pregnancy.. buat ujian kencing.. jika positive, then pregnancy related.. jika negative then boleh monitor lagi..
        tq

        • marjaan binti muhammad says:

          haid bulan jun 25hb
          tp ada problem jgk sbb yg kuar drah merah hnya 1hari n sdkit
          then drah koko cair 4 hari tetapi dlm kuantiti sedikt sgt

          • Dr Ernie says:

            check urine dulu.. ada kemungkinan hamil..

            • marjaan binti muhammad says:

              ni drah dh keluar..hnya 2hari shja..
              cuma sjak pg td kerap buang air kecil
              sjak ptg td drah x menitis
              n skrg xda kua dah

    20. emy says:

      Salam Dr.
      Saya baru abis period 4hb July. married on 30/4/2016.

      Saya mengalami sakit perut area bawah pusat macam senggugut baru 2 hari 17& 18 July. rasa sakit di pinggul. kemudian, saya tak miss makan tapi sa sakit ulu hati. dan paling ketara breast sakit after seminggu period and sekarang sa sakit.

      Adakah apa yang saya alami merupakan perubahan hormone biasa? atau da something bad ?

      Terima Kasih Dr.

      • Dr Ernie says:

        salam..
        Saya mengalami sakit perut area bawah pusat macam senggugut baru 2 hari 17& 18 July
        – sakit lower abdomen dalam mid cycle ( phasa pertengahan haid ) boleh disebabkan oleh ovulasi.. namun begitu, punca2 lain seperti jangkitan kencing juga perlu diperiksa.
        -breast pain may be due to increase in estrogen level : hormon wanita.
        -jika dilihat daripada apa yang puan maklumkan, ia lebih kepada perubahan hormon.
        – jika haid lewat, puan mungkin perlu buat ujian kehamilan.
        tq

    21. Julia says:

      Selamat Pagi Doktor,

      Saya telah berkahwin dari 30 May 2015, tetapi sehingga sekarang masih belum dikurniakan cahaya mata.
      Untuk makluman,bulan lepas period saya normal 29 hari,tapi pada bulan ini period saya menjadi 32 hari.

      Pada hari ke 29 ada sedikit tompokan merah dan tompokan itu tiada lagi pada hari ke 30 &31.Saya merasakan saya mungkin hamil.Tapi saya kecewa apabila hari ke 32 saya dapati ada darah period.Boleh saya tahu mengapakah hal itu terjadi?

      Saya menunggang motosikal bersama suami ke tempat kerja sejauh 40km sehala, pergi balik sejauh 80km. Adakah ia menyebabkan saya sukar untuk hamil akibat dari hentakan dari menunggang motosikal?

      Mohon penjelasan dari doktor.

      Sekian.

      • Dr Ernie says:

        Selamat pagi..
        selepas lewat haid : ada check Urine pregnancy test?
        Jika memang negative maka it may be caused by hormonal
        travel guna motor/kereta jarak jauh biasanya tidak memberikesan secara langsung kepada lewat hamil. Namun jika sudah hamil, adakalanya ia boleh menyebabkan keguguran jika ada hentakan yang kuat.
        Puan dinasihatkan mendapatkan pemeriksaan doktor utk mengetahui punca sebenar.
        terima kasih.

        • Julia says:

          Terima kasih atas penerangan.

          Saya tak sempat check UPT sebabnya saya ingat nak tunggu lewat sampai 5 hari baru saya buat UPT.

          Biasanya bilakah yang boleh saya mula membuat UPT?Setelah lewat brp hari ?

          Sekian.

    22. Julia says:

      Selamat Tengahari Doktor,

      Saya telah berkahwin dari 30 May 2015, tetapi sehingga sekarang masih belum dikurniakan cahaya mata.
      Untuk makluman,bulan lepas period saya normal 29 hari,tapi pada bulan ini period saya menjadi 32 hari.

      Pada hari ke 29 ada sedikit tompokan merah dan tompokan itu tiada lagi pada hari ke 30 &31.Saya merasakan saya mungkin hamil.Tapi saya kecewa apabila hari ke 32 saya dapati ada darah period.Boleh saya tahu mengapakan hal itu terjadi?

      Saya menunggang motosikal bersama suami ke tempat kerja sejauh 40km sehala.Adakah ia menyebabkan saya sukar untuk hamil akibat dari hentakan menunggang motosikal?

      Mohon penjelasan dari doktor.

      Sekian.

    23. hadijani says:

      Assalamualaikum Doctor,

      Saya nak bertanya, baru-baru ini saya ada pergi berurut. Tukang urut tu ada cakap peranakan saya tinggi dan senggugut teruk. Sebelum ini, saya pernah jugak berurut tapi dengan lain-lain orang. Tapi tak pernah pulak mereka cakap peranakan saya tinggi, kecuali tukang urut yang baru-baru ini. Itu yang menyebabkan saya sukar hamil, dan dia cakap airman akan keluar balik lepas bersama. Yang itu saya akui memang airman akan keluar balik walaupun saya telah usaha untuk letak bantal dan angkat kaki tinggi. Adakah saya perlu buat pemeriksaan ke hospital untuk memastikan samada peranakan saya betul tinggi atau tidak? dan apa nama rawatan tersebut? saya pernah menjalankan rawatan kesuburan sebelum ini dan telah mencuba makan pil clomid dan membuat pemeriksaan usg dan ujian darah.. semua normal. Adakah normal jika tiba waktu kesuburan, bahagian perut akan terasa sakit dan sneak sedikit>

      mohon jawapan daripada doctor.

      sekian, terima kasih.

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        maaf, saya kurang jelas dgn maksud peranakan tinggi, jadi saya tidak dapat memberi komen secara pasti.
        Berkaitan dengan air mani keluar semula : perlu jelas bahawa air mani adalah medium untuk sperma/benih suami.. yang travel ke dalam rahim hanya sperma/benih suami. manakala mediumnya iaitu air mani memang akan ada yang meleleh keluar semula.
        Untuk hamil :
        Seseorang wanita perlu menghasilkan telur daripada salah satu ovary (kilang telur) – ovulasi : melalui ujian darah/scan sewaktu hari yg dijangka subur
        Telur itu perlu bergerak melalui tiub fallopianmenuju ke arah rahim.: ujian HSG : biasa dilakukan pada yang berisiko atau pada pasangan yg perlu IUI
        Benih suami (sperma) perlu mensenyawakan telur tadi. : analisa sperm suami ( bilangan/pergerakan/rupabentuk normal)
        Telur yang telah disenyawakan perlu menempel ke dalam dinding Rahim (implantasi). : scan / jika masalah berulang ujian darah mungkin perlu.

        sakit / senak diwaktu subur boleh disebabkan oleh proses ovulasi itu sendiri.

        terima kasih

    24. ika says:

      assalam saya sudah hamil 4 bulan.boleh saya tau adakah berbahaya jika saya pelihara kucing yg sudah divaksin dan diberi ubat cacing didalam rumah.apakah kesan jika saya bermain dengan kucing tetapi saya tidak sesekali cium kucing tersebut.saya cume memegang dan bermain dgn kucing tersebut.dan adakah airliur kucing tersebut berbahaya?kerana kdg2 kucing tersebut mengigit saya.adakah bermain dgn kucing bahaya untuk wanita hamil? tq doctor.

      • Dr Ernie says:

        Wsalam
        semasa hamil, risiko jangkitan toxoplasmosis. Ia boleh dijangkiti melalui najis kucing.
        Semasa hamil :
        – elakkan menguruskan najis kucing. Jika tiada org lain yg boleh uruskan atau terpaksa maka pakailah sarung tangan pakai buang.
        – Cuci tangan dengan bersih selepas menguruskan najis kucing
        – pastikan tempat buangan najis (kotak pasir) ditukar selalu/setiap hari. Ii adalah kerana toxoplasma hanya akan menjadi infectious selepas 1-5 hari .
        – beri makanan kucing yg diproses dan bukan daging mentah atau undercooked.
        – elakkan kucing jalanan.

        In Syaa Allah… Cuma jika Puan risau, puan boleh jalani ujian darah utk toxo. Namun ia bukanlah ujian rutin.

        terima kasih

    25. asvini_m@yahoo.com says:

      doc sy preggy 12 minggu.3 kali inject dan ambik ubat untuk abortion via vagina tapi tak jadi.tapi keluar darah 2 atau 3 ari then stop.can i know dnc charges doc?i nak buat dnc sebab baru divorce and anak baru lahir 5 bulan

    26. Afiza Rina says:

      Salam,

      sy telah mdirikan rumahtangga 1 thn 8 bln tp shingga kini msih belum mpunyai cahaya mata. Sy ada jgak berusaha tp hampa.. Boleh sy tahu apakah yg perlu sy lakukan? Adakah mlakukan ujian ksuburan suami & isteri? Dan berapakah kos utk buat ujian tsebut? Terima kasih..

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        Puan dan pasangan dinasihatkan membuat pemeriksaan.
        Untuk rawatan kesuburan di klinik kami,
        1st consultation : RM 40-100
        SCAN : RM 40
        BLOOD : 49-200++ (bergantung kpd keperluan )
        HSG : RM 200-350 (depends on hospital charges : tawakal or KPJ seremban
        SPERM TEST : 70.00
        medication to induce ovulation – depends on body respond

        tq

    27. Niza says:

      Salam Dr. Sy berkahwin 14.12.14 …skrg hampir 2 thun berkahwin. Tp Blum ada zuriat. Umur saya Nk masuk 30 tahun. Masalah utama sy.. Awal tahun Ini (january) sebulan lebih lmbat period….slpas tu period tapi Ini pertama kali sy mengalami senggugut yg teruk Sgt. Spjg period 4 Ari…3 Ari sy senggugut. Mcm nak pengsan. Selepas tu sy period spt normal…. Namun Bulan April lambat lagi sebulan dan mcm biasa bila period senggugut teruk. Kali terakhir Bulan jun sy period pun senggugt teruk. Jumpe Dr klinik mahmodiaah JB…doktor tu ckp normal tnpa check lbih detail…saya sbnya x pnh mengalami senggugut sehingga la thun Ini… Menuru Kwn takut Ade cyst… So doktor betul ka Ini tanda2 cyst yg mnybbkn sy Susah Hamil. Sy juga mmpunyai mslh buasir.

      • Dr Ernie says:

        wsalam…
        sewaktu haid lewat adakah ujian kehamilan dilakukan?
        Jika negative, maka kemungkinan hormon disturbance.
        jika missed period, haid seterusnya mungkin banyak sedikit : ini menyebabkan senggugut itu.
        Tidak dinafikan, puan juga perlu scan.. tapi drpd penjelasan puan, kemungkinan cyst adalah rendah.
        tq

        • Niza says:

          Ya, sewaktu lewat period telah buat ujian kehamilan… Hampa negative. Setiap kali lambat buat check up negative?. Terima masih doktor.

        • Niza says:

          Ya, sewaktu lewat period telah buat ujian kehamilan… Hampa negative. Setiap kali lambat buat check up negative?. Saya lupa bgtahu doktor sewaktu tahun pertama kahwin ketika berhubungan akn keluar air yg byk ketika bersama… Tetapi sekarang seperti vagina kering ketika mula dan slpas bersama… Apakah punca2 kekeringan ketika bersama. Cara mengatasi… Bilakah waktu yg pling sesuai untuk buat ujian kesuburan dan apa yg perlu dbuat atau d elak….Terima masih doktor.

          • Dr Ernie says:

            Kekeringan : biasanya involve emosi…
            adakalanya bila mula rasa sakit, wanita akan mula berfikir the possibility of pain thus natural lubricant akan berkurang..
            – boleh di atasi dengan behavioral therapy and with the help of lubricant.
            jika ada evidence of jangkitan : rawat jangkitan

            Ujian kesuburan : jika haid tetap > boleh ambil darah hari 21-24

            tq

    28. Hani says:

      Salam doc sy dah 2 tahun tak dtg period..berat sy 85kg tinggi 164cm..sekarang sy dah kahwen sy pon nak hamil cam org lain..tpi period xdtg camna nak hamil..boleh doc tlg bgth sy apa sy pwrlu buat..

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        jika haid x dtg lebih drpd 6 mths kita kategorikan sebagai amenorrhoea sekunder.
        perlu pemeriksaan ultrasound dan darah.
        puan akan diberi ubt utk induce haid utk lihat respond’
        rawatan seterusnya adalah bergantung kepada punca.
        dalam masa yg sama, puan boleh usahakan penurunan berat badan kerana ia akan menambahkan peluang utk hamil.
        tq

    29. Mira says:

      Assalam dr ernie..ultrasound bleh dilakukan pd wanita yg belum berkahwin ? Saya ad mslh hormon, hormon lelaki yg lebih dr wanita. Adakalanya drh haid sy sedikit.. dlm 3 hari da habis. Sy nk cek kesuburan..ap yg perlu dilakukan ? Adakah melalui ujian ultrasound

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        tiada halangan utk wanita yg belum berkahwin utk jalani usg.
        hormon lelaki berlebihan diketahui drpd ujian darah ke?
        sekarang masih follow up?
        pemeriksaan kesuburan termasuk usg n darah
        tq

    30. schaa says:

      Salam Doc,

      Saya Sha, saya sudah mendirikan rumah tangga selama 2 tahun 5 bulan dan masih belum memiliki cahayamata. bermacam macam usaha telah saya lakukan samada rawatan tradisional mahupun rawatan di hospital. buat pengetahuan doc, period saya datang tak menentu. selalu delay kadang-kadang sampai 20-30hari delay. saya ade jumpa doc pakar puan dan mengadu masalah period saya, tetapi menurut beliau period saya normal kerana still datang bulan-bulan cuma lambat aje. tapi susah untuk saya tahu bila waktu saya subur yang sebenarnya.

      buat pengetahuan doc, saya telah melakukan ujian kesuburan sebanyak 6 kali. bermula dengan 50mg clomid sehingga sekarang saya mengambil 150mg clomid (3biji sehari) setiap hari kedua period sampai hari ke enam period. selepas itu melakukan ujian TVS pada hari ke 12 period dan setiap kali melakukan ujian TVS saya akan minta doc cucuk untuk pecahkan telur supaya saya boleh tahu bila subur saya. tetapi malangnya rezeki masih bukan milik saya. setiap kali rawatan, saya tak berjaya. doc pernah suggest saya untuk membuat rawatan HSG dan apabila saya melakukan rawatan tersebut, semua normal. menurut doc yang lakukan rawatan tersubut, die mengatakan tiada tiub yang tersumbat. tetapi masalah sekarang apa yang perlu saya lakukan untuk cuba hamil? adakah saya kena baiki tarikh period saya dulu atau bagaimana? haa.. buat pengetahuan doc, setiap kali saya makan clomid, period saya akan datang kurang dari 30hari. tapi bila saya skip clomid untuk masa sebulan, period saya akan delay dan boleh mencecah selama 55hari baru daya datang period semula.

      bantu saya doc untuk masalah saya ini. saya buntu tetapi dalam masa yang sama saya ingin merasa bahagia sebagai seorang ibu.

    31. Najwa says:

      Salam dr. Sye sgt perlukan bantuan dr. Sye telah keguguran ketika hamil 11 minggu. Harini dah 68 hari selepas keguguran. Sebelum ni, darah ada keluar dan dah berhenti. Tp setiap kali sye mengeluarkan air mazi ketika teransang dgn suami pasti ada darah yg keluar. Knp ye doc? Kalau boleh reply di email. Terima kasih.

    32. Anis says:

      salam doktor,kalau nak cucuk imunisasi utk kanak2 di klinik doktor,perlu buat appoinment dulu ke atau walk in je?

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        utk immunisasi sebaiknya call dahulu to confirm availibility of vaccine..
        tq

        • Mira says:

          Assalam dr.. pemeriksaan ultrasound bleh dilakukan bagi wanita yg belum berkahwin ?

          • Dr Ernie says:

            wsalam..
            tiada halangan utk wanita yg belum berkahwin utk jalani usg.
            hormon lelaki berlebihan diketahui drpd ujian darah ke?
            sekarang masih follow up?
            pemeriksaan kesuburan termasuk usg n darah
            tq

    33. ika says:

      assalamualaikum doktor
      saya ingin bertanya adakah bahaya jika kita selalu scan (ultrasaound 2d) pd setiap minggu?ini kerana saya mengandung anak pertama dan sangat teruja untuk melihat tumbesaran anak pertama saya.mohon penjelasan.

      • Dr Ernie says:

        wsalam…
        Scan tidak perlu dilakukan setiap minggu.. memadai sebulan sekali… Buat masa ini, tiada kesan jangkamasa panjang yg dikesan pada kandungan yang discan.
        tq

    34. Miss says:

      Assalamualaikum,

      Doc, bulan 9 ni genap perkahwinan sy selama setahun. Namun masih tiada rezeki zuriat. Soalan sy, boleh x sy hendak berjmpa doc utk pemeriksaan seorang diri. Suami sy berkerja di utara tanah air.

      Terima kasih doc.

    35. Noraini says:

      Salam doc..sy bru khwin pd awl april 2016..sblm kwen priod sy tratur..mac 2016 sy dmm pns n kua priod 13hri awl..n pd april tu priod sy dtg slps 36hri..kmudian normal 28hri pd mei n jun..sptutnye pd julai sy priod 6.7 tp lewat 3hri..bru sy priod pd 9.7..lps kwen sy kerapsket pinggang 2mggu sblm priod..n kputihan sy pn kdg2 kluar mcm air kncing..wrne putih susu..sy rsau klu ade mslh rahim sbb prut sy sdikit bncit bhgian bwh prt..adkah mslh rhim jtuh atau len2..rwtan ape yg ptt sy lkukan?

    36. Anonymous says:

      Salam dr..sy nak tanya dh 3 thun sy stop injection..skrg ni sy nak mengandung tp periot sy tak teratur adakah masalah nak mengandung lg susah di sebabkan injection tu

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        kesan depo utk contraception lasted around 3 months slps last injection. Namun begitu ada yang return fertility selepas 6 bln – setahun. Namun jika masih sukar hamil selepas itu, ia bukanlah disebabkan oleh kesan depo. Adakalanya selepas melahirkan, berat badan bertambah, Ia memberi kesan yang amat besar terhadap kesuburan. Jika boleh turunkan ke berat ideal, In Syaa Allah haid akan teratur.
        tq

    37. zu says:

      salam dr..sy mengalami mslh keputihan dan kegatalan di kemaluan sy..sy nk tanya brape kos rawatan utk masalah ini?

      Dr Ernie says:
    38. ika says:

      Assalam doktor, mohon bagi pencerahan,saya baru hamil 13 minggu dan saya dapati bila hendak bersama suami air mazi saya tiada walau pelbagai rangsangan telah dibuat dan ini boleh mnyebabkan rasa sakit saat bersama.bolehkah sewaktu hamil ini saya bersama suami menggunakan pelincir seperti ky jelly untuk bersama?adakah normal apabila kita hamil mmg tiada cecair di faraj?

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        masalah kekeringan semasa hamil adalah perkara biasa. ini kerana hormon semasa hamil menyebabkan faraj lebih kering. Lubricant/pelincir seperti KY jelly boleh digunakan semasa hamil.
        terima kasih

    39. anonymous says:

      salam dr. sy nak tny, sy nie sblm sekolah rendah lagi melakukan douching di luar vagina, waktu kecik dlu kerap juga sy lakukannya (krna tidak sedar keburukkannya) tp skrg (19 thn) dh kurang sikit. apa agaknya yg boleh berlaku pd sy? sbb sy dh lama douching

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        douching : membersihkan vagina.
        saya tidak jelas dgn maksud douching di luar shj.
        vagina ada sistem ‘self cleaning’. thus memang x perlu douching.. kerana ia mengganggu environment di kawasan itu.
        tq

    40. nabilah says:

      Slm dokter..saya umur 16 tahun .kebelakangan ini saya sering sakit bawah perut belah kiri…kenapa ye dokter?

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        Sakit sebelah kiri boleh disebabkan oleh
        – cyst di kilang telur
        – jangkitan di salur kencing
        – sakit drpd usus – jarang utk umur teenager

        saudari perlu membuat pemeriksaan jika ingin tahu puncanya.
        tq

    41. Farah says:

      Assalammualaikum doktor,
      Saya nak tanya period saya memag dari sebelum kawin tak teratur selalu period saya sebulan datang tapi bulan depannya tak datang..saya saya last period 25/04 tapi 11/06 ada cecair coklat keluar selama 2 hari saya ingatkan nak period tapi sampi sekarang belum keluar lagi..selepas 14 hari keluar cecair coklat tu saya ada test upt tapi -ve..saya nak tanya sebab apa ya keluar cecair coklat 2..adakah cecair coklat 2 dikira darah period.ataupun saya hamil tapi masih tak boleh detect?

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        jika ujian air kencing negative maka cecair coklat itu adalah haid.
        bagi individu yang haidnya tidak teratur, adakalanya haid terlalu sedikit ; staining sahaja. ini disebabkan oleh anovulatory cycle.
        kehamilan boleh dikesan seawal 2 minggu selepas persenyawaan.

        terima kasih

    42. Dilema says:

      Salam Dr, maaf jika persoalan sy ni agar kurang senang.
      Pada tahun lepas sy ad terlanjur dgn bekas kekasih sy. Dia telah memasukkan jari ke dalam vagina sy. Tapi tak pasti dlm mna. Sy dah lupa. Sbb dh taubat. Tp lps kejadian tersebut, sy telah cek di tandas. Dan ada darah keluar. Saya takut masa tu kalau2 darah itu adalah darah pecah dara. Tapi sebenarnya lepas kluar darah tu, saya dapati saya period. Jadi skrg, saya tak pasti pecah dara atau tidak? Jika hendak cek di hospital atau klinik,saya malu. Mohon sangat Dr dapat jawab soalan saya ini. Sbb hujung tahun insyaAllah sy akan berkahwin. Tp bukan dgn org yg sama. :'(

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        alhamdulillah saudari sudah bertaubat. Apa yang lepas biarkan ia lepas.. jangan diulang kesilapan lalu.
        Dalam isu ini, sama ada dara pecah atau tidak itu tidak penting. jika incident sebelum ini sekali sahaja In Syaa Allah tiada masalah.
        Terima Kasih

    43. Nurul says:

      Salam doc,

      harap doc dpt explain masalah sy ni..

      1) kalau stop pengambilan pil perancang bole kena effect ke? Sy pernah ambil dulu (7 thn dulu) utk stop kan period tak teratur dan bleeding teruk.

      2) kalau dah lama tak period selama 4 bulan, dan sering berasa sakit di sebelah kiri & kanan perut. Ade kena mengena dgn masalah rahim ke doctor? Atau ketumbuhan? Berapa kos utk check kalau masalah ni?

      Thank you.

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        – short term use of pil perancang tiada masalah. Tambahan pula mmg untuk stabilkn haid.
        – haid lewat 4 bulan ( ada check pregnant test jika sudah kahmin?) jika negative most likely disebabkan oleh hormon.

        Biasanya doktor akan scan to exclude other problem

        first consultation 40-100
        scan : 45

        tq

    44. nur syahda binti zakariah says:

      assalamualaikum doc…sy nk tanya..semenjak saya berkahwin,period sy jadi kurang teratur..dan prnah juga dalam mase 1 bulan ade keluar tompok coklat dan sedikit drah warna pink dlm kuantiti yg sedikit..kadang2 berlanjutan selama 2 minggu..

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        haid yang x teratur dan sesikit selalunya disebabkan oleh hormonal disturbance.
        Jika ada kenaikan berat badan selepas kahwin – cuba turunkan kembali.
        puan juga digalakkan utk berjumpa doktor utk rawatan.
        tq

    45. Nur says:

      Salam doktor. Saya mempunya kitaran haid yang normal dan untuk bulan ini period saya sudah lewat 2 minggu. Saya sudah mengambil pregnancy test dan ia adalah negatif. Kemusykilan saya adalah, sejak haid saya lewat, saya mengalami masalah keputihan yang agak teruk (sebelum ini saya tidak mengalami masalah tersebut) dan cairan yang keluar adalah putih likat dan kehijauan. Boleh doktor terangkan apa yang perlu saya lakukan dan anggaran kos rawatan tersebut?

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        cecair likat kehijauan drpd faraj boleh disebabkan oleh jangkitan.
        puan perlu dapatkan rawatan. biasanya pemeriksaan bahagian faraj dilakukan.. jika memang evidence of infection, puan akan diberi rawatan sewajarnya.
        kos rawatan bergantung kepada klinik yg puan lawati.
        tq

    46. is says:

      Asalammualaikum doc , sya berumur 23 th .dari umur 20 haid sy xteratur kadang2 2bulan sekali 3bulan sekali , dan sejak april ni period ade setiap bulan tapi untuk bulan june ni saya period sme stiap awl bulan ,tapi darah yang keluar mengambil masa yang lama dah 3 minggu kluar xbhnti , darah yg berketul pun banyak pernah skali kluar sebesar tapak tangan tapi darah tu warna gelap dan xcair , perlu kah saya mendapat rawatan atau pun ada ubat ?

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        haid yang banyak dan berketul perlu dapatkan pemeriksaan doktor utk pastikan tiada masalah lain. Jika hanya masalah hormonal, saudari akan diberi ubat
        tq

    47. Aratul says:

      Salam doc .saya ada masalah period yang tidak teratur,hampir 8 kali saya check upt dan semuanya negative ,apa perlu saya buat doc?stress sama memikirkan ,bulan 4 saya tk ingat saya period or tak tp bulan 5 sehingga skrg masih belum dtg .
      Saya nak check di klinik takut klau sy positive hamil . Saya ada pergi farmasi org tu ada bg pil sunolut. Ada ke patut saya makan ?

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        Puan.. haid yang tidak teratur biasanya disebabkan oleh anovulatory cycle..
        pil yg dibeli di farmasi itu adalah pil hormon.. tujuan utk induce bleeding.. Jika puan pasti tidak hamil dan terganggu kerana haid tidak dtg, puan boleh ambil pil tersebut.
        tq

        • Aratul says:

          Terima kasih doktor,
          Tetapi kalau saya ambil sunolut ni memang darah period saya akan keluar ke doktor ? Saya blm berkawin ttp saya pernah terlanjur. Sbb 8 kali saya check upt semuanya negatif . Apakah saya mengandung doktor ? Syaa tak bersedia nak check klinik.

    48. Nur Jannah says:

      Salam dr…maaf menganggu…sy nk tnye ade beberapa perkara yang memushkil kan sy…sy period dh hmpir 3 bulan disebabkan pemasangan implan…n sy dh berjumpa dr di klinik pemasangan implan tersebut..dan dr itu tidak memberi ubat utk menghentikan pendarahan…dan menasihatkan saya mengambil Evening Primrose Oil utk menstabilkan hormon sy…dan melarang sy drpd mengambil apa-apa supplement yang mengandungi kacip fatimah n majakani…tetapi apabila sy membaca blog2 doktor laen…mereka menasihatkan mnegambil kacip fatimah utk menstabilkan hormon…jd sy keliru…mne satu yang ptot saya ikot…dan sy nk tanye…bolehkan bersama suami sekiranya sy masih dlm keadaan istihadah ini???

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        – gangguan pada kitar haid selepas pemasangan implanon memang boleh berlaku. Namun ia bersifat sementara. Ia boleh diberhentikan dengan pengambilan ubat.(jumpa pakar utk tujuan ini).
        – Dalam situasi puan, pendarahan yang berlaku adalah istihadah..
        – semasa istihadah, wanita itu perlu solat dan melaksanakan puasa ramadhan. Cuma perlu membersihkan dan memakai pad then berwuduk.
        – bagi wanita yang sudah berumahtangga, mereka boleh melakukan hubungan kelamin dengan suami.

        Namun saya nasihatkan puan mendapatkan penjelasan yang lebih baik daripada ustazah/ustaz..

        terima kasih.

    49. Jfaryn says:

      As salam Dr Ernie

      Saya baru kehilangan bayi ke5 berusia 34w kerana hydrops fetalis melalui kaedah czer krn bayi besar 3.25kg. Selepas czer hb saya adalah 9.2, dan sms czer saya tambah darah o+ 1 bag. Dos ubat heparin saya selepaa keluar dr hospital ialah 5 hari. Sekarang baru 1 botol, tp x konsisten masa 12j, saya rasa pening kepala dan nafas pendek. Kaki xde bengkak… cuma pinggang terlalu sakit dan darah nifas terlalu pucat hanpir2 tiada warna. Perlukah saya sambung heparin atau tidak? Terima.kasih

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        Takziah atas kehilangan puan..
        berkenaan heparin, saya nasihatkan puan teruskan suntikan kerana ia melindungi risiko thrombosis/ darah beku dalam pembuluh darah.. Jika ia berlaku.. sgt berbayaha.
        pening dan nafas pendek mungkin disebabkan oleh anaemia.. kekuranan darah merah.. puan perlu ambil vitamintambah darah dan makan makanan high iron.
        jika pernafasan terganggu atau kerap pitam, segeralah ke hospital.
        tq

    50. nurul says:

      Salam..sy nk tanya biasanya blood test utk trisomy brp?baby ok je..msa scan nmpak cukup sifat..cuma risau kesan dari xray masa awal pregnancy blh mybabkan mslh kpd kromosom

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        Puan… kebanyakan x ray exposure impose low risk kepada kandungan. Namun jika xray abdomen/pelvis/lower back ada greater exposure pada rahim.
        trisomy terjadi apabila berlaku masalah semasa ovum/sperm develop atau selepas persenyawaan. Jadi ia tiada kaitan dengan x ray exposure yg puan dapat setelah puan tahu puan hamil.

        test utk trisomy dilakukan semasa kandungan berumur 14-19 minggu..
        double test : RM 130.00 – 150.00
        triple test : RM 250.00 – 350.00
        namun bergantung kpd lab yg menjalankan ujian tersebut.
        terima kasih

    51. Siti says:

      Salam saya nak bertanya tentang perbezaan darah period dan keguguran,saya alami sakit yang luat biasa pd period kali ini,cramp,nyeri,dan sakit pinggang disertakan sakit area pelvic saya,pada permulaan ada cairan yang keluar then disertakan darah dan gumpalan sebesar 50 sen ia tak larut even jirus dengan air.ini period atau gugur doktor?harap feedback dari doktor.

      • Dr Ernie says:

        wsalam…
        gumpalan darah beku mmg x larut ttp jika titekan akan pecah.
        jika daging / keguguran.. warna nya seperti merah pink dan kenyal..
        urine test juga positif.
        terima kasih

    52. Leen says:

      salam Dr., saya ada masalah sebelum ni period tak teratur ,kdg2 2bulan sekali nie paling lewat bl bt upt tp negative, ambik masa berbulan period tak teratur,lepas tu period sy skrg kembali normal balik , tp sy dah cuba slama 2 tahun utk hamil nak dpt kan ank yg second smpaikan skrg tak ada rezeki, tak tau apa punca sama ada sy atau suami, klu nak bt rawatan chek kesihatan kesuburan saya dan suami brp kos ye dr….

      tq

      • Dr Ernie says:

        Wsalam..
        period tidak teratur berkait dgn anovulation..
        biasanya dalam situasi puan.. hanya perlu scan dan pemeriksaan fizikal..
        first consultation RM 40-100
        scan 40

        tq

    53. sepet says:

      adakah normal dr benda mie semua…sbb sy tak pernah dtg haid selma 2 hari …lagipun sy dtg mesti banyak dari sebelum ini

    54. siti says:

      Assalamualaikum .

      Sy mmpunyai masalah keputihan dan myebabkan vagina sy berasa gatal dan membuatkan saya tidak selesa. Kdg kala sy tdk sgaja menggaru vagina saya setelah itu sy Nampak kesan nya adalah vagina saya macam melecet dan terdapat sedikit luka dan merah . ia amat pedih dan gatal .. Kdg2 sy mencucinya dengan puncuci wanita daun sirih . . tapi hasilnya sama juga .
      Mohon pncerahan,perlu ke sy berjumpa dgn dktor?atau ada cara yg lain.

      • Dr Ernie says:

        Wsalam..Keputihan yg gatal biasanya berkaitan dgn jangkitan.. dapatkan rawatan di klinik berdekatan. Tq

    55. sepet says:

      askum doc,

      saya nak bertanya berkenaan period sy….sy mula stress bila period saya bulan 6 awal bulan hanya dua hari dtg….sedangkan sebelum nie period sy ok dan tak de masalah tpi selepas kahwin terus jadi mcmnie…darah kuar hanay sedikit.

      • Dr Ernie says:

        Wsalam…
        Perubahan haid perlu exclude pregnancy..
        Jika negative… it was just hormonal…
        Bila kita newly married… byk rutin yg berubah.. bdn akan mengeluarkan hormon stress… dan ini boleh mengganggu hormon yg control haid..
        Jgn risau… puan buat urine preg test dulu..
        Jika negative, give up to 6 months to stabilise..
        Tq

        • nisak says:

          aslmkum doc, sy punye kes lebih kurang sama tp period come twice a month,, dah 3 bulan jd cmni.. nk kne tggu 6 months jgak utk stabilize ke cmne? bimbang jika ade symtom2 cancer.. huhu.. please advise…

          • Dr Ernie says:

            wsalam..
            boleh lakukan pemeriksaan. Maksud 6 bulan tu biasanya individu mengambil masa 3-4 bulan.. tapi ada yang makan masa 6 bulan utk stable. tiada salahnya lakukan pemerisaan.
            tq

    56. Thasyah says:

      Salam doc..sy ade pertanyaan..skrg anak sy 5 bulan.. sy ade amik perancang jenis cucuk…jika sy bersama ngn suami kemungkinan klau suami buang dalam Vagina bererti boleh hamil atau x ?

      • Dr Ernie says:

        Wsalam…
        jika puan ambil injection depo pada hari ke 2-5 haid : puan protected as long as within depo period (2 atau 3 bulan bergantung pd jenis)
        jika depo diambil bukan pada hari di atas : puan perlu pakai protection selama 7 hari selepas suntikan.. Puan hanya protected selepas itu..
        as long as puan follow date of next injection, In Syaa Allah tiada masalah. Risk of pregnancy sangat rendah.
        dengan ertikata lain, tiada masalah utk suami puan ejaculate di dalam.
        terima kasih.

    57. bunga says:

      salam doktor,

      vagina saya mengalami gatal-gatal dan berbau..sudah banyak hari namun masih gatal-gatal. apakah perlu saya pergi klinik berjumpa doktor ataupun beli sahaja jamu untuk masalah saya? saya sudah berkahwin tetapi belum ada anak lagi. saya ada terbaca diinternet yang pasal pap smear. adakah saya perlu dapatkan pap smear???

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        gatal dan berbau menandakan jangkitan.. sebaiknya berjumpa doktor utk rawatan.
        pap smear : semua wanita yg ada sexual exposure perlu lakukan pap smear utk saringan kanser pangkal rahim.
        terima kasih

    58. Zie says:

      Assalam. Dr. Sy mengalami masalah bartholin cyst. Berapakah anggaran kos minor surgery dan adakah sy boleh memgunakan medical card bg prosedur itu?

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        masalah puan bartholin abscess or bartholin cyst?
        our minor surgery di buat under bius setempat.
        cost rm 200 – 500.
        tq

    59. Nur Jannah says:

      Assalamualaikum dr,maaf menganggu…sy nk tnye…sy ade amek perancang implan bulan 4 haritu…dan semasa sy amek perancang tu,sy period hari yg ke-3, dan selepas itu period sy berlanjutan selama sebulan,,,lepas tu cume beberape hari saje yg sy x period…dan sy start period smpai skrg…tp period sy hanye keluar ketika saya buang air…mcm mne sy nk hentikan darah tu dan adakah ianya dikira darah period??…apa yang perlu sy lakukan??…terima kasih dr.

      • Dr Ernie says:

        wsalam…
        darah yang keluar itu dikira istihadah kerana ia melebihi haid. dan implan is known to cause that.
        puan boleh mendapatkan ubat drpd doktor utk membarhantikan darah tersebut,
        jangan risau.. ia bersifat sementara sahaja…
        terima kasih

    60. Nur Yasmin binti Mustapa says:

      Assalamualaikum Dr.,
      Saya ada mendapatkan dos-dos suntikan proluton daripada doktor pakar dan doktor tersebut meminta saya ke klinik yang berhampiran untuk meminta doktor lain melakukan suntikan tersebut pada tarikh-tarikh tertentu memandangkan klinik pakar tersebut agak jauh untuk saya ulang alik. Bolehkah Dr. melakukan suntikan tersebut?

    61. Nis says:

      Assalamualaikum Dr.

      Sy berumur 28 tahun, dengan berat badan 29kg dan tinggi 143cm, dan belum berkahwin.

      Sebelum ini kitaran haid sy pada average 28-30 hari setiap bulan. Namun pada bulan lepas, haid sy lewat 10 hari dan bulan ini masih belum ada tanda2 datang haid setelah lewat 12 hari.

      Sy juga mengalami masalah keputihan kental kekuningan tapi tidak gatal, dan kuantiti nya agak banyak pada hari yang sy aktif dan sibuk.

      Perlukah sy buat pemeriksaan Dr? Dan jika perlu, boleh sy tau pemeriksaan bagaimana yang perlu dijalankan?

      Sy agak risau memandangkan sy bakal mendirikan rumahtangga lebih kurang 3 bulan lagi.

      Terima kasih Dr.

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        BMI : 14.18 jika betul berat badan 29 … Sangat2 rendah drpd berat ideal.
        saudari perlu capai berat badan ideal.
        haid mula tak teratur 2 bulan kebelakangan : adakah saudari stress (persiapan perkahwinan?) kerana stress boleh mengganggu hormon kita dan secara tidak langsung mengganggu kitaran haid.
        mengenai keputihan : perlu bezakan sama ada ia jangkitan atau fisiologi(normal) : ia perlu pemeriksaan.
        jika ada jangkitan, saudari akan diberi rawatan sewajarnya.
        tq

    62. FARIDAH BINTI MAZLAN says:

      Assalamualaikum Dr,

      Saya Faridah, mempunyai masalah dimana saya tidak period selepas melahirkan anak kedua . anak kedua lahir pada 29/4/2015, darah nifas keluar spt biasa iaitu hingga ke hari 40. selepas itu pada umur bby 4 bulan , 30/8/2015 sy period dan lps tu x period..ujian kehamilan pun dah dibuat tapi tidak hamil..Bby saya still lg breastfeed bila sy di rumah, cuti dan waktu mlm..keadaan ini merisaukan sy dan suami.tq doc.hrp dr dapat membalas . 0129792045

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        jika puan pasti puan tak hamil,keadaan tidak dtg haid boleh disebabkan level hormon.
        Jika ada ambil suntikan depo/memakai implanon : tak datang haid x mengapa
        Jika tidak meggunakan apa2 : ia disebabkan oleh hormon prolaktin yg tinggi smasa menyusu.
        jika ia merisaukan, puan boleh induce haid : ubt hormon (after excluding pregnancy)
        tq

    63. NANA says:

      Asslm dr..saya nak tanya if saya nak buat suntikan depo tapi period saya baru sahaja habis hari ke 8 jadi boleh ke saya proceed juga suntikan depo itu?
      dan kalau saya nak ambil suntikan tu adakah saya perlu menjalani ujian darah atau sebagainya? atau saya boleh ambil suntikan tersebut tanpa ujian darah?

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        jika tiada hubungan kelamin dalam kitar ini / selepas haid, puan x perlu jalani ujian.. memadai dgn pemeriksaan doktor spt tekanan darah dan sejarah pesakit.
        namun begitu, disebabkan depo diambil bukan on d2-d5 menses, puan perlu protection selama seminggu. hanya selepas itu puan protected. tq

    64. faziratul amira says:

      salam doc…maaf kalo mengganggu…saya nak bertanya…saya dh berkahwin…n umur saya 23 tahun…sejak berkahwin…haid saya mcm x menentu…haidnya dtg setiap bulan…tpi kadang2 sikit n kadang2 byk…tu apa maksudnya…saya teringin sgt nk mengandung….apa pendapat doktor yew….terima kasih..

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        Haid x menentu mungkin disebabkan anovulatory cycle..cuma ia perlu disahkan melalui pemeriksaan.
        tq

        • faziratul amira says:

          ada pape yg bole dimkn atau di amalkn kew doktor…

          • Dr Ernie says:

            cuba dapatkan berat badan ideal : jika under weight : naikkan
            jika over weight : turunkan
            mencapai berat bdn ideal akan meninggikan peluang hamil.
            start taking folic acid
            tq

            • faziratul amira says:

              thanks doc…saya telah amalkn asid folic 3 bulan n pati delima n juga vitamin e…berat badan saya 46 kg n tinggi adalah 164 cm…adakah saya tidak mencapai berat badan yg ideal..

            • Dr Ernie says:

              BMI : 17 ++
              masih rendah..

    65. nurul says:

      salam,sy menghidapi herpes..berapa kos laser untuk membuang herpes di kemaluan sy?

    66. nurin says:

      Saya melakukan sex dngan suami 2hari sebelim period dan selpas tu period saya datang 3 hari sahja adakah sy akn hamil sebab hingga sekarang period saya tak datang lg

      • Dr Ernie says:

        Puan.. saya sudah pun menjawab persoalan puan dalam e mail sebelum ini. tq

    67. noor roslina abu bakar says:

      Assalamualaikum dr…kalau untuk scan tvs berapa kos ye? Saya rasa kurang berpuas hati dengan pendapat seorang dktr mengatakan saya incomplete abortion…dan die maklumkan ade cebisan di dalam rahim saya…ia dikesan melalui kaedah scan atas perut…boleh dokter bantu saya?

      • Dr Ernie says:

        Wsalam
        TVS for gynae cases RM 45.
        tidak termasuk consultation.
        terima kasih

    68. zila says:

      Assalamualaikum docter,saya baru je scan untuk kandungan baby 8 minggu,tapi masa scan doc ada cakap….ada darah di kelilingi uteres atau pon di keliling kantung baby,saya mula risaula doc,tapi docter 2 tak dapat pastikan kenapa…baby ok alhamdulillah,cuma saya risau berkaitan dengan darah……tapi saya tak ada pulak bleding atau sakit di bahagian bawah,boleh saya tahu sebab apa ye docter?

      • Dr Ernie says:

        wslam..
        maaf, saya kurang jelas maksud puan
        -jika blood di keliling kantung : possible subchorionic haematoma : jika tiada sakit n pendarahan n bb ok : outcome In Syaa Allah ok.
        – Jika ? darah keliling uterus : possible ruptured corpus luteal cyst.. : Jika tak sakit : x buat apa2..
        tq

    69. Nana says:

      Hi doc.. Sy baru lepas buat ujian air kencing & Sarah. & menunjukan sy sdg Hamil. To apa yg membimbangkan sy Ialah, baby x kelihatan semasa doc buat ultrasound. Adakah sy kini mengelami ectopic pregnancy? Kita boleh merasakan gerakan bayi x kalo kita mengalami ectopic pregnancy? Sbb sy dpt rasakan gerakan dlm perut sy & dpt menyentuh benda keras tu.

      • Dr Ernie says:

        Hi..
        scan melalui abdomen tidak mampu detect kantung jika masih awal. Puan ambil darah yang saya kira adalah hcg.. melalui level HCG kita boleh jangkakan sama ada kandungan itu berapa minggu. Jika levelnya tinggi namun masih tidak dapat dilihat melalui scan vaginal maka kemungkinan ia ectopic.
        terima kasih

    70. nurcahaya says:

      Assalamualaikum Dr.

      Saya belum berkahwin dan saya sedang alami istihadah.

      Masalahnya darah terlalu banyak setipa 2 jam saya perlu tukar pad.
      Darahnya berketul dan ketul yang banyak. adakah bahaya>

      Saya ada terbaca mungkin masalah hormon kerana saya sedag turunkan berat badan. Cuma saya takut masalah lain. sebab darah yang berketul yang banyak

      saya juga alami sakit-sakit pada rahim. jadi tidak selesa berdiri dan duduk.

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        saudari, doktor telah pun menjawab pertanyaan saudari dalam email sebelum ini.
        terima kasih

    71. Yani says:

      Doctr..bln 10 yg lps sy bru mlahirkn seorg ank.. n skrg sy telah mngandung lg..sy msh blm bsedia utk mnambh ank lg..sy sedang mncari klinik yg mnwrkn perkhidmtn d&c or cuci rahim..klinik ni ade x pkhidmtn ni

    72. Nina says:

      AsSalam doc..
      I’m a 40yrs single mom with 5kids. I had a stillbirth b4 my 4th child. I prnh jtuh dlm toilet some time ago. My ex hby dlu pun kaki pkul n prnh baling I ke lantai.
      Now, I suspect dat I’m having uterine prolapse 1° SBB rasa mcm ada benda kt pintu vagina. Sekitar kwsn panties tu rasa perit. Nk tanye how much brape kos rawatan?

      May Allah bless alwiz. Tq

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        to confirm the diagnosis, Puan perlu
        – pemeriksaan pelvic
        -scan to exclude intraabdominal mass yg menyebabkan pressure
        – jika perlu : pemakaian ring pessary

        first consultation : RM 40-100
        scan : RM 45
        ring pessary : RM 75
        tq

    73. lin says:

      Assalamualaikum doktor

      saya ingin bertanya. Saya melahirkan anak ke 4 bulan 11 tahun lepas. selepas itu saya mengambil suntikan depo. setakat ini sudah kali ke 2 saya suntik. 30 Mei ini suntikan ke 3. soalan saya haid saya hanya keluar lendir coklat dan sedikit. kadang2 keluar 2 hari dan hilang. dan selepas itu keluar lagi. dan apabila bersama akan keluar lagi lendir coklat. adakah itu sebab suntikan tersebut atau disebabkan perkara lain?
      Terima Kasih

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        Suntikan depo memang menyebabkan haid berkurangan dan adakalanya brownish spot.
        Jika puan belum buat pap smear better buat untuk exclude masalah pangkal rahim. Jika sudah, maka ia hanya kesan daripada suntikan.
        terima kasih

        • lin says:

          terima kasih byk doktor..hari ini baru buat pap smear…harap semua normal..terima kasih sekali lagi

    74. nadia says:

      assaam dr.semalam sy ada buat TVS di klinik swasta..dr tu beritahu sy tgh subur.smlm hari ke 16.biasanya sy subur hari ke 21 mlalui penggunaan opk.melalui TVS..blh detect ke kita subur ke tak.sbb sy ada buat opk selepas balik dr klinik..tp negatif.mohon pendapat dr.Tq

      • Dr Ernie says:

        wsalam…
        TVS boleh detect follicle yang ada telur matang.. Bila diberitahu waktu subur bermaksud follicle telah mencapai siz matang dan puan boleh ovulasi bila2 masa.
        terima kasih

    75. Iqqa says:

      Salam doc… Saya nak tnyer berkenaan vagina sya.. Setahun yg lepas sya sdah pun melahirkan seorg baby yg comel dan semasa kelahiran ank sya yg pertama ney sya terpakse buat episio(ape tah yg kne guntung tu)… Tapi selepas setahun berlalu sya sakit di bahagian jahitan tu.. Bile kencing sya cuci dan merasakan mcm ade ketulan kecil disebalik kulit sya tu tambahan bile sya lihat miss v tu dy mcm terbuka besar… Ada kah itu normal doc?

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        maaf.. sukar untuk mengatakan sama ada ia normal atau tidak tanpa pemeriksaan. memandangkan sakit datang selepas setahun, sebaiknya puan lakukan pemeriksaan di klinik. terima kasih

    76. qaseh says:

      assalamualaikum doktor,
      sy di diagnos kn menghidap pcos..apakah jenis rwtn yg sy prlu ambil utk hamil?

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        PCOS berkait dengan anovulation – telur x matang dalam kitar haid
        Puan perlu dapatkan rawatan utk rangsang penghasilan telur.
        dalam masa yang sama, jika berat badan berlebihan cuba turunkan kerana ia memberikan kesan yang amat tinggi.
        terima kasih

    77. azira says:

      Doktor,

      Saya sekarang berumur 41 tahun dan seorang penghidap darah tinggi. Makan ubat caprovil sehari sebiji. Anak saya yang bonsu berumur 10 tahun. Saya ingin membuat pertanyaan adakah saya boleh mengandung lagi.

      • Dr Ernie says:

        Puan,,
        hamil di usia lebih 40 tahun memang ada risiko.. oleh kerana puan memang ada darah tinggi and on medication, keperluan utk memastikan tekanan darah stabil semasa hamil itu penting. sebaiknya puan lakukan ujian darah utk lihat baseline fungsi buah pinggang etc.. di usia 41 tahun risiko kencing manis semasa hamil juga ada.
        dari segi risiko kemungkinan hamil trisomy 21 ( sindrom Down ) lebih kurang 1 in 85 pregnancy.
        dari segi kesihatan, risiko hamil di usia ini memang tinggi berbanding bawah 40 tahun.
        Jika keperluan utk menambah ahli itu tinggi dan puan faham risiko yang ada, puan boleh teruskan niat tetapi perlu buat pemeriksaan awal dan tukar ubat darah tinggi once pregnant.
        terima kasih

    78. ika says:

      assalamualaikum doktor. Sy ika. Saya ad masalah pada kawasan sensitif saya…saya sudah berkahwin baru2 ni tp semasa melakukuan persetubuhan, kemaluan saya asyik keluar darah dan saya mempunyai kitaran haid yang teruk. Saya bimbang kalau ad jangkitan. Smua ni tanda2 ap doktor?

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        pendarahan semasa persetubuhan mungkin menandakan masalah di pangkal rahim. puan perlu membuat pemeriksaan, adakalanya ia hanya polyp dan boleh dibuang. terima kasih.

    79. azira says:

      doktor,

      saya berumuur 41 tahun dan sekarang sedang makan ubat darah tinggi sebiji sehari saja. anak saya yang kecil berumur 10 tahun. Adakah saya boleh mengandung lagi?

    80. Syifa says:

      salam, sy nk tny. sy pelik knp skrg nie vagina sy ada keluarkan keputihan yang berwarna coklat yg mengandungi darah ttp bkn period, skrg hari ke-4 dan masih lg berlaku. sy belum berkahwin dan tidak prnh ada sex or what tp waktu hari pertama jd mcm tu, atas vagina (diantara salur kencing dan vagina) sy ada rasa sakit (bengkak/jerawat) sy x pasti tp dlm sehari je, lps tu dy susut sendiri dan ada rasa sakit waktu nk kencing. knp ye?

    81. izati says:

      Berapakah anggaran kos untuk suntikan depo provera ye di klinik puan?..ingin tahu..terima kasih

    82. afizaothman says:

      assalamualaikum doc sy nak tanya saya baru 70 hari lps pantang tapi saya ada masalah bile kencing dan saya cuci bahagian bwh tu bila saya nak kencing semula jadi sakit n bwh faraj tu mcm ada benjolan dan saya ada masalah sembelit if sy hendak buang air besar sy terpaksa mengunakn jari utk keluarkn najis tersebut dan bahagian perut saya kadang2 ada rasa macam benda bergerak kenapa ye?ke kemungkinan peranakkan saya jatuh or masalah pundi kencing apa yg perlu saya lakukan.

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        rasa sakit jika mahu kencing : perlu exclude infection
        sembelit & perlu bantu guna jari : kurang air dan pelvic floor x kuat. puan perlu minum byk & makan makanan berserat tinggi. Puan juga perlu lakukan kegel exercise,
        Terima kasih

        • afizaothman says:

          bahagian perut yg saya rasa macam ada ketulan bergerak pula tu apa ye doc?

          • Dr Ernie says:

            Ketulan bergerak dalam abdomen boleh jd banyak benda . Antaranya:
            Cyst
            Fibroid
            mass dari usus
            mass dari masenteri
            sebaiknya berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan ultrasound.
            terima kasih

    83. Cda ramli says:

      Assalamualaikum… saye sedang pakai iucd pada jun 2015.. sebelum pakai iucd tu period saya dlm 5 ke 6 hari… tapi sebelum kawen sy ada masalah jgk period xteratur 2 3 bln xperiod… lepas pakai iucd period mmg teratur… tiap2 bln dtg.. tapi kes sy skrg… last period sy 1 april skrg dah 14 hari lmbat period.. sy check negatif… adakah sy perlu scan hamil atau tidak…

      • Dr Ernie says:

        w’salam…
        biasanya urine pregnancy test kejituannya tinggi..
        Jika tiada tanda pregnant, mungkin delayed menses sebab hormon sahaja. Tambahan pula kitaran puan sebelum ini ada yang tidak teratur.
        terima kasih

    84. gaban says:

      assalama dr.saya wanita umur 30.saya ada kencing tak lawas yg truk sejak saya remaja dalam form 2.masa tu tak truk lagi.tapi sejak form 5 tak silap saya dah stat pakai pad setiap solat.bila kencing tak puas.baru pakai pad da rasa kua sikit.saya pendam sampai sekarang sebab kos rawatan pakar swasta agak tinggi dan pakar uro kebanyakannya laki.sayasaya pernah cek up pakar hos serdang tapi lepas beberapa terapi saya tak gi.saya takut nak kahwin.sekarang lagi truk setiap masa rasa basah.

      harap dr bagi penjelasan kos klu nk jumpa pakar wanita uro kemudian kos surgeri untuk betulkan pundi kencing macam saya baca di internet

    85. jarina says:

      salam doc..saya pregnant 36 minggu.beberapa hari lepas doc scan air ketuban sy (AFI 17).2 minggu sblm tu doc pakar scan 15.so doc kata air ketuban saya agak banyak dan beliau menyarankan sy minum air gula kerana bimbang sy kencing manis.sedangkan saya dah minum air gula 2 kali semasa 14 minggu dan 28 minggu result nya normal.anggaran berat bayi saya adalah 2.9 kg dlm usia 36 minggu.apa pendapat doktor?

    86. lisa says:

      Salam..

      Doc saya nk tanya kos/anggaran harga untuk check dan rawatan susulan bg uterine fibroid..saya dah pegi govt hospital..tp sgt lama untuk dpt rawatan n check up..sampai sekarang belum lg jumpe doctor pakar sbb tunggu date appointment..sedangkan saya sakit sgt2…hrp doc dpt bg anggaran kos..tq

    87. siti nurhazwani says:

      salam Dr, sy selalu mengalami masalah angin perut (gastrik) berlarutan sehingga 2,3 hari. ubat2 yg dimakan tidak memberi sebarang kesan dan saya terpaksa tunggu sakit tersebut hilang sendiri. setiap kali sy berjumpa dgn Dr panel, mereka mengatakan bahawa sy mengalami masalah gastrik. apakah tindakan yang harus sy lakukan?

      • Dr Ernie says:

        wsalam.. Jika betul saudari ada masalah gastrik better ambil ubat gastrik utk satu jangka masa bukan hanya bila sakit. Jika masih tiada perubahan sebaiknya berjumpa pakar pembedahan, scope(teropong) mungkin perlu utk pastikan ia bukan ulcer. tq

    88. lela says:

      As salam dr, semalam sy telah pergi scan dan kandungan sy berusia 6 minggu 3 hari. pg td selepas berhubungan intim dengan suami ada keluar cecair seperti darah semasa membuang air kecil. Adakah ia merbahaya dan perlukah saya pergi berjumpa dr?

      • Dr Ernie says:

        Wsalam…
        Jika scan sudah nampak denyut nadi, insya allah tiada masalah. Cuma dinasihatkan be”rehat” drpd hubungan intim dalam seminggu before resuming. Jika pendarahan makin byk atau sakit, then immediately go to see your doctor.
        tq

    89. Nis says:

      Dr bila masa sesuai untuk buat pregnancy test? Saya telah buat pregnancy test selepas 2 bulan tak period.. adakah keputusan dia tepat dr?

      • Dr Ernie says:

        Pregnancy test boleh dibuat seawal 4 minggu selepas last period (bagi yang regular cycle).
        Jika sudah lewat 2 bulan, then result adalah accurate,
        tq

    90. Na-d says:

      Salam. Sy bermasalah. Period berpanjangan. Check hospital serdang.. katanya mungkin pcos. Tapi tak diberi penerangan lanjut ttg mslh/keadaan saya. Cuma perlu krgkan brt scra drastik saja kata dr. Dan pertnyaan lanjut saya tak dilayan. Dibekalkan ubat hormon+asid folic+ubat brhenti drh. Masih sama. Tak berhenti. Belum buat ujian pap smear. Kata dr sbb ade darah. So saya nak buat scanning.. kanser/barah/pap smear ape2 la ujian berkaitan.. boleh tau anggaran kos?

      • Dr Ernie says:

        W’salam..
        ujian papsmear mmg dibuat semasa puan tidak haid melainkan doktor yg merawat rasa ada masalah di pangkal rahim..
        First consultation RM 40-150
        gynae scan RM 40
        Pap smear RM 35
        Jika puan berumur lebih 35 tahun dan PCOS with abnormal uterine bleeding : dinasihatkan buat pipelle.. utk lihat kanser rahim cuma harganya agak tinggi : RM 170 (ttp boleh buat on next visit to hospital)
        contact 0387275643 utk maklumat lanjut (kaunter pertanyaan)
        terima kasih

    91. Sis says:

      Assalam.. dr berapa kos yg dikenakan untuk ujian darah hcg

      • Dr Ernie says:

        kos bergantung kepada lab dimana klinik tersebut hantar sample. thus puan perlu bertanya pada klinik tersebut.

    92. noreina says:

      As’salam doc….sy ade masalah tentang haid,selepas sy buka IUCD (2011)sy tidak dtg haid hingga kini(2016)..sy cuma mengalami bleeding semasa urine saja…sy sudah mengambil pil pwrancang YAZ selama 3 thn,tp hasilnya tetap sama &.sy buat ujian pap smear 2 thn sekali,tp keputusannya ialah normal…minta doc cadangkan,ape yg patut sy buat & kaedahnya…

      TERIMA KASIH

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        puan… Yaz memang akan menyebabkan darah haid sedikit.. pil terdiri drpd 24 hari active dan 4 free day.. memang expected outcome.. Jika puan risau bole bertukar kepada pil perancang yang lain. Dapatkan nasihat doktor utk jenis perancang yang terbaik utk puan.
        terima kasih

    93. Masya says:

      Asssalammualaikum.. Doc, saya kini hamil ank kedua berusia 4 bulan. Anak sulung saya berusia 6 bulan. Saya mempunyai MASALAH, saya dapati ade seperti cebisan daging keluar dari faraj saya. Sedikit. Tetapi tiada apa kesakitan Dan pendarahan yang saya alami. Adakah kemungkinan saya prolapse?? Apa yg perlu saya lakukan.

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        cebisan daging mungkin adalah polyp. puan dinasihatkan membuat pemeriksaan. Jika ia memang polyp dan berdarah, ia mungkin perlu dibuan.
        terima kasih

    94. Sis says:

      Sudah masuk 2 bulan period tak dtg.. saya dah buat 2x upt tpi kedua dua keputusan negative.. kenapa yee??? adakah saya pregnant? apa yang patut saya buat doktor?

    95. Diela says:

      Salam Doc,
      Sy berumur 34 thn..dan dh mendirikan rumah tangga dh 9 bln…masalah sy setiap kali sy nk dtg bln n ketika dtg bln sy akan sakit pgang dn perut sblh kiri…adakah sy ada masalah dgn peranakan sy..n adakah kerana masalah ini sy ssh utk lekat dan hamil…dn doc sy ingin tahu adakah sy mengalami masalah kesuburan kerana sy berkahwin ketika umur yg sudah agak berusia..dan perlukah sy mendapatkn rawatan kesuburan..

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        bagi puan, sebaiknya terus membuat pemeriksaan. Ini kerana pada usia atas 35 tahun secara amnya tahap kesuburan akan berkurangan. Jika puan ada masalah, rawata boleh dimulakan segera. Jika tiada masalah, alhamdulillah.
        terima kasih

    96. nur says:

      Assalamualaikum doktor..sy nk tanya bagaimanakah caranye untuk sy keluarkan susu badan untuk menyusukan anak angkat sy?sy tidak pernah mengandung dan teringin untuk menyusukan anak angkat..

      • Dr Ernie says:

        w’salam…
        puan akan dimulakan dengan hormon, makan /cucuk bergantung pada keadaan.
        puan juga akan diberi ubt utk menggalak penghasilan susu.
        Namun begitu faktor yg paling penting adalah proses pam susu/stimulate.. lagi kerap lagi cepat dan tinggi kejayaannya. Terima kasih

        * puan perlu mendapat nasihat doktor sebelum memulakan apa2 jenis ubat. kerana tidak semua org boleh makan ubt yg sama.

    97. Gadis says:

      Assalamualaikum doktor, saya ada masalah haid. Bulan 2 harituh saya bersih tak keluar haid. Tapi bulan 3 harituh, saya keluar haid selama seminggu then bersih selama seminggu lepastuh keluar darah lagi selama 2 minggu dan bersih selama seminggu dan keluar darah lagi selama seminggu. Skrng saya dah bersih selama seminggu tapi ada tanda2 macam nak haid. Sakit pinggang. Senggugut. Saya pernah check kat doktor di univerisiti saya dan dia tak berani nak bagi ubat hormon cuma dia bagi ubat tambah darah sebab takut saya kekurangan darah. Saya belum berkahwin. Apa masalah saya ye dokto?

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        haid yg panjang dan tak menentu reflects ketidakstabilan hormon. utk menstabilkan ia.. saudari mungkin perlu ambil pil hormon untk 2-3 cycle. biasanya saudari perlu berjumpa doktor O&G utk rawatan.. saudari akan jalani ujian scan dan rawatan bergantung kepada punca masalah. tq

        • Gadis says:

          Terima kasih doktor. Dimana saya boleh berjumpa doktor o&g tuh ye? Di klinik doktor boleh buat pemeriksaan scan dan rawatan tak? Atau doktor ada suggestion lain dimana saya boleh rujuk doktor o&g tuh? Tq doktor.

    98. Eza says:

      Assalamualaikum Dr,

      Saya sedang hamil 9 minggu. Semalam saya pergi ke klinik biasa dan scan baby. Doktor scan dan nampak hanya kantung tetapi kosong. Doktor suruh sy tunggu lagi 2 minggu untuk check lagi. Saya sungguh risau. Ada apa2 masalah ke doktor kerana sg tidak mengalami pendarahan apa2.

      • Dr Ernie says:

        Wsalam..
        dalam situasi di mana first scan dapati kantung kecil drpd umur sebenar biasanya kan scan sekali lagi dalam 2 minggu. utk pastikan kandungan membesar atau tidak. Ini kerana adakalanya kandungan tidak membesar dan biasanya ibu tiada tanda apa2.
        tq

    99. akmar says:

      As salam dr.. sya telah lewat period selama 23 hari.. sya telah pun buat ujian upt sendiri.. tapi hasil -ve, perlu ke sya buat pemeriksaan di klinik atau hospital atau sya perlu tunggu selama sebulan.. tq dr

      • Dr Ernie says:

        w’salam..
        kebiasaannya delayed menses tidak mendatangkan masalah.. cuma jika puan runsing, puan boleh membuat pemeriksaan di klinik.
        terima kasih

    100. ema says:

      salam doktor. saya baru berusia 25 tahun. Tahun lepas saya tidak period selama setahun. baru2 ni awal bulan 4 saya telah period. tp sedikit2 dan berpanjangan sehingga kini. ini sudah masuk 3 minggu. Apabila saya batuk jugak akan mengeluarkan darah drp vagina sy. Harap doktor boleh membantu sy.

      • Dr Ernie says:

        Wsalam..
        Boleh terangkan sama ada saudari/puan tiada haid sebab menyusukan atau sebab2 lain?
        biasanya jika sudah lama x haid then ia dtg mungkin byk sedikit and panjang.
        Buat pemeriksaan.. Jika perlu, saudari/puan akan diberi ubat.
        tq

    101. lela says:

      as salam doc, sy baru berkahwin awal mac dan tidak berapa tahu mengenai kehamilan dan sy ingin bertanya mengenai bleeding spotting pada awal kehamilan. last period saya adalah 26 mac 2016 dan pada 24 april 2016 ada keluar sedikit tompokan darah, sy ingat darah period tetapi selepas itu darah tidak lagi keluar , dan saya telah menguji kehamilan sendiri menggunakan pregnancy test dan mendapi ada 2 line dan satu line tersebut kabur.. adakah itu tandanya saya hamil..tetapi selepas 2 hari still ada sedikit tompokan darah.. adakah ianya normal? sy belum pergi buat pemeriksaan lagi. harap doc dapat mengurangkan kerunsingan sy.. adakah ia merbahaya atau tidak.

    102. nora says:

      Salam Doc,

      Saya da ade 2 org anak dan sebelum ni period sy xpenah xdtg pada tiap bulan.kiraan haid sy mengikut yg sy kira tiap bulan adalah 24 hari- 26 hari kalau lewat sekalipun 2-3 hari dan kalau awl pun mcm tu juga. pada 12/3 – 18/3 sy period dan sehingga sekarang 28/4 masih xde tanda2 nk period.perut sy ade masa nya mengeras dan berdenyut.bila sy cek upt setiap minggu result dia -ve dan bila scan doc kata dinding rahim nampak tebal dan penuh darah doc tu juga kata sepatutnya awak da period dan dia berikan ubat turun darah dan sy xberani nak makan takut jika sy betul2 hamil sy akn keguguran.sy juga tidak mengalami muntah cma cpt letih dan perut sy makin buncit. apekah sbnrnya yang terjadi?sy tidak stress atau mengambil ubatan lain selain asid folic.bila scan xde pula tanda2 ade cyst atau rahim xelok atau lain2. sy harap doc dpt bantu sy apakah penebalan darah dlm rahim tu merbahaya? adakah sy boleh mengandung?

      terima kasih

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        adakalanya perubahan hormon menyebabkan puan rasa sebegitu. Delayed menses/ haid boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
        kebiasaannya upt adalah tepat.. namun ada peratusan kecil false negatif. Jika puan tidak pasti, puan boleh ambil darah hcg utk confirmation.
        There is no urgency to induce haid.. Puan x perlu makan ubt utk induce haid unless really needed.
        terima kasih

    103. nuha says:

      Assalamualaikum, Saya nak tanya, sebelum kahwin selalu haid saya normal 5-6hari. And sehari sebelum dtg haid pun mesti ada ada rasa tanda2, senggugut pun teruk dulu. Tapi sekarang Alhamdulillah semua dah takde, cma haid saya sekarang lbh singkat iaitu cuma 2-3 hari. lps pd tu cuma sikit saja. Adakah normal? Dan bulan ni lps period 3 hari saya rasa sakit pinggang belakang dan sakit bawah perut. esok ada tompok hitam keluar. Doktor boleh terangkan?

      • Dr Ernie says:

        Wsalam..
        Adakalanya perubahan hormon dalam badan dan peningkatan berat badan boleh merubah pattern haid .
        Kebiasaannya ia tidak banyak mendatangkan masalah.
        Namun begitu, jika puan ada masalah untuk hamil maka ia perlu diperiksa.
        terima kasih

    104. Eina says:

      As salam doktor.. Sy mengandung bru 2bulan, mggu lepas sy bleeding smpai hari ni.. Sekejap kluar darah skjap ok.. Sya pnah msuk wad, dktor kta sbb awal mngandung, xda suntikan apa2 yg di beri, hanya asid folik ja.. Kandungan ok dktr kta.. Tpi hati sy tetap xsng bla ada drah kluar lgi.. Apa pndapat dktor apa perlu sy lakukan? Tq

    105. azma says:

      Assalamualaikum. Sy nk bertanya.

      Sy x pasti apa masalah sy. Sy pernah keguguran bulan Jan lepas. Sampai skrg sy belum period. Tetapi ada keluar lendiran coklat shaja dari bulan 3 smpai skrg. Kalau sy bersama dgn suami, akn keluar lendiran bersama darah seakan2 darah period. Sekiranya sy nak buat rawatan, apa rawatan yg dicadangkan ye? Sy tinggal di PJ, terasa nk buat rawatan kat klinik ni tp jauh pula.

      • Dr Ernie says:

        W’salam
        keguguran yg puan maksedkan dah clear ke?
        is there any possibility of a new pregnancy?
        dicadangkan puan buat ujian upt dan scan with full bladder
        tq

        • azma says:

          3 hari selepas tumpah darah sy pergi HKL & doc terus cuci. Doc cakap dah clear semua. Sy keguguran kandungan 7 minggu sbb janin x membesar. First miscarriage & pregnancy after 1 year married. Tapi for a new pregnancy tu sy tak terfikir pula sbb sy tak mengalami tanda2 org mengandung dan belum period selepas keguguran. Apa2 pun terima kasih Doc. Sy cuba buat rawatan yg dicadangkan oleh doc.

    106. Bunga says:

      Salam doktor,

      Saya ada masalah lewat period bulan april ni dan saya rasa sakit dibahagian bawah perut sebelah kanan, rasa berdenyut2, senak dan x selesa sampai skrg. Saya ada pergi klinik untuk buat check up tapi doctor kata tiada apa2 dan beri saya ubat antibiotic shj. Last month saya period 17 march. Boleh saya tau adakah sebab masalah hormon x stabil atau masalah lain? Saya belum berkahwin lagi.

      • Dr Ernie says:

        W’salam…
        sakit sebelah kanan lower abdomen boleh disebabkan oleh beberapa sebab:
        – kandungan luar rahim : bagi yg ada sexual exposure
        – jangkitan pada sistem urinary / kencing
        – jangkitan pada reproduktif organ : bagi yg ada sexual exposure
        – appendicitis

        haid boleh delayed disebabkan oleh apa2 yg mengganggu normal hormonal cycle
        jangkitan adakalanya merupakan stress pd bdn dan boleh menyebabkan delayed period.

        terima kasih

        • Bunga says:

          Trima kasih doctor, saya dah pergi klinik dan buat scan, doktor suspect saya ada appendiks.. Jadi saya kena refer hospital untuk further treatment.. thank you..

    107. Nurul says:

      Salam dr.. saya dh berkahwin setahun.. tapi saya ada masalah, kami masih belum berjaya bersama.. sebab saya rasa sgt sakit di bhgian bawah bila cuba bersama.. blh tak dr bg advice rawatan yg bagaimana sesuai untuk saya try.. saya sangat teringin nak mngandung

      • Dr Ernie says:

        W’salam..
        sakit waktu bersama boleh disebabkan oleh beberapa perkara..
        – kurang pelincir
        – radang/luka
        – vaginismus
        – masalah congenital : imperforated hymen/ selaput dara tebal/ septum vagina etc.
        – psikologi

        disebabkan masalah sudah berlarutan selama setahun, adalah baik jika puan berjumpa pakar sakit puan utk pemeriksaan.
        terima kasih

        • Nurul says:

          tq kerana respon dr.. saya ada baca berkaitan vaginismus tu, dan ianya sama seperti yg saya alami.. insyaAllah saya akn bjumpa dr pakar dlm masa terdekat

    108. Eita ta says:

      Assalam doc sy nk tanya..sy blom lwat priod sbb cycle sy pjg dlm CD40 – CD48 dan xtentu kdg2.. Baru2 ni dlm CD31 sy ada buat upt test ada naik double line tp line kedua sgt pudar..sblm ni sy pnh kna chemical pregnancy ..check upt line smar2 tp period mcm biasa bila check upt balik dh negatif..kali ni sy tkut kena chemical pregnancy lg..sy nk tnya doc apa punya terjadi CP dan ada rawatan x..? Terima kasih doc.

      • Dr Ernie says:

        w’salam.. Jika puan nak kepastian, better ambil darah hcg.. memang harga mahal sikit tapi confirm..
        if confirm, may support the pregnancy with hormon.
        tq

    109. ika says:

      Assalam doktor,

      saya baru berkahwin 7 bulan yang lepas.suami saya bekerja di offshore 2minggu beliau kerja dan 2 minggu lagi cuti.setiap kali beliau cuti pada minggu pertama saya pasti akan uzur kerana period saya mmg on time kitaran cycle 31 hari.setelah mggu kedua baru saya habis period dan baru kami boleh bersama.kebanyakkan rakan saya semua sudah hamil.baru-baru ini saya ada pergi berjumpa doktor sakit puan dan buat scan diluar shj doktor mendapati tiada apa sakit dan rahim saya alhamdulillah dlm keadan baik.saya inginkan sgt cahaya mata.dan baru2 ni saya ada terbaca dlm artikel tak semestinya period yang teratur boleh mengeluarkan ovum masa yg normal.perlu saya melakukan ujian HSG atau pon tidak? kerana alhamdulillah saya senggugut pun tidak sakit.period normal dan sgt teratur setiap bulan.boleh doktor bg cadangan?respon doktor amat dihargai.

      • Dr Ernie says:

        w’salam…
        Puan.. banyak faktor yang menyumbang untuk hamil..
        Ada beberapa proses yang terlibat untuk membolehkan seseorang itu hamil.
        Untuk hamil :
        -Seseorang wanita perlu menghasilkan telur daripada salah satu ovary (kilang telur) – ovulasi
        -Telur itu perlu bergerak melalui tiub fallopianmenuju ke arah rahim.
        -Benih suami (sperma) perlu mensenyawakan telur tadi.
        -Telur yang telah disenyawakan perlu menempel ke dalam dinding Rahim (implantasi).
        Kegagalan hamil boleh berlaku jika ada masalah dalam salah satu proses ini.

        Hubungan jarak jauh juga memberi kesan kerana frequency of coitus kurang.
        Basic scan puan dah buat.
        then check sama ada puan mengalami ovulasi atau tidak
        check benih suami..
        jika semuanya normal barulah perlu check HSG.
        terima kasih

    110. Miss Ainieyz says:

      Dr sya nak bertanya sya dah 4 bulan xdtg period n da check upt negativ tpi sye ad rse bwah perut selalu sakit yg melampau sampaikan rsa mcm ad bnda nk kuar dari pintu rahim mcm time nk baby kuar sye pernah bersalin … Rsa sakitnye sama … Kenapa ya jika begitu ?

      • Dr Ernie says:

        Puan..
        x datang haid mungkin disebabkan oleh hormon.. namun yang sakit itu perlu pemeriksaan doktor. Saya x dapat nak diagnose puan tanpa pemeriksaan., Terima kasih

    111. Sahabat says:

      Assalamualaikum.

      Doktor, isteri saya kadang2 sakit pada bahagian ari ari. Apekaha mempunyai masalah di sistem peranakan? untuk makluman, kami sudah 4 bulan berkahwin.

      • Dr Ernie says:

        W’salam..
        sakit di bahagian ari2 may reflex byk benda
        – jika ada simptom lain seperti kencing sakit atau kerap kencing : mungkin jangkitan kuman pada pundi kencing
        – jika ada bengkak mungkin cyst
        – jika banyak discharge mungkin jangkitan .
        Di nasihatkan berjumpa doktor utk pemeriksaan.
        terima kasih.

    112. Anonymous says:

      assalammualaikum doc . saya mngalami masalah kerap kali kencing . kencing yg sedikit tapi agak nyilu . masalah ni dh berlanjutan selama beberapa bulan .. saya akan okay bila minum ubat URAL . perlu tak saya melakukan ultrasound ? takut ada batu karang @ apa2 masalah lain .

      • Dr Ernie says:

        w’salam…
        daripada simptom lebih kepada jangkitan salur kencing. Sudahkan saudari membuat ujian kencing utk jangkitan kuman. Jika memang ada jangkitan, saudari perlu mengambil antibiotik.
        Cuma jika kerap mendapat jangkitan, saudari perlu mencari punca kerap mendapat UTI seperti Diabetes, batu karang dll.
        Terima kasih

    113. Izzati hazwani says:

      As salam dr. Sy mengalami keguguran bulan 10/2015 usia kandungan 2 bulan. Sampai skarang sy masih belum ada rezeki. Tapi masalah sy skarang perut sy buncit dan cekang macam mengandung 2 bulan terutama skali sebelum dan selepas period. Rasa macam mengandung tp bila check negatif ja. Sy kerap sakit blakang dan sakit lutut jugak. Apa masalah sy sebenarnya ya?

      • Dr Ernie says:

        Wsalam..
        rasa buncit di sekitar waktu haid adalah disebabkan oleh kesan perubahan hormon dalam badan. Ia berubah mengikut kitar haid.
        Jika puan rasa tidak pasti, puan boleh jalani ujian ultrasound.
        terima kasih.

    114. Eita ta says:

      Doc sy nak tanya ada x Rawatan HSG di klnik..dan kos nya berapa..

    115. Anonymous says:

      Assalamualaikum Dr.
      Saya nk tny, adakah selamat utk melakukan minor surgery semasa mengandung? Untuk makluman dr, sy sdg mengandung 18 minggu dan ads bartholin cyst yang sakit ketika berjalan. Sy pernah menjalankan i&d sebanyak 3 kali dan marsupialization sekali (bius satu badan) di hospital pantai ppinang atas kes yg sama. Sekiranya sy perlu menjalani pembedahan sekali lagi, ada x risiko kpd kehamilan/proses bersalin atas kesan anaesthetic?

      • Dr Ernie says:

        wsalam…
        risiko anaesthetic terhadap kehamilan memang ada tertapi sangat rendah. If the benefit of I&D (seperti dalam kes Puan) outweight the risk then proceed.. biasanya procedure tidak mendatangkan kesan negatif.. In Syaa Allah..

    116. jaja says:

      Assalamualaikum doktor… nak tanya untuk scan detail kandungan seelok2nya berapa minggu usia kandungan ya? berapa rm?

    117. Fatin says:

      Salam Dr.

      saya telah berkahwin dan haid pada hari kedua perkhawinan..pada hari keempat kami telah melakukan persetubuhan dan juga hari seterusnya..suami memaksa mungkin kerana kami berkahwin perhubungn jarak jauh..adakah saya telah mendapat penyakit setelah melakukan persetubuhan ketika haid..harap Dr dapat membantu..

      • Dr Ernie says:

        W’salam..
        Melakukan hubungan kelamin semasa haid meninggikan risiko mendapat jangkitan. Itulah sebabnya muslim diharamkan melakukan hubungan kelamin semasa haid. Jika Puan tidak mengalami sakit bahagian ari2 atau discharge dari faraj, In Syaa Allah puan ok. Cuma nasihat saya, jangan membuat hubungan kelamin semasa haid. Hubungan seksual suami isteri tidak terbatas kepada ‘vaginal penetration’ sahaja.
        Terima kasih

    118. seha says:

      Assalamualaikum,doc….sy nk tnye bknaan dgn priod…bln lpas sy priod dlm 3ari je,sdgkn sblom2 nie priod sy ok2 je…n dlm mse 3 ari tu priod sy kluar sket2 je…sy cme nk tau,ad kmungkinan ap2 x dgn kshtan sy…

      • Dr Ernie says:

        w’salam…
        -jika sudah berumahtangga – exclude pregnancy > buat upt > jika positif sila berjumpa doktor.
        -jika pregnancy excluded dan baru first episode shouldbe ok..
        haid minimum sehari semalam..
        terima kasih.

    119. Suzie says:

      Hye puan,
      Sya baru b’umur 19 tahun n ada masalah dengan haid. Sya mula datang haid ketika umur 12 tahun. 2-3 bulan pertama sya datang haid secara normal. Tetapi, beberapa bulan kemudian haid saya terhenti. Sya hanya datang haid pada bulan januari ketika saya tingkatan 1, 2 , 3 dan 4. Selain bulan januari, haid cuma akan keluar sekali dalam sehari dan sukar diramal. Ktika sya tingkatan 5, 6 bawah & 6 atas pula, haid sya tidak datang pada bulan januari tetapi tidak dapat diramal kerana berbeza dalam masa 4 hingga 5 bulan. itu pun keluar sekali dalam sehari dan terus tak keluar. Sya juga ada alami keputihan yang agak melampau, berbau, b’wrna kuning dan terasa gatal2 di bahagian kemaluan. ada orang sarankan sya untuk mengunakan panty liner Bio Seleza untuk mengatasi masalah ni dan sya juga ada mendapatkan ubat untuk gatal2 tu. tetapi haid masih tidak normal. mengapa ya? mungkin sya ada penyakit lain ? maaf kalau cerita ni agak membingungkan. saya sendiri sukar menerangkannya. maaf :(

      • Dr Ernie says:

        Saudari,
        haid yang tidak teratu dari segi masa dan jumlah biasanya dikaitkan dengan anovulatory dysfunctional uterine bleeding..
        – jika berat badan tinggi > cuba turunkan ke berat badan ideal – kerana ia mampu menstabilkan hormon
        – adakalanya masalah hormon prolaktin atau thyroid boleh menyebabkan masalah haid > perlu ujian darah
        – jadi, saya sarankan saudari berjumpa mana-mana pakar sakit puan utk pemeriksaan..
        maaf saya tidak dapat memberi diagnosis tepat tanpa pemeriksaan.
        terima kasih

    120. Eina says:

      Salam doktor, saya mohon pecerahan akhir2 ini period saya lewat. Pusingan period saya juga tidak teratur ada kala 19hari paling awal dan 35 hari paling lewat. Baru2 ni saya ada bersama dan keluar darah dan selepas period tak keluar. Ladt period saya pada 26.02.16. Sya berumur 42thn. Ada kah kelewatan punca hamil, hormon atau monopouse. Tetima kasih.

    121. Nadia says:

      Assalam Dr.
      Sy berumur 27 tahun dan telah berkahwin.
      Mgu lps sy sewaktu haid, sy mendapati ada ketulan seperti jerawat di bhgn faraj.
      Dan pagi semalam, ketulan tersebut pecah, dan berdarah sehingga ke hari ni.
      Adakah sy perlu melakulan ujian untuk mengetahui samada ianya berbahaya atau tidak?

    122. missireen says:

      Assalamualaikum dr. Saya berumur 22 tahun, Saya sering mengalami sakit senggugut yang sangat teruk sehingga saya tidak boleh bangun dari katil, cuma tidur. Dalam menunggu untuk tidur, kadang saya makan sebiji panadol sebagai tahan sakit, tapi saya tak mahu teruskan panadol kerana kesan dia pada badan saya nanti. Jadi saya pernah utk tahan. Masalah saya masa senggugut perut masuk angin, sakit perut, cirit birit,badan berpeluh sejuk, berdebar laju, sampai hampir hilang keseimbangan badan jika berdiri. Hampir sejam lebih sehingga saya tertidur baru sakit tu kurang. selama 22 tahun, hanya beberapa kali sahaja sy tidak mengalami senggugut teruk. Tapi majoriti memang kerap berlaku. Terbaru, saya mula muntah. Jarak antara satu haid ke satu haid purata 17-22 hari. senggugut pula berlaku semasa hari pertama/ kedua sahaja. Apakah tandanya ye dr? Adakah mungkin saya menghidap kanser?

      • Dr Ernie says:

        w’salam..
        senggugut (dysmenorrhoea) yang teruk mungkin disebabkan oleh level prostaglandin yang tinggi, hormon yang menyebabkan rahim mengecut semasa haid/melahirkan. sakit itu disebabkan oleh kontaksi dinding rahim semasa haid.
        Faktor lain yang boleh menyebabkan senggugut yang teruk adalah retroverted uterus, kekurangan senaman. stress psikologi/ sosial, merokok, berat badan yang tinggi.

        dysmenorrhoea sekunder pula mungkin disebabkan oleh beberapa faktor.
        fibroid, adeomyosis, endometriosis, ovarian cyst atau penggunaan IUD(alat pencegah kehamilan).
        Nasihatsaya, dapatkan rawatan di klinik pakar.
        Saudari akan diperiksa & menjalani ultrasound utk mengenalpasti masalah.

        Terima kasih

    123. Anonymous says:

      Salam Dr. sya berumur 25 tahun dan baru berkahwin tahun lepas Dec 2015. Sebelum ini period saya teratur smpai dec 2015, tapi selepas kahwin bulan jan 2016 tu saya tak period, smpai la tengah bulan feb 2016. Sya fikir mungkin sya pregnant ni, tapi belum sempat sya buat test. tengah bulan feb tu sya period. so tak pregnant la sbb period, maybe sebab hormon.

      20 feb – sya mengalami sakit perut yg teruk smpai sya di sahkan mengandung di luar rahim – ectopic dan tiub falopio sya pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman yang teruk. sya menjalani pembedahan dan sekarang mempunyai luka pembedahan di bahagian ari2 sya. Disebabkan pendarahan yang teruk itu, saya kehilangan bnyak darah dan dimasukan hmpir 5 pine darah.

      6 apr – Sampai ke harini sya masih belum period :(..tapi saya tahu sya tak pregnant.. adakah normal Dr? Mungkin sebab saya masuk darah baru haritu..sebab tu period saya lmbat?

      Selepas sya kluar hospital haritu. Dr hospital kata ovary sya dua2 belah sihat. tiub sya yg sebelah tu okay..cuma lagi sebelah yg pecah tu tak kuat sgt..tapi masih boleh digunakan..tiada rawatan susulan oleh hospital lpas kluar haritu..Jadi sya mengalami kesukaran utk mengetahui keadaan saya sekarang..bnyak persoalan ingin saya tnya..

      1) Adakah normal period sya lewat?
      2) Bila sya bole mula merancang utk hamil semula? 4,5,6bulan?
      3) Bagaimana sya ingin tahu luka sya dah sembuh ke belum ke utk sya hamil?
      4) Adakah sya mmpunyai peluang yang cerah utk hamil semula?

      Saya susah hati sgt Dr. ;(, org keliling sya tak memahami langsung..mereka bertanya bila bole mngandung ni? mereka seperti berkata sya tak dpat nk hamil dah..Ya Allah susah hati sgt.. Allah je tahu..Dr. Please bagi kata2 semngat kat saya ;(

      • Dr Ernie says:

        wsalam..
        1) Adakah normal period sya lewat?
        – first thing memang kena exclude pregnancy ( jika ada unprotected sexual activity – tidak menggunakan sebarang contraceptive method)..
        * ovulation berlaku sebelum haid**
        Jika confirm x pregnant, then it may be caused by hormonal. Jika puan ditambah 5 pint darah, bermakna blood loss memang banyak. ia sedikit sebanyak mengganggu.

        2) Bila sya bole mula merancang utk hamil semula? 4,5,6bulan?
        – biasanya puan boleh mencuba untuk hamil seawal 3 bulan selepas pembedahan. cuma puan perlu pastikan darah merah dalam normal level.

        3) Bagaimana sya ingin tahu luka sya dah sembuh ke belum ke utk sya hamil?
        – luka luar sudah sembuh sepenuhnya. luka pada tube fallopian juga sudah sembuh.

        4) Adakah sya mmpunyai peluang yang cerah utk hamil semula?
        – In Syaa Allah.. Kerana Puan ada dimaklumkan oleh doktor yang merawat bahawa tube sebelah lagi masih normal. cuma jika pregnant perlu buat scan secepat mungkin. kerana berisiko utk ectopic sekali lagi.

        terima kasih

        • Anonymous says:

          1) Sya rase confirm tak pregnant, sya dh buat test..dari hari sya operation sehingga harini no sexual activity..jadi ni sebab hormon la kan Dr.? Adakah sya perlu tunggu..period akan dtg nanti? or perlu amik ubat pape? pergi check ke? ape perlu sya buat supaya period sya normal semula untuk memudahkan sya merancang hamil semula?

          2)Betul ke sya bole mencuba untuk hamil seawal 3 bulan selepas pembedahan? Tak cepat sgt ke Dr.? sebab selalu org cakap lama..paling cepat pun 6 bulan..takut juga sbb klau tetiba mengandung luka boleh terkoyak ke

          3)Mcam mane cara utk tahu luka luar sudah sembuh sepenuhnya? luka luar sya nmpak okay..tak berair..nmpak biase je..tu maksudnya tak de masalah kan? & luka pada tube fallopian tu..mcm mne nk tahu dh sembuh? kalau scan boleh nampak ke Dr.?

          4) Betul tu Dr. sama seperti Dr. hospital tu ckap..sekiranya kalau period lewat cepat2 pergi check takut ectopic boleh berlaku lagi..risiko dlam 10% ;(

          5) Dr..disebabkan tiada rawatan susulan dr hospital..boleh ke sya dtg klinik Dr. utk check..rawat..n for consultancy?

          Trima kasih Dr. banyak2..

          • Dr Ernie says:

            OK..
            – pregnancy excluded..
            – ya.. bole mencuba seawal 3 bulan,, nak tunggu smpi 6 bulan pun ok..
            – luka pada fallopian tube x dapat dilihat melalui scan.. tetapi it healed completely by 4-6 weeks.

            Puan boleh datang ke klinik..

    124. qaseh says:

      Salam dokter saya mengalami gatal d kemaluan celah2 peha n d kawasan dubur.sy tidak mengalami keputihan n kegataln lebih teruk di waktu mlm n mengangu tidur bile d sentuh terasa mcm ade biji2 kcil.sebelum ni sy pernah kena buasir mungkin itu ke sebbnya adakh jgkitan dan bgaimana nk atasi sebb pernh ke klinik biasa n farmasi amik ubt cuma ilg gtl ketika mkn berenti jd semula

      • Dr Ernie says:

        wslm..
        saya telahpun menjawab soalan saudari dalam email yang saudari hantar earlier. Rujuk e mail tersebut. Terima kasih

    125. zila says:

      salam Dokt
      1.anak sy umur 10 bln barula haidbanyak dan selang 2 3 hari dtg n dtg smpai anak masuk 11bln
      2.ada ambil pil perancang noriday setiap hari sejak bpantang tnpa miss n ambil masa yang tepat.sy pening n muntah2 bila ambil pil ni tp tetap teruskan sb xnk pregnt dlm masa tdekat
      3.xperiod bln ni n check upt +ve.doktor saran sy jarakkn 3 thn atau luka czer akan koyak@ rahim pecah.sy sgt takut n masih trauma bsalin czer.perlukah sya cuci shj?apa perancang yg sesuai utk sy?
      terima kasih doktor

      • Dr Ernie says:

        WSLM..
        – Skarang anaknya brapa bulan?
        – puan sudah hamil.. termination of pregnancy (cuci) adalah illegal, melainkan meneruskan kehamilan itu merbahaya kepada ibu (decision by doktor)
        – Puan boleh meneruskan kehamilan. In syaa Allah..
        – semasa proses kehamilan, puan akan dipantau.. cara melahirkan akan ditentukan oleh doktor yang merawat.
        – procedur cuci bukan tanpa risiko. Ada risiko pendarahan, luka, perforation (walaupun rendah)
        – kaedah perancang yang sesuai bagi merancang jangka masa 3 tahun ada byk : Implant/ IUD/ Depo Provera (cucuk 3 bulan sekali ) makan pill (tetapi sesuai untuk yg compliant sahaja)
        tq

        • Sha says:

          Assalamualaikum Doctor. Saya ingin bertanya. Saya mengalami haid yang tidak menentu dan berpanjangan sejak Januari yang lalu, dan ia baru sahaja berhenti 3 minggu lalu. Saya juga telah mengadakan hubungan kelamin semalam dan dua hari lalu. Bolehkah saya mengandung? Harap doctor boleh jawab kerunsingan saya ini. Terima kasih :)

          • Dr Ernie says:

            Wsalam..
            untuk wanita yang haid x menentu, waktu subur x dapat dijangka.. jadi, jika hubungan kelamin berlaku waktu subur, ya.. ada kemungkinan puan boleh hamil. Tq

    126. Dya Ruslan says:

      Doc,saya nak tanya sebelum ni saya memang ade menjalankan rawatan di gyni di HKL dari 2008-2010 kerana haid selalu problm cth : 2 bulan tak dtg haid
      15 hari atau lebih haid tak berhenti
      pekara mcm ni kerap berlaku sehingalah saya makan pil hormon walaupun time tu saya blum berkahwin lagi.. jadi bila berlaku sy biarkan tanpa makan ubat…
      perkara ni berlarutan sehingga sekarang…tapi kadang-kadang
      pada bulan 1(jan) haid saya hingga ke hari 23 tidak berhenti dan saya mendapatkan rawatan di PPUM kerana pada saya baru kahwin dan merancang untuk mendapatkan anak, kemudian pihak hosp dah buat scan melalui alat sulit, buat ujian Pasmear dan tidak ada ape2 masalah dan cuma masalah hormon dan dinding rahim tebal, pihak hosptal memberi ubat berhenti haid dan ia berkesan dan jika saya datang haid pada bulan depan makan ubat pada 5 hari awal haid sahaja…
      Dan pada bulan ini bualan 3(mac) sy datg haid dan makan ubat yang diberi.. tapi sehingga sekarang masuk hari ke 43 haid saya masih tidak berhenti dan banyak…
      Boleh doc bantu sy….tq

      • Dr Ernie says:

        Puan,
        maaf bertanya.. ada x sample dinding rahim di ambil utk dihantar ke makmal. jika ada, apakah keputusannya.
        bila temujanji seterusnya dgn PPUM?
        Jika sampel dinding rahim normal, ia hanaya dysfunctional uterine bleeding.. jika pregnancy has been excluded..
        tq

        • Anonymous says:

          Bulan 5 keputusannya and next appment

          • Dr Ernie says:

            ok.
            then klu dah ambil.. puan may benefit fron hormonal therapy. puan perlu berjumpa doktor sebelum mengambil ubat tersebut.

            • Dya Ruslan says:

              Doc i baru blk dr PPUM di bahagian pesakit luar sbb darah still keluar,pihak hosp dah bagi keputusan sample rahim saya, semuanya normal and xada masaalah,and doc sana suruh makan ubat yang sama(tranexamic asid) dlam masa 5 hari..
              tapi dalam masa saya haid yang lama ni,saya pernah makan tapi sama darah xberhenti jugak.. doc ckp masalah hormon je… (adalah itu saje?) hormon? hosp nak bagi sy pil hormon tapi saya nk mengandung…
              Apa patut sy buat doc?? Tq

            • Dr Ernie says:

              need to settle masalah haid dulu..
              kalau tidak mungkin sukar utk hamil sebab dinding rahim terlalu tebal.
              pada pandangan saya, u may need to consider hormon.. biasanya dlm 2-3 bulan shj..
              tq..

        • Anonymous says:

          Bulan 5 keputusan and next appoiment

        • Dya Ruslan says:

          sample akan dpt pada bulan 5(mei) and sakali dgn appoiment, masa saya cek hari tu dh buat ujuan air kencing,saya tak mengandung..

    127. Nurul says:

      Assalamualaikum Dr,

      Saya adalah pesakit bartholin cyst dan saya pernah mengalami dua kali minor surgery draining the cyst dekat hospital Ampang. yang paling terakhir surgery saya adalah pada October 2014 . Saya mendapati selepas surgery saya bebas daripada cyst tersebut dan cyst itu akan develop dalam mase setahun sehingga dua tahun. pada masa ini saya mendapati cyst tersebut semakin membesar tetapi tidak sakit seperti dahulu kala atau mungkin belom sakit teruk lg, sy tidak pasti doctor..

      Boleh kah saya dapatkan rawatan di klinik pakar dr?

      • Dr Ernie says:

        kalau x sakit maknanya tiada jangkitan.. batholin cyst yg ada jangkitan atau bernanah yang biasanya sakit. saudari boleh dtg ke klinik utk rawatan. Ingin dimaklumkan, jika tiada jangkitan, drainage mungkin tidak perlu. tq

        • Zaida says:

          Salam Dr, bahagian tepi bibir vagina saya macam bengkak dan terasa sakit bila saya duduk, berjalan dan buat aktiviti lain. Adakah ini bartholin cyst? Dan adakah ianya terkena jangkitan kuman dan bernanah? Bahagian tersebut tidak lembik, ianya keras. Saya tidak pasti sama ada ianya serius atau bengkak sahaja. Apakah rawatan yang Dr sarankan sebelum saya perlu membuat pemeriksaan?

          • Dr Ernie says:

            Wslm..
            Jika ia adalah Bartholin dan ia sakit maka berkemungkinan infected Bartholin cyst. Saudari perlu berjumpa doktor utk pemeriksaan dan mungkin perlukan antibiotik. Jika ia sudah bernanah, mungkin perlu Incision & drainage,
            tq

    128. nad says:

      Salam doktor. Sy alami sakit di bahagian kanan bawah berhampiran tulang bawah, mungkin di serviks. Sakitnya bukan berdenyut tetapi seperti lenguh yg kadangkala rasa xselesa. Apakah rawatn yg sesuai utk mencari punca masalah ini. Sy pernah membuat ujian darah. Keputusan normal.

      • Dr Ernie says:

        wslm.. Simptom yang saudari gambarkan adalah non specific. Sebaiknya saudari buat ujian urine utk exclude infection dan ultrasound utk check your reproductive organ. Jika sudah berkahwin, boleh lah jalani ujian pap smear. TQ

    129. ayupetra says:

      Salam Dr, sy rancang untuk hamil lagi,sebelum ni sy pkai implan selama 5tahun,selama sy pkai implan 5thn,hanya 2,3 kali shja period.. bulan11 tahun 2015 sy buang implan.kini sy period teratur dalam kitaran 30-38hari… sy ada menggunakan kaedah kesan hari subur menggunakan ovulotion test strip dh 3cycle sy guna utk kesan hari subur,tpi masih tiada rezeki. sy ingin bertanya Dr, adakah sy perlu buat ujian kesuburan atau buat scan tvs utk lihat saiz telur? menurut Dr apakah rawatan yg perlu sya buat…

      • Dr Ernie says:

        wslm.. maksud puan ovulation test negative ke?
        jika itu maksudnya,… puan boleh confirm dgn tvs atau ujian darah..
        jika memang keputusannya negative, puan may benefit dgn penggunaan ubat untuk merangsang penghasilan telur. Namun ia memerlukan pemerhatian doktor. Tq

        • ayupetra says:

          x,maksud sy setiap bulan positif opk yg sy buat, selalunya positif pd cd16 -17

          • ayupetra says:

            setiap bulan ovulotion test strip yg sy buat akn positif pda cd16- cd17 dan ad sekali positif pda cd23…maksud sy, jika positif test tu bermakna kita melalui hari subur kan,mean telur kita tiada masalah kn? dan masa opk positif sy guna kaedah bersama 4hari berturut2 dan selang sehari selps dari 4 hari,dh 3 cycle sy buat cara ni,tpi xberkesan..sy khuatir mungkin telur sya tidak membesar,apakah rawatan yg perlu sy jalani..blhkah sy buat rawatan ni di klinik Dr.

    130. Nur Ain Bt Che Awang says:

      Salam Dr.. Sy sekarang tgh cuba untuk mengandung (TTC), sy teruskan ja makan acid folic.. Sy ada terbaca kat blog blog org lain berkenaan dengan clomid.. Boleh ke kalau sy cuba mkn clomid tu? Ataupun sy perlu berjumpa dengan doktor sakit puan terlebih dahulu? Tq :)

      • Dr Ernie says:

        wslm..
        puan perlu pemeriksaan doktor sebelum pengambilan clomid.
        punca sukar hamil ada beberapa dan clomid hanya membantu bagi wanita yg bermasalah dengan penghasilan telur. tq

    131. Lea says:

      As salam doktor..pd 5 feb lps sy pnh dtg klinik nie utk rawatan ksuburan d mna sy m’alami haid yg bpanjangan..doktor da scan rahim n tgk pintu rahim sy ok..pastu doktor bg sy ubat hormon n perlu dmkn 21 ari..slps sy mkn ubt hormon tu haid sy bhenti namun sminggu slps tu haid dtg lg spe skrg..nk tny doktor..apakah sy perlu mneruskn mkn ubat hormon tu spe? Klinik nie ada wat rawatan dnc/cuci rahim? Klu ada bape kos? Tq doktor..

    132. nurul says:

      Assalam dr, disini ada menyediakan ultrasound untuk pemeriksaan payudara x?

      • Dr Ernie says:

        wslm..
        ultrasound payudara paling baik jika dilakukan oleh pakar radiologi. sebaiknya saudari ke hospital utk pemeriksaan tersebut. tq

    133. Nani says:

      Assalamualaikum DR. Saya berusia 24 tahun dan masih bujang. Sejak kebelakangan ini saya kerap kali merasa panas semasa kencing dan air kencing berwarna kuning. Disamping terdapat lendir seperti keputihan setiap kali selesai kencing. Kuantiti air kencing juga sedikit jika dibandingkan dengan sebelum ini dan saya kerap meminum air kosong. Situasi ini paling kerap terjadi pada waktu pagi. Kekerapan membuang air kecil juga berkurang. Keadaan ini membuatkan saya tidak selesa dan sering terpikir apa sebab ianya terjadi. Bahagian ari ari juga berasa tidak selesa. Dua bulan ini period saya cepat habis dan darah yang keluar tidak banyak seperti sebelumnya. Saya juga sebelum ini pernah mengalami masalah kencing tidak lawas. Tetapi keadaan ini tidak sama seperti kencing tidak lawas. Adakah perlu untuk saya membuat pemeriksaan kesihatan yang sepatutnya???Harap Dr dapat membantu dalam menyelesaikan masalah saya ini. Terima kasih.

      • Dr Ernie says:

        wslm..
        sebaiknya saudari mendapatkan pemeriksaan doktor. kemungkinan jangkitan di salur kencing. cuma dlm keadaan cuaca panas sekarang ini, saudari perlu minum lebih kerana air dalam badan juga keluar malalui kulit thus membuatkan jumlah kencing lebih sedikit. tq

    134. Mimi says:

      Assalamualaikum wbt doc

      Sy berumur 32 thn..mpunyai seorg cahayamata berusia 1thn 3 bln.sy bersalin dahulu adalah secara normal dan tidak mngambil sebarang suntikan epidural dll. Period sy jga teratur setiap bulan.
      Sejak kbelakangan ini, sy mrasa sakit di sbelah kiri bdekatan pinggul.sakit yg mnyucuk dn tidak selesa.sudah ke klinik dan mlalui pmeriksaan doktor bukan di kawasan yg boleh dikategorikan sbg mngalami sakit buah pinggang. Sy jga telah mbuat urine test ttapi normal bukan msalah kencing kotor. Sy telah diberikan ubt tahan sakit celebrex 200mg dan mkn jika perlu.
      Mohon komen doc..adakah sakit ni bkaitan ovari @ tiup falopian? Sakitnya dtg dan pergi dan berdenyut2..dan baru2 ini mnyerang bile sy mengalami batuk yang kuat.
      Mohon komen doc..tq

      • Dr Ernie says:

        wslm..
        sakit di bahagian pinggul biasanya tiada kaitan dgn ovary/fallopian tube. discription of pain lebih kpd muscle pain..
        jika puan risau, puan boleh jalani ujian ultrasound utk lihat uterus/ovary puan.
        tq

    135. hidayu says:

      Assalamualaikum,

      Ade x buat x tok breast cancer?

    136. hani says:

      Dr.sy ade terbaca mengenai rahim jatuh.tanda2 seperti ade bonjolan di vagina.bolehkan saya membuat pemeriksaan di klinik dr.dan adakah cara lain untk mengubati masalah rahim jatuh.

    137. nurul.izAh says:

      dktr..sy ade period xteratur.. ade ke ubat utk keluarkan darah kotor or dktr ade suggestion lain?? mohon.pencerahan..tq

    138. hanis says:

      Assalamualaikum..saya mempunyai masalah keputihan..kadang2 boleh mnyebabkan kegatalan pada kemaluan..boleh saya tau di klinik ini ade menyediakan rawatan untuk masalah saya ini?

    139. jaja says:

      Assalamualaikum doktor, disini boleh buat mothly checkup kan walaupn kita sudah buat di klinik kesihatan setiap bulan? adakah pakai buku merah yang sama?

    140. erin says:

      Assalam DR.. sy mengalami period yg tak teratur sejak zmn sekolah lg.. Alhamdulillah dikurniakan 1 org anak lelaki. tetapi semenjak besalin masalah priod sy jdk semakin terok yg mne setiap kali wktu priod mst kne makan ubat trun darah sbb period sy keluar juz spoting shj dan berlarutan selama berminggu. 3 ari lepas sy ke klinik untuk pemeriksaan & ujian ultrascan Dr cakap sy ade adenomyosis dlm 2cm & Dr bg ubat tuk kecutkan. dlm mse 3 bulan jumpe Dr utk scan semule. Apa yg merisaukan sy sekarang ni, adakah penyakit ni merbahaya & still period sy spoting sehingga skg hmpir seminggu.. utk makluman Dr sy ingin mendapatkan anak lg memandangkan anak sy skg sudah berusia 4tahun. perlukah sy buat operation tuk buang ketumbuhan tu?

      • Dr Ernie says:

        wslm..
        -“ujian ultrascan Dr cakap sy ade adenomyosis dlm 2cm: :
        * saya x pasti adakah betul adenomyosis yg puan maksudkan. Ini adalah kerana adenomyosis adalah diffuse enlargement of uterus yg x dpt di ukur melainkan ukur besar rahim itu sendiri. Ia tidak merbahaya.
        * jika endometriotic cyst yg puan maksudkan, ia tidak merbahaya.saiz 2 cm adalah terlalu kecil utk puan jalani pembedahan. biasanya memadai dgn pemantauan berkala.
        – puan perlu berbincang dgn doktor yang merawat berkenaan hajat puan utk hamil. ini kerana dia akan plan management ke arah treatment of secondary infertility.
        tq

    141. nur says:

      Salam Dr. sya berumur 25 tahun dan baru berkahwin Sept 2015.Sebelum ini period saya teratur, pada bulan Nov 2015 period saya datang sebulan, darah keluar sgt banyak & berketul- ketul. Kemudian tidak period untuk 2 bulan, period semula pada 7 Feb 2016 sehingga ke hari ini. Sama seprti sebelum ini, darah keluar sgt banyak & berketul-ketul.Darah keluar terlalu banyak hingga dalam 1 malam kena tukar overnight pad 3 kali.Apa yang perlu saya lakukan Doktor?

      • Dr Ernie says:

        Wslm..
        any abnormal bleeding perlu pastikan anda tidak hamil. check upt
        jika negative, jalani ujian ultrasound then traeatment akan diberi bergantung kpd punca permasalahan.
        tq

    142. Norafidatul husna says:

      Assalamualaikum dr.dr saya nak tanya…..bru ni saya bru hbis priod then trus bersama suami…shri lpas saya habis priod trus saya bersama suami…then after 3-5 hour darah keluar banyak…pelik juga sebab saya sudah hbs priod mmg da clear then keputihan sya pon da normal…tp darah tu just skli je…after tu clear…then now lpas 7 hri sy abis priod sy bersama suami keesokan hari ada lendir bewarna coklat….sebab apa ye dr??saya rsau la dr….sya baru kahwin 1 bulan lbih…

    143. aydan says:

      Assalamualaikaum Dr.

      Saya ada pertanyaan, saya mengalami haid tidak teratur selepas mengambil perancang (selepas kelahiran anak pertama).

      Pada penghujung tahun 2014, saya telah ambil suntikan perancang 3 bulan. Kemudian berat badan saya semakin naik dan saya stop suntikan perancang. Selepas itu period saya menjadi tidak stabil.

      Doc advice minta tukar ubat perancang yasmin, saya teruskan makan yasmin selama 4 bulan. Doc advice minta stop yasmin sekiranya ingin hamil. Setelah saya stop mengambil pil perancang yasmin pada bulan Oktober 2015, period saya tidak keluar sehingga hari ini.

      Saya telah melakukan UPT, tetapi -ve.. Apa yang perlu saya lakukan Doktor?

      • Dr Ernie says:

        wslm…
        return of fertility biasanya adalah immediately selepas pemberhentian pil perancang.
        Tetapi yg pernah mengambil depo inj. ada yang mengambil masa 6 bulan atau lebih.
        Namun begitu, penambahan berat badan juga memainkan peranan. Cuba puan dapatkan semula berat badan ideal puan . In syaa allah period akan lebih teratur.
        Jika puan tidak pasti, dinasihatkan puan berjumpa doktor utk pemeriksaan.
        tq

        • aydan says:

          Terima Kasih Dr. di atas jawapan yang di berikan.. Saya akan cuba untuk turunkan berat badan saya.

          Soalan saya lagi, adakah saya perlu ambil ubat turun darah kerana tidak period dalam masa 4 bulan ini?

    144. W says:

      Assalamualaikum doktor,

      Saya berumur 29 tahun dan sudah berkahwin selama hampir 3 tahun. Saya mempunyai masalah dgn kitaran haid saya dimana darah haid yg keluar berpanjangan (melebihi 15 hari) dan hanya berhenti selama seminggu setengah sebelum haid datang semula. Masalah ini menyukarkan saya untuk bersama dgn suami dan mempunyai anak.Saya juga seorang yang berbadan agak besar.

      • Dr Ernie says:

        wslm..
        kitar haid yg panjang mungkin di sebabkan oleh anovulatory cycle. tetapi disebabkan puan berbadan besar, adalah baik jika puan menjalani ujian USG. Jika ada tanda2 PCOS maka dinasihatkan puan menjalani ujian utk pengambilan tisu dalam rahim (pipelle). ini adalah utk memastikan tiada masalah seperti endometrial hyperplasia.

    145. za says:

      Assalamualaikum Dr,

      Sy nak tanya , 18/12 tahun lepas sy ada buat d&c, selepas smggu tu sy scan dn dr cakap semua dh okayokay , tgal tggu period saja . dlm msa tu sy ada minum pil perancang sbb sy takut kalau sgkut lagi . tp sy berpantang . selepas hbis pil tu smpai skg sy tak period2 lagi .sy dh cek pt 2x tp keputusan still -ve . dlm masa tu sy ada ambil pil untuk kurus . adakah sbb tu sy tak period2. Sy risau , sy harap Doctor dpt tlg sy . terima kasih

      • Dr Ernie says:

        wslm..
        jika puan mengambil pil perancang, kebiasaannya puan akan turun haid. Pil kurus tidak secara langsung menyebabkan haid terganggu ttp jika ada perubahan berat badan mendadak, ia mungkin boleh memberi kesan. Namun begitu, D&C juga ada komplikasinya spy Asherman’s syndrome yg mana dinding rahim melekat,.. Ini juga boleh jadi penyebab puan tidak ada haid. Dinasihatkan puan membuat pemeriksaan. tq

    146. juju says:

      salam Dr. sya berumur 28 tahun dan baru berkahwin lebih kurang 4 bulan.Baru-baru ini saya datang period lewat 5 hari dan bila buat UPT saya dapati results saya positive. Saya buat pemeriksaan di Klinik dan Dr sahkan saya hamil. Tp saya terpaksa gugurkan kandungan dengan melakukan proses cuci rahim. Saya lakukan perkara tersebut kerana saya belum bersedia dan memandangkan saya mendapat pekerjaan yang tidak membenarkan saya hamil dalam tempoh latihan. Soalan saya adakah perlu saya lakukan suntikan cegah kanser rahim?ini kerana Dr diklinik tersebut cadangkan saya untuk mngambil suntikan tersebut. Dan adakah peluang kedua untuk saya hamil semula?adakah risiko proses mencuci rahim ini Dr.? Harap dapat membantu.Terima kasih.

      • Dr Ernie says:

        Wslm…
        dalam situasi di mana pasangan masih belum bersedia utk hamil, dinasihatkan puan menggunakan kaedah pencegah kehamilan.
        berkenaan suntikan cegah kanser pangkal rahim, ia tidak berkaitan dengan prosedur yg puan lalui. tetapi sebaiknya puan ambil suntikan tersebut kerana ia dapat menurunkan risiko drpd mendapat jangkitan HPV yg boleh menyebabkan kanser.
        peluang untuk hamil tidak banyak affected by prosedur tetapi jika puan mendapat jangkitan (antara komplikasi) pada rahim, ia mungkin meniggalkan kesan.
        sekali lagi saya nasihatkan supaya puan mempraktikkan kaedah pencegah kehamilan jika puan & suami belum bersedia.

        • juju says:

          terima kasih atas penjelasan Dr. semalam saya ada buat semula ujian menggunakan UPT. saya nampak ada 2 line tp 1 line tu agak kabur. Termasuk dgn smalam baru 3 hari saya buat proses cuci rahim tu.Normal kah Dr? Betul2 cuci ke Dr. Tapi knapa msih 2 line dan bknnya 1 line? Berkenaan pantang mcm mn Dr? adakah saya juga perlu pantang seperti org yang keguguran atau sbaliknya? Untk makluman Dr juga semasa saya lakukan proses cuci tersebut sy dapati darah haid saya hanya wujud dlm kuantiti yg sedikit tetapi bewarna coklat cair, keluar dalam 3 hari sahaja selepas itu habis..Normal ke Dr? dan lagi satu adakah period saya akan jalan seperti biasa pada bulan hadapan? anggaran tarikh period adakah pada tarikh sy lakukan proses cuci? terima kasih Dr.

          • juju says:

            Maaf Dr sy kurang jelas dgn maksud “peluang untuk hamil tidak banyak affected by prosedur tetapi jika puan mendapat jangkitan (antara komplikasi) pada rahim, ia mungkin meniggalkan kesan.” apa yg dimksdkan dgn antara komplikasi??mcm mn sy boleh kesan masalah ini? terima kasih Dr kerana byk mambantu melalui penerangan yg jelas dr Dr.

            • Dr Ernie says:

              setiap prosedur ada komplikasinya. walaupun risikonya rendah ttp kita x dapat jangkakan siapa yg akan mengalami komplikasi.
              antara komplikasi yang boleh berlaku :
              – jangkitan rahim
              – Asherman’s syndrome (pelekatan dinding rahim )
              – pendarahan
              – uterine perforation.

          • Dr Ernie says:

            ujian UPT boleh positif 1 – 2 minggu lepas keguguran. bila period akan datang is unpredictable. boleh datang seawal 3 minggu slps keguguran.

            • juju says:

              terima kasih banyak atas penerangan dari Dr. sy ambil maklum. InshaAllah suatu masa kita akan ketemu..saya doakan Dr sentiasa dirahmati olehNya.

            • juju says:

              Salam Dr..sekian lama tidak bertanya soalan Dr. Mohon bantuan pandangan dari Dr hari ini 13.3 genap sebulan saya lakukan proses D&G. semasa saya buat pemeriksaan di klinik yg sama Dr sahkan rahim sy sudah okay dna dibekalkan sy dengan ubat tmbah darah sbyak 20 biji dna perlu mkn hari2 hingga habis.Saya tertinggal 2 hari utk makan ubt tersebut. ada apa2 risiko ke Dr kalau tertinggal? Lagi 1 period saya masih belum dtg Dr. dan sy tidak bersama suami dlm tempoh sebulan ini. Bila anggaran tarikh period sy akan dtg Dr? Utk makluman first period sy adalah 5.1.16 utk period terakhir sbelum sy pregnat.terima kasih atas bantuan Dr.

            • Dr Ernie says:

              wslm..
              ubat tambah darah sebaiknya dihabiskan utk replenish storage saudari.
              maaf.. bila ur next period is unpredictable… boleh se awal 3 minggu slps procedure.. mungkin lebih..
              tq

    147. ai says:

      hye doc…saya mengalami period yg tak teratur.
      kadang2 3 bulan sekali baru saya period..
      da hampir 2 tahun period sy mcm ni..
      ni boleh mengganggu kesuburan ke..
      sebab sy baru 1 tahun berkahwin..
      dan belum pernah mengandung lg..

      • Dr Ernie says:

        HI..
        period x teratur mungkin disebabkan oleh hormon yg x stabil. ia boleh mnyebabkan anovulation (kitar yg tiada telur terhasil). Puan dinasihatkan untuk berjumpa doktor utk pemeriksaan. tq

    148. Sakeyla says:

      Salam ..saya nak tanya .. Saya umur 25 bru sebulan bkahwin .. Sye.tak datag haid sudah 3 bulan tmasuk bulan ni .. Mknenye sblom sye oahwin haid sye dah xdtg.. Sye dah pergi cek .. Tp xmngandung .. Adakah sye kena buat rawatan scan perut ??

      • Dr Ernie says:

        WSLM..
        puan boleh buat scan.. tetapi adakalanya, stress/ perubahan cara hidup ( mula alam perkahwinan) boleh meyebabkan ketidakstabilan hormon. Puan boleh tunggu dan lihat atau pun dapatkan rawatan. Jika lebih dari 4 bulan, maka sebaiknya berjumpalah dgn doktor. TQ

    149. Intan says:

      Salam Dr. Sy berkahwin pd 22 nov 2014. Pada 18/1 sy cek upt +ve dan ke klinik dr sahkan sy pregnant & masih awal. Pd 30/1 sy miscarriage lepas 4 hari bleeding. Taktahu punca sbb sy jaga & tahu sy pregnant sgt awal. 3 minggu dh detect. Tapi lepas miscariage tu smpai skrg jan 2016 masih tk lekat lg. Sy guna ovulation strip & sy boleh focus pd hari yg subur tp msh tk lekat smpai skrg. Boleh ke kalau sy dptkan rwatan clomid ? Tq dr.

    150. Azila says:

      As salam Dr
      Umur saya 46 thn dan period saya normal serta mengikut tarikhnya. Saya ingin bertanya apakah penyebab saya kekeringan apabila bersama? Adakah saya sudah menopouse atau disebaliknya. Saya rasa saya belum sampai masa menopouse lagi sebab saya dapati tanda tandanya belum saya alami

      • Dr Ernie says:

        wslm..
        kekeringan semasa bersama boleh disebabkan oleh byk perkara. bukan hanya menopause adakalanya fasa sebelum menopause (perimenopause) ada wanita yang mula mengalami kesan penurunan hormon estrogen.
        antara sebab lain adalah :
        Childbirth and breastfeeding
        kemoterapi atau radiasi utk rawatan kanser
        pembedahan yang melibatkan kilang telur
        ubatan utk rawatan fibroid atau endometriosis
        pengambilan ubat seperti antidepressants
        Douching
        kurang rangsangan foreplay before sexual intercourse
        Jika ia mengganggu puan, adalah dinasihatkan puan berjumpa pakar wanita utk pemeriksaan & rawatan. tq

    151. Ibrahim says:

      Salam doc…
      Saya nak bertanya…isteri saya mengalami kepedihan ketika membuang air kecil dan juga di bibir faraj nye terdapat macam ruam dan biji2….dan sekarang biji2 tu merebak ke lubang dubur nya…sudah ke clinic tapi still tidak sembuh2 lagi…boleh kah saya ingin mndapat rwatan di clinic doc n boleh saya tahu apakah msalah yg dihadapi oleh isteri saya…

    152. Siti Hajar says:

      Salam doc, sy mohon pencerahan berkenaan perkara di bawah;

      1. Sebelum ni sy x da masalah senggugut. Tapi start tahun lepas (2015), hampir setiap bulan sy alami masalah senggugut hingga terpaksa mengambil ubat menstrual pain.
      2. Sy memang mengalami masalah keputihan tetapi tidak berbau dan tidak terlalu banyak dan hanya berwarna putih atau jernih. Namun, selepas period akhir (23-37/1/2016), sy mengalami keputihan berwarna coklat mulai 4/2/16. Adalah itu normal atau tanda awal penyakit rahim?
      3. Berapakah kos rawatan sekiranya ingin membuat pemeriksaan dan rawatan kesuburan?

      Terima kasih,
      Hajar.

      • Dr Ernie says:

        wslm..
        masalah senggugut yang datang kemudian (bukan sejak awal haid) mungkin disebabkan oleh fibroid/endometriosis etc. discharge yang berwarna coklat adakalanya bercampur sedikit arah. Disebabkan puan juga ada masalah kesuburan, dinasiatkan puan memmbuat pemeriksaan termasuk scan dan pap smear. tq

    153. Anita says:

      Salam doktor.. Sy menghadapi masalah period tidak teratur semenjak nov 2015. Period sy menjadi panjang (7-20 hari) semenjak nov 2015. Saya tidak tahu bila hari period sy start dn berhenti kerana ia berterusan. Saya masih belum mengandung setelah 2 tahun berkahwin. Bagaimana saya nak mengatasi masalah period ni dan berjaya mengandung? Sy baru berusia 26 tahun

      • Dr Ernie says:

        wslm..
        period x teratur mungkin disebabkan oleh anovulatory cycle memandangkan puan juga masih belum ada rezeki hamil. Saya nasihatkan puan untuk membuat pemeriksaan termasuk ultrasound. jika perlu pemeriksaan darah juga akan dilakukan. jika memang anovulatory cycle,puan akan diberikan rawatan untuk membantu puan hamil. tq

    154. Noranita Kamarolzaman says:

      Dr sy ingin bertanya..sy berumur 28thun..sudah berkahwin hampir 2tahun..tapi masih belum dikurnikan zuriat..period sy datang setiap bln..kecuali bln 12 thun lpas..tetapi bln 1 period dtg awal bln dan hujung bln..kalau sy nak check tahap kesuburan,berapa kos utk rawatan ini? Terima kasih

    155. nana says:

      Salam, Dr.
      Saya berumur 25tahun, masih bujang. Saya ada masalah period xteratur. Dlm masa setahun ni, period saya selalu panjang (7-8hari), (1-2hari suci), kemudian dtg balik period hingga hari ke-14. dan selalunya saya akan istihadah dlm 2-3 hari, kemudian baru drh xkeluar. tapi tempoh cycle sy 27-29 hari tetap. Cuma dlm bulan januari 2016 ni, saya period pada 11/1 sampai 2/2 drh sy xstop, tp xbanyak, lendir berwarna merah darah. Kalau ikut kalendar, lagi seminggu adalah next period saya. Adakah penyakit saya normal, tidak berbahaya & masih lgi boleh hamil? Jenis rawatan apa yg sesuai dgn masalah saya & adakah saya hanya boleh rujuk pada klinik biasa utk buat ultrasound & berapa standard kos utk itu?

    156. tasnim says:

      Assalamualaikum doctor.
      Sy dh lewat period 10 hari. Last week buat UPT +ve dan line sgt terang.pergi ke klinik buat scan masih x nmpk apa2. Kata doc masih awal. Tp bln 12 thn lalu. Sy ada lewat period 9 hari dan bila ke klinik, buat upt weak positive. Sgt kabur line. Bila scaa pun masih kabur. Esok bleeding tp selama 6 hari je & takde sebarang ketulan. Pergi hukm jmpe pakar skit puan biat upt , amik drh dan scan thru vaginal -ve. Doc ckp itu mgkin drh period shja. Xde tnda pregnant. Baru2 ni ke klinik scan doc ckp mgkin sebelum ni dikira gugur, jd tkut this time pregnant tp disebabjan scan x brpa nmpk tkut cuma ada kantung dan uri. Tp buat masa ni sy sdg mengalami simptom awal hamil. Pening, skit perut, perit kembung, skit pinggang, cpt lapar dan suka mkn epal hijau . Pd pdntp doc mcm mne?

    157. azlina says:

      Salam dr.
      Boleh saya tahu kos rawatan ECPOC atau D&C?

    158. nurul ainaa says:

      hai doktor..sy ad bt prgnant test positif dan smgu lpas 2 sy period y byk dan sy bt lg skali prgnant test,msih lg positif..sy pegi scan kt hospital tp doctor ckp xde npk ape2..so mcm mane 2?

      • Dr Ernie says:

        puan,
        jika ujian positif dan ada scan awal ; confirmed pregnancy
        jika positif tp x nampak dlm rahim : failing pregnancy or kandungan luar rahim
        pendarahan awal mengandung boleh disebabkan oleh keguguran atau kandungan luar rahim.
        ada beberapa cara utk confirm pregnancy : urine test, blood test or vaginal scan.
        puan boleh berjumpa doktor utk analisis darah & scan melalui faraj utk kepastian.
        tq

    159. Amy says:

      assalam.saya ada history miscarriage 3x.tp xpenah tahu maincause. now, sy suspect sy pregnant tp xley nk refer to doc sb lom (+).my concern is..apa langkah yg sy ley buat to make sure pregnancy kali ni success.sy takot terlambat mcm pregnancy b4 ni sb tgu (+).another question, if sy ada pcos..how to sustain the pregnancy sb sy bc pcos pn blh sebabkn miscarriage at early stage.if nk dptkn rawatan..berapa kos?tq

      • Dr Ernie says:

        wslm…
        masalah keguguran more than 3 x dikategori recurrent miscarriages.
        ia boleh disebabkan luteal phase defect – hormon to support preg in early stage x kuat
        masalah kesihatan : kencing manis
        masalah darah : penyakit autoimmune
        dan beberapa lagi.. better puan dptkan rawatan dengan pakar untuk siasatan lanjut.. bettre before pregnant
        tq

    160. frdh.az says:

      ASSALAMUALAIKUM DR,
      SAYA BERUMUR 22 THN , DAN BERBADAN GEMPAL. SAYA ADA MASALAH HAID YG TIDAK TERATUR , SAYA HANYA AKAN KERAP DTG HAID JIKA SAYA BANYAK PUASA SUNAT ATAU APABILA PUASA DI BULAN RAMADHAN . BOLEH DOKTOR SARANKAN SEBARANG NASIHAT ATAU SEBARANG RAWATAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH SAYA INI. KADANG RASA SEDIH DGN DIRI SENDIRI :'( MOHON DI DOKTOR DPT MENYELESAIKAN MASALAH SY INI . TERIMA KASIH

      • Dr Ernie says:

        wslm…
        masalah :
        – haid x teratur
        – badan gempal
        haid datang jika byk berpuasa…

        Haid yang tidak teratur mungkin disebabkan oleh anovulatory cycle.. Kebiasaannya jika anda dapat menurunkan berat badan ke berat badan ideal, haid anda akan pulih. Penurunan berat badan 5% daripada berat sekarang boleh memperbaiki kadar hormon dalam badan. In Syaa Allah.

        Tidak dinafikan proses menurunkan berat badan memerlukan kesabaran dan komitmen yg tinggi.

        Haid juga boleh di rawat dengan pengambilan ubat.
        Pada pendapat saya, cuba target at least 5% reduction of weight and see the result..
        tq.

    161. Izzatul says:

      Salam doc.sy da berkhwin,1thn stgh..semenjak ank dara smpi skrg period sy xprnh lewat..tp bln ni period sy dh lewat 24 hari..upt da check tp negatif..bole cdgkn rawatan yg perlu sy lakukan dan kos yg dikenakan..thnx :)

      • Dr Ernie says:

        wslm..
        Puan perlu pemeriksaan doktor.. tetapi kebiasaannya, satu episode of delayed period bukan masalah yg serious. tetapi jika kehamilan adalah masalah utama puan, maka saya sarankan puan bertemu pakar. tq

    162. Eita ta says:

      Assalam..doc sy nak tanya sy dah berkahwin 2tahun lebih..pada tahun pertama lewat period check upt positif selepas itu sy period,bila check upt balik dah negatif..pada bulan 12 tahun lepas sama jugak check upt positif dah pergi klinik doc cakap pregnant tapi selepas tu sy bleeding pergi hospital doc scan tak nampak apa2..doc suruh balik dulu..bleeding sampai 2minggu lepas tu ada keluar ketul darah besar then pergi check hospital doc cakap sy dah keguguran..sy try check upt balik ada double line tapi line kedua dah samar2..lepas last gugur sampai sekarang belum ada rezeki lagi..sy nak tanya doc apa rawatan yang boleh sy buat dan kalau sy nak try buat iui berapa kos ye doc..selepas gugur tu jugak priod tak betul..kadang2 2bulan sekali baru datang..terima kasih doc.

    163. ainn says:

      salam Dr. saya nak tanya ade tak disediakan rawatan untuk penyakit herpes ? saya masih belum berkahwin, dah seminggu mengalami sakit ni .

    164. Eita ta says:

      Assalam..doc sy nak tanya sy dh berkahwin 2tahun lebih..pd tahun pertama lewat period check upt positif selepas itu sy period bila check balik upt dh negatif..pada bulan 12 tahun lepas sy sama jugak check upt positif dah pergi klnik doc ckap pregnant tapi slepas tu sy bleeding pergi hos doc scan xnampak apa2..doc suruh balik dulu..bleeding sampai 2minggu lepas tu ada keluar ketul darah besar..then pergi check hos doc cakap sy keguguran..sy try check upt balik lepas tu ada double line tp line kedua dah samar2..lepas last gugur sampai sekarang belum ada rezeki lagi..sy nak tnya doc apa rawatan yg boleh sy buat dan klu sy nak try buat iui berapa kos ye doc..terima kasih doc.

    165. Liyana says:

      saya ada Masalh irregular menstrual, selalu heavy dan kadang2 ada bnayak clot.
      da buat rawatan kat hospital kerajaan dan dah buat ultra sound kata takda apa2, tapi saya tak puas hati, nak second opinion dan further check up dari dr.

    166. Maz says:

      Assalam, doc bleh sya tau brapa harga untuk mendapatkan suntikan meningkatkan susu badan (bagi penyusuan ank angkat)? Tq

    167. mas says:

      salam doc,blh sy tahu harga kalo nak ambil suntikan cegah kehamilan dan kna buat appointment o just walk in

    168. mas says:

      salam doc,blh sy tahu harga kalau nak ambil suntikan untuk cegah kehamilan dan kena buat appoinment o walk in

    169. Sara says:

      Slm doktor.blh tahu berapa kos jika nk scan perut termasuk consultant

    170. Bunga says:

      Salam doc. Saya baru berkahwin pada mei 2015. Pada awalnya period datang teratur seperti biasa dlm tempoh yang sama (5-6hari) seperti sebelum kahwin. Pada bulan october lalu saya telah lewat haid selama 5 hari, kemudian haid yg datang lewat itu berlanjutan sehingga 2 minggu. Minggu yang kedua cuma spot darah cair sahaja dlm kuantiti sedikit selama 7hari. Bulan november ni datang period seperti biasa, namun setelah 6 hari, saya dah mandi masih keluar spot darah cair tu, tapi cuma sedikit… boleh saya minta pandangan doktor, apakah tanda keadaan tersebut?

      • Dr Ernie says:

        w’salam.. bagi wanita yg sudah berkahwin, apa sahaja perubahan pada haid perlu pastikan puan tidak hamil. Ini adalah kerana ada yang mengalami pendarahan sedikit-sedikit ketika hamil. tq.

    171. fiza says:

      salam..dr…sy nk tnya berapa kos untuk jahit balik episiotomi.sy da 15hr bersalin dan jahitan sy terbuka balik..

      • Dr Ernie says:

        w’salam.. doktor perlu periksa dulu.. klu masih bernanah mungkin tidak boleh terus jahit, prlu sntibiotik. jika jahit dalam keadaan luka masih belum cantk ada risiko terbuka kembali. secondary suturing RM 100 termasuk consultation.

    172. yaya says:

      assalamualaikum .. saya hidayah. saya ingin bertanya berkaitan sunat untuk wanita dewasa. adakah disini ada perkhidmatan seperti ini??

      • Dr Ernie says:

        W’salam..
        di sini memang ada perkhidmatan sunat perempuan ( x kira usia : bayi, kanak2, dewasa)
        Namun, sunat ini tidak wajib (sunat sahaja hukumnya).
        tq.

    173. azlina says:

      As salam dok nak tnya…..apakah ubat yang mengandungi FSH mempengaruhi test kehamilan….

    174. farisha says:

      salam doc.. saya ade masalah berkenaan period.. saya sudah berkahwin hampir 2tahun dan masih belum dikurniakan cahayamata. buat pengetahuan doc, sy dan suami pernah membuat ujian kesuburan, tp rezeki masih belum berpihak kepada kami.. kitaran haid saya 39hari.. adakalanya datang awal dan adakalanya datang lewat.. seperti bulan lepas, saya period awal 5 hari seperti yang dijangkakan. tapi pada bulan ni, saya lewat period selama 21hari. saya keliru doc.. saya nak preg.. tapi apa yang harus saya lakukan? tolong saya doc…

    175. zya says:

      doktor boleh x doktor email saya ..

    176. izan says:

      assalamulaikum,

      sy nak tanya..kos utk buat IUI..brapa ye?

    177. wailin says:

      hi doc…sya nk tanya ada rawatan utk keputihan?

    178. Suganthi says:

      Doc…saya ada soalan nk tanya…saya dah brkahwinn dah 10bln.umur 30 tahun..saya masih belum mempunyai anak.utk pngetahuan doc haid saya tetap iaitu antara 28 hingga 35 hari. Xpernah miss. saya dan suami dah cuba secara natural tp saya masih gagal mengandung. Pada pendapat doc apa punca saya gagal mengandung selain belum ada rezeki. Apakah penyakit kesuburan yg boleh dikaitkan dgn saya? Saya risau doc.. Apa perlu saya buat… Tolong saya doc,pls

      • Dr Ernie says:

        Hi Ms,
        Untuk hamil… ada beberapa faktor yng diambil kira…
        – Seseorang wanita perlu menghasilkan telur daripada salah satu ovary (kilang telur) – ovulasi : boleh diuji dgn ujian darah, scan melalui faraj, urin
        – Telur itu perlu bergerak melalui tiub fallopian menuju ke arah rahim. – di uji melalui ujian HSG
        – Benih suami (sperma) perlu mensenyawakan telur tadi. – ujian sampel semen suami
        – Telur yang telah disenyawakan perlu menempel ke dalam dinding Rahim (implantasi).

        Kesemua ini perlu diperiksa untuk mencari punca..
        hanya berdasarkan kitar haid shj x dapat memberi diagnosis.
        Saya cadangkan Puan berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
        Doktor mungkin perlu melakukan ultrasound dan mengambil sampel darah utk ujian.

    179. zya says:

      assalam .. saya ingin bertanya … jika seseorang tu lambat period adakah dia tidak boleh pregnant ??

      • Dr Ernie says:

        w’salam..
        Maksud puan period lambat ?
        – lambat datang haid pertama? ; jika haid pertama datang lambat tetapi tiada masalah selepas itu , ia tidak akan menyebabkan puan tidak boleh hamil.
        – haid tetap tetapi kitar panjang ( haid datang setiap 5 minggu ) : walaupun haid tidak datang setiap 4 minggu tetapi tidak bermakna puan tidak subur cuma waktu subur puan lewat seminggu berbanding wanita yang haid setiap 4 minggu.
        – haid tidak tetap ( waktu haid tidak dapat dijangka) : berkemungkinan puan ada masalah anovulation tetapi ia boleh diatasi dengan rawatan.
        puan perlu berjumpa pakar untuk pemeriksaan barulah maklumat yang tepat dapat diberi oleh doktor yang merawat.
        terima kasih..

        • zya says:

          tq .. tp sya nak tnya lagu satu soalan .. sya period .. wrna period sye bkan wrna merah .. sebelum ni wrna drah period sya wrna merah tp sejak kebelakang ni ia wrna merah bercmpur coklat cair .. kdg2 tu sya pelik la .. sbb period saya wrna coklat bkan merah .. doktor adakah sya period ??

    180. nurul says:

      Salam..
      Doc…saya ada soalan nk tanya…saya dah brkawen lebih dua tahun.umur 28 tahun..saya masih belum mempunyai anak.utk pngetahuan doc haid saya tetap iaitu antara 28 hingga 35 hari. Xpernah miss. Tak pernah senggugut teruk..saya dan suami dah cuba secara natural tp saya masih gagal mengandung. Pada pendapat doc apa punca saya gagal mengandung selain belum ada rezeki dr Allah. Apakah penyakit kesuburan yg boleh dikaitkan dgn saya? Saya buntu doc…tolonglah saya.sudah setahun jgk saya mngamalkan asid folik..doc boleh reply pada emel saya…terima kasih

    181. irasabari says:

      Assalamualaikum doktor..
      saya ada soalan.. utk info doktor..
      1. saya berumur 39 thn..
      2. Saya period awal 1 minggu… last date period 20/8/15-26/8/15 dan purata cycle lebih kurang 25-27 hari utk 3 bln sblm.
      3. Sblm kluar darah tersebut.. saya alami kembung perut dn sembelit slps bbrapa hari bersama…. dan kemudian keluar darah dan sakit pinggang… adakah ini normal atau tidak? Saya risaulah doktor.

      Sekian ..mohon pencerahan dr doktor segera ya.

    182. nisa says:

      Ok,tq dktr for ur advice..

    183. nisa says:

      Salam dktr,sy now tgh preggy 7week n ada masalah constipation…blh ke kalo sy nk guna enema?ada pape effect x

      • Dr Ernie says:

        W’salam.. enema should b ok… the best is to increase ur fibre intake.. cuba mkn buah.. mcm papaya, banana or boleh ambil prune yg dalam paket tu..

    184. siti says:

      Assalamualaikum dr, saya baru ambil anak angkat, tanpa di rancang. Oleh itu sehari selepas ambil, saya ke Az Zahrah utk ambil suntikan hormon utk pengeluaran susu, sudah hampir sebulan, masih tiada susu. Adakah klinik dr dapat membantu saya utk penghasilan susu? Mungkin saya perlu tambah suntikan?

      • Dr Ernie says:

        W’slm…
        Kebiasaannya sekali suntikan sudah mencukupi. Boleh saya bertanya… puan ada mengambil pil untuk merangsang susu dan berapa dosnya. Bagaimana pula dengan pemerahan/pump.
        Susu memang mengambil masa untuk terhasil terutama bagi yang tidak pernah menyusukan. In Syaa Allah jika dose mencukupi dan rangsangan pump berterusan susu akan terhasil.
        Terima kasih.

        • siti says:

          ada dr. Az zahrah memberikan saya pil tambah susu. 2 biji sekali, 3 kali sehari. Saya mengepam susu apabila waktu malam, kerana di tempat kerja, saya tidak mempunyai masa utk mengepam. bayi tidak mahu membantu kerana sebelum ini, apabila dia menghisap, tiada susu, maka skrg dia menolak apabila di sua kan. boleh bantu saya dr?

          • Dr Ernie says:

            dose ubat boleh ditambah sehingga 4 kali sehari. Tetapi puan memerlukan rangsangan pump. Puan tidak perlu mengepam untuk jangkamasa yang lama. Memadai 5 minit sebelah payudara setiap 2-3 jam sekali. Jangan pump terlalu lama, kerana bila susu belum terhasil, pump yg berpanjangan akan menyebabkan puting puan luka. Maka usaha untuk meneruskan proses itu terganggu. Apa yg saya cadangkan, apabila bb mula menangis lapar, sua kan dulu ke dada puan then baru bagi dia susu formula…

            • Dr Ernie says:

              Salam puan Siti.. sila rujuk email puan kerana saya ada menghantar maklumat yang mungkin puan boleh gunakan. semasa saya jadi breastfeeding counselor dahulu kami byk gunakannya.

            • siti says:

              Terima Kasih dr. Saya hargai nasihat dr. di klinik dr boleh sunat kan baby?

            • Dr Ernie says:

              baby girl…. walk in tapi boy kene appointment…

            • siti says:

              Salam doktor, saya yang bawa baby jumpa doktor tuk sunatkan minggu lepas dan saya yang doktor check dah ada susu tu, terima kasih doktor, skrg sy masih teruskan pengempam tuk penghasilan susu. Harap2 dpt susukan baby dlm masa terdekat. Terima kasih doktor, saya puas hati dengan perkhidmatan doktor. :)

            • Dr Ernie says:

              terima kasih..

        • Siti Munirah says:

          Salam Dr, saya ingin mendapatkan suntikan untuk cetuskan susu..saya sudah menpunyai anak angkat 3bulan umurnya..masih belum dapatkan suntikan..adakah pengambilan motidone domperidone 3biji sehari memadai…dan bagaimana pula larangan atau amaran penggunaan yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang dikeluarkan oleh BPFK Ogos 2015, adakah DR ADA TERBACA MENGENAINYA…adakah hanya dengan suntikan hormon dan pump boleh mencetuskan susu DR. saya juga risau kesan sampingan ubat domperidone,saya ingin mengambil suntikan hormon untuk sebulan apa kah nama suntikan tersebut DR dan berapa harganya.boleh ka saya pergi ke klinik puan atau mana2 klinik berdekatan tempat tingal saya di Manjung perak. mohon pandangan dan pencerahan dari DR. kerana saya harus menyusukan anak angkat lelaki saya..sekian terima kasih.

          • Dr Ernie says:

            Wsalam..
            Domperidone adalah selamat digunakan selagi di bawah pengawasan doktor. Memang ada circular KKM tetapi ia hanya berkenaan pengawalan dose agar tidak melebihi bagi mengawal kesan sampingan. that is the reason why a patient need to get consultation from a doctor before taking these or any other medication. disebabkan puan tinggal di Manjung, saya nasihatkan puan berjumpa pakar Sakit Puan di sana. berdasarkan pemeriksaan dan sejarah pesakit, option akan diberi dan dibincangkan dengan puan. saya x dapat memberitahu apa yang sesuai kerana tidak memeriksa puan. tq.

    185. Naz says:

      Salam,

      Klinik ini ada menyediakan suntikan rubella untuk wanita dewasa tak ? Tq.

    186. Hafiza Nordin says:

      Assalam Dr.

      Klinik Dr ada menyediakan perkhidmatan berkhatan untuk kanak-kanak lelaki. Adakah ianya secara laser? Jika ia, boleh saya tahu kosnya?

      Terima kasih.?

    187. Hafiza Nordin says:

      Assalam Dr. Ernie.

      Saya ingin bertanya ttg rawatan bayi. Bayi saya berusia 2mnth++. Bayi saya mengalami batuk yang agak merisaukan saya, bukan kerana tidak pernah mengalami perkara begini dengan hero2 saya. Pernah tetapi bukan pads umur mereka yang seawal ini…. Adakah ubat yang sesuai untuk bayi saya Dan bolehkah sekiranya saya tahu kos rawatannya?

      Thank you, Dr.Ernie.

      • Dr Ernie says:

        W’slm..
        Kebiasaannya bayi yg baru berumur 2 bln mmg tidak diberikan ‘ubat batuk’. Namun dia perlu diperiksa untuk mengetahui apa punca batuk tersebut. Ada sesetengah jangkitan itu berisiko tinggi untuk melarat. Saya cadangkan puan membawa anak puan berjumpa doktor. TQ.

    188. as,salam doc
      sy ingin cek kesuburan.., apakah bisa sy jmpa doc bukan pada hari ke 2-5 haid seperti yg doc sebutkan diatas

      • Dr Ernie says:

        Wslm.. Puan boleh dtg hari ke 21 haid.. jika haid teratur.. Jika tidak teratur, puan boleh datang bila2. Harap telefon ke klinik(0387275643) terlebih dahulu.. Terima kasih

    189. ellie says:

      Akum..

      Dr saya ingin menjalan kan rawatan penghasilan susu badan kerana saya akan mengambil anak angkat (newborn) pada hujugn september.

      Adakah perkhidmatan ini disediakan di klinik Asyfa ?

      Perlukah buat appointment atau perlu datang pada waktu2 tertentu?

    190. Suraya says:

      Hi doc, last year sy ada buat rawatan kesuburan. Sy dah mkn clomid utk 2cycles and sy stop utk try secara natural. Sy ada pcos dan sy xkan period selagi xmkn duphaston. And 2hari lpas sy period scara natural (tanpa duphaston), sy ade beli clomid di farmasi. Skrg cd2. Boleh sy smbg rawatan di klinik doktor? Dan pd hari ke berapa sy patut pegi? Tq.

    191. fazurita says:

      Salam Doctor,

      Boleh kah saya berjumpa doc dalam masa terdekat untuk membuat ujian endometriosis.
      Sejak dari remaja saya mengalami senggugut teruk. Masa remaja saya pernah ke GH Sungai Petani, dan scan. Pernah ke HKL untuk pengesahan, doc kata rahim saya retroverted tetapi tiada rawatan susulan. Pernah pengsan 2 kali, pergi klinik doc cakap saya hilang banyak darah ketika haid. Sekarang saya sudah kahwin hampir setahun dan belum pernah hamil. Saya selalu MC kerana masalah senggugut teruk sehingga tak dapat menjalani aktiviti seharian dan pergi kerja. Pernah scan di klinik biasa dan doc kata tidak ada cyst fibroid.

      Saya pernah ke hosp kerajaan, tetapi kebanyakkannya hanya bagi appointment dan scan ultrasound. Saya rasa ada yang tak kena, sebab perkara ini berlarutan sampai skrg umur saya 31 tahun.

      Harini saya period 1st day, sakit ya amat sangat, saya di ofis dan langsung tak dapat buat kerja atau keluar lunch. Letih dan terlalu sakit, rasa nak pengsan dan muntah. Saya rasa ada rawatan yang sesuai.

      Boleh ka saya jumpa doctor dalam masa terdekat?

    192. Azua says:

      Salam. Doktor,
      Jika ingin membuat rawatan kesuburan. Perlukan membuat temujanji atau juz walk-in?

      • Dr Ernie says:

        W’salam..
        Tidak perlu temujanji.. Jika pernah membuat ujian sebelum ini, puan digalakkan membawa keputusan yang terdahulu.
        Jika puan tidak pernah mendapatkan rawatan : haid tetap : datang hari ke2-5 atau ke21-24 haid utk memudahkan proses pengambilan darah.
        Terima kasih

    193. syuhaida says:

      Assalammuailaikum.
      sangat hargai kalau dr boleh respon.

      saya sudah berkahwin 5 tahun dan telah ambil anak angkat yang kini berusia 4bulan.
      saya dalam usaha untuk megeluarkan susu. fyi saya telah ambil pil domperidone 3 biji sehari selama 2 bulan, tapi belum ada tanda2 susu keluar.

      saya mengidap PCOS. adakah sebab ini saya tidak berjaya hasilkn susu?

      saya ingikan pandangan dri dr. saya ingin cuba suntikan dan juga pil dalam masa yang sama.

      dan apakah prosedur suntikan ini hanya sekali sahaja atau perlu berkala ambil.?

      terima kasih.

      • Dr Ernie says:

        W’slm..
        penghasilan susu bagi ibu yg tidak pernah hamil mmg mengambil masa dan memerlukan kesabaran. Disebabkan puan sudah pun memulakan pengambilan domperidone, adakah terdapat pembekakkan sedikit payudara puan?
        – Puan boleh mandapatkan suntikan (hanya sekali sahaja) dan mengambil ubat dalam masa yang sama
        -adalah dinasihatkan puan mula mengepam susu dan meningkatkan kekerapan perahan day by day..
        – pengambilan ubat tanpa stimulasi mmg sukar utk berjaya..
        -In Syaa Allah, jika stimulasi mencukupi puan akan berjaya menghasilkan susu.
        Terima kasih.

        • Siti Munirah says:

          boleh saya tahu suntikan apa DR? Suntikan Depo atau Domperidone jugak..sebab setahu saya ada larangan mengambil domperidone kerana effek pada jantung..atau saya salah..mohon pandangan DR kerana saya juga telah megambil anak angkat dan nak menyusukan dia..masih belum kuar susu dan saya hanya mengepam kerana tak disyorkan doktor ambik suntikan hormon dan sukar nak kuar susu kalau tidak suntik hormon. Mohon pandangan DR. Saya telah berkahwin 5 tahun dan bayi saya telah 3 bulan mohoon pandangan dari DR. sekian ribuan terima kasih sekiranya DR BACA DAN BALAS EMAIL SAYA.

          • Dr Ernie says:

            refer reply sy sebelum ini. Domperidone is safe in the correct dose.
            Susu mmg ambil masa utk keluar especially bagi wanita yang belum pernah menyusukan.
            Seperti yg sy terangkan earlier, option of medication based on pemeriksaan doktor.
            In Syaa Allah, susu puan akan ada..
            tq

            • Siti Munirah says:

              Tq Dr,sekiranya sy berumur 30tahun Dan tiada masalh kesihatan setakat ni..bole ambik ke domperidone Puan..sb saya sudah berjumpa pakar Laktasi Dan dia yg memberi domperidone motidone,sekiranya Dr cakap ia selamat sy lega n akan mula makan…sb sy juga pergi ke klinik swasta Dan pakar tersebut juga berikan saya domperidone.sy ja belum amakan kerana risau..sekali lagi sy berterima kasih atas penjelasan Dr berkenaan amaran dar Bpkf tu…

            • Dr Ernie says:

              In syaa Allah…
              Puan mulakan pengambilan nya dan start pump…
              cuma kena sabar… susu akan keluar… jgn putus asa…

            • Siti Munirah says:

              satu lagi DR sekiranya saya ingin ambil pil yasmin bersama dengan domperidone bagi menjayakan pengeluaran susu boleh kan..setakat ini saya blum mula lagi ambil pil domperidone..kalau saya ingin ambil yasmin tiada masalah kan..dan sekarang day-3 period so saya ingat bila habis period baru nak mula ambik yasmin seperti Dr mention dalam cara cetuskan susu boleh kan DR atau sekiranya saya ambil domperidone sahaja boleh ke cetuskan susu?..atau baik ambil bersama pil yasmin….mohon pandangan DR ya….sekali lagi thanks Dr atas consultation. sya sangat2 menghargai. doakan saya dapat susukan bayi angkat saya…

            • Dr Ernie says:

              Seperti yang sy terangkan earlier, apa saja ubat perlu mendapat prescripsi doktor.. Especially hormon.. x kiralah pil perancang jenis apa pun.. Ini kerana tidak semua org boleh ambil pil perancang.. Jika doktor yang merawat puan kata tiada masalah maka teruskanlah..

            • Siti Munirah says:

              ok baik DR..boleh saya tahu tentang suntikan prolaktin..ini krana kawan saya juga telah mendpatkan suntikan prolaktin selepas dia tidak berjaya cetuskan susu setelah ambil ubat dn pil perancang..dia pergi ke hosp swasta dan setelah suntikan prolaktin susu dia sudah kuar..sya cuma ingin tahu adakah suntikan prolaktin tu selamat untuk wanita yang tiada masalah kesihatan.

    194. lela says:

      assalam..saya nak tnya adakah penghidap PRIMARY AMENORRHOEA berpeluang untuk mengandung.

    195. Anonymous says:

      SLM..
      Dr sy br mwngunjungi Klinik dr 2 hari lepas berkenaan dgn kandungan sy yg br mencecah 5minggu Dan kerap sakit spt senggugut waktu mlm…alhamdulillah kesakitan semakin berkirang….tp skarang sy mengalami masalah keputihn (hijau kekuningan) adakah normal or abnormal BG wanita pd awal kehamilan

      • Dr Ernie says:

        W’salam.. discharge memang akan bertambah sedikit apabila kita hamil. Cuma apabila warnanya bertukar ke kehijauan, ini mungkin menandakan jangkitan kuman. Kadangkala ia akan berbau. Puan biasanya akan diberi antibiotik. Antibiotik ini selamat digunakan bagi ibu hamil. Terima kasih.

    196. noranisah says:

      Assalamualaikum Dr. saya ada masalah kitaran haid tidak teratur sejak 2bulan yg lepas. setiap kali saya buang air kecil @ air besar, darah akan keluar bersama lendir. tak banyak. sikit-sikit sahaja. Saya ada buat scan di klinik. Dr ckp darah haid ada. Dia syorkan saya buat satu ujian masukkan camera, dikhuatiri ada cyst di ovari. Adakah saya ada masalah pcos. Kerana simptom2 pcos ada pada diri saya. Adakah klinik Dr ada menyediakan perkhidmatan ini, dan berapakah kosnya?

      • Dr Ernie says:

        W’salam.. Haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh berbagai faktor. Tidak dinafikan PCOS boleh menyebabkan haid yang tidak teratur. Untuk mendiagnosed seseorang itu PCOS ada beberapa kriteria yang perlu dipenuhi. Puan dinasihatkan berjumpa pakar wanita untuk rawatan. Di Klinik kami ada menyediakan perkhidmatan ini. Kos bergantung kepada ujian dan ubatan yang perlu. Boleh hubungi klinik di 03-87275643 untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

    197. leen says:

      Doktor nak tanya ,saya ade alami period yg tidak teratur sejak tahun ni bermula januari 2015, lepas tu awal bulan mac period saya datang tapi ambil masa 4 hari sahaja…bila bulan berikutnya period saya tak datang sampai mei 2015…bila bagitahu suami utk test sama mengandung saya dah test 2 kali tapi tetap negative…apa perlu saya buat saya buat ye doktor???saya ni benar2 mengandung atau tak..saya dah ade seorang anak 4tahun…sila bagi pandangan doktor…

      • Dr Ernie says:

        Jika ujian kencing negative dan Puan tidak pasti, Puan boleh membuat imbasan ultrasound atau ujian darah HCG. Jika negative, bermakna Puan tidak hamil cuma haid tidak teratur.TQ

        • leen says:

          macam mana kita nak lancarkan balik kitaran haid saya semula?ade apa2 ubat ke yg perlu ambil diklinik ? tq dr.

          • Dr Ernie says:

            Jika Puan ade pertambahan berat badan, menurunkan berat badan pada berat ideal mampu membantu. Bagi yang merancang untuk tidak hamil, penggunaan pil perancang boleh melancarkan kitaran haid puan. Jika Ingin hamil, saya cadangkan puan berjumpa pakar Sakit Puan untuk rawatan. TQ

    198. nurul says:

      Salam. Saya ingin bertanya. Saya sudah check upt, n result positive (3kali check, hari berlainan). Saya ada masalah aturan haid so saya x ingat tarikh last period. Tapi pagi ni, bila ke tandas, saya dapati seperti kantung / ketulan dan darah keluar seperti darah haid. Perlu kah saya berjumpa doctor?

    199. nurizan says:

      salam DR… Saya nak tanya sikit…saya sering mengalami kencing yg kerap… adakah DR menyediakan perkhidmatan pemeriksaan bg masalah yg saya alami ini….

      • Dr Ernie says:

        W’salam.. kencing yang kerap boleh disebabkan byk punca.. antaranya jangkitan kuman pada salur kencing, kencing manis dan jarang-jarang sekali disebabkan oleh tekanan dari dalam abdomen. Ya, di sini ada menyediakan rawatan tersebut.. Terima kasih..

        • nurizan says:

          okey… terima kasih DR.. Sekiranya saya ingin membuat pemeriksaaan di tempat DR adakah saya perlu membuat appointment..

    200. nurul says:

      Salam. Dr, how to detect UV prolapse. Ultrasound ke? Ape rawatan utk UV prolapse and the cost.

      • Dr Ernie says:

        W’salam. UV prolapse di diagnosed dgn pemeriksaan vagina. Rawatan untuk UV prolased including ring pessary dan surgery. kos bergantung pada jenis rawatan.

        • nurul says:

          Is it possible utk wanita di usia muda menghidapi penyakit ni? If di diagnosed uv prolapse adakah masih boleh pregnant? Di klinik doktor ade sediakan rawatan ni ke?

          • Dr Ernie says:

            UV prolapse mmg boleh terjadi pada wanita muda yang tidak pernah hamil TETAPI SANGAT JARANG… UV prolase selalunya tidak mengganggu kemampuan seseorang wanita untuk hamil cuma keadaan prolapse mungkin makin teruk semasa kehamilan.
            Terima kasih.

    201. Izzah says:

      Assalamualaikum, saya nak tanya berapakah kos terkini untuk rawatan kesuburan untuk lelaki dan wanita sekarang? Saya ada baca komen di atas tapi sebab sekarang dah ada GST jadi saya nak confirmkan semula. Saya harap Dr dapat bagi details seperti komen di atas juga. Terima kasih.

      • Dr Ernie says:

        W’salam.. Puan boleh rujuk pada komen sebelum ini.. Tiada perbezaan harga. GST tidak dikenakan kepada pesakit ( Klinik yg bayar).. Harga yang disebut di atas tidak termasuk konsultasi & ubatan.
        Terima kasih.

    202. Nur says:

      Assalamualaikum.

      Saya & pasangan merancang untuk having baby. Boleh ke kalau saya pergi clinic untuk dapatkan acid folic atau perlu ke saya atau pasangan melakukan pemeriksaan dahulu?

      • Dr Ernie says:

        Wsalam..
        Untuk mendapatkan asid folik tidak memerlukan pemeriksaan. Puan boleh terus dapatkan di klinik. Namun jika puan sudah lama berkahwin, Puan digalakkan untuk menjalani pemeriksaan untuk mengenalpasti punca masalah.
        Terima kasih

    203. annie lau says:

      Hi Doctor, my baby is 1m 5 days old. I have very little BM and hospital suggested me to give baby FB top up. Baby is big, birth weight 4.06kg. Now is 5 kg and he already take 120 ml FM. I would like to fully bf my baby but I have tried any possible way, food etc but I only get about 30ml both breast when I ebm. I dont want tk give up yet. I come across induced lactation.am I suitable? Do you provide this service? How is the process? Urgently need advise. Many thanks.

      • Dr Ernie says:

        Hi Annie,
        There are few ways to increase your milk supply:
        – by increasing the frequency of breastfeeding. Esp at night.
        – to pump both breasts after each feeding to increase stimulation
        – to take medication to increase your milk supply. (you need to consult your doctor for this prescription)
        tq

    204. siti says:

      assalamualaikum. sy nak tanya, ultrasound boleh ke check kedudukan rahim kita ni normal ataupun tidak.sbb selalu baca blog,cakap kdudukan rahim juga mainkan peranan utk mudah hamil.boleh tak dr terangkan apa tujuan ultrasound dilakukan utk pasgn yg sukar mndpt ank.terima kasih

      • Dr Ernie says:

        W’salam..
        Ultrasound adalah ujian yang perlu dijalani oleh pasangan yang mengalami masalah kesuburan.
        Tujuan ultrasound adalah :
        – melihat anatomi organ pembiakan : kedudukan rahim, saiz rahim, saiz kilang telur
        – ketebalan dinding rahim
        – fibroid
        – cyst
        – pembengkakan pada tiub
        – saiz follicle
        dan beberapa perkara lagi.
        Puan dinasihatkan bertanya pada doktor yang merawat tentang keputusan ultrasound yang puan jalani.
        Terima kasih

    205. amy says:

      assalam.dr..adakah terlalu awal jika psgn yg berkahwin selama 11 bulan mendapatkan rawatan kesuburan.dan ujian apa yang akan dilakukan untuk tahu kita ni bermasalah ke tak untuk pregnant.tq

      • Dr Ernie says:

        w’slm…
        jika pasangan mmg tinggal sekali sepanjang tempoh itu, tiada masalah untuk mendapatkan rawatan. Ujian darah dan ultrasound akan dilakukan pada isteri manakala suami akan diminta sampel semen.

    206. NUR says:

      Salam Dr, ada menyediakan pakej pemeriksaan kesihatan x? contoh ujian darah,air kencing,jantung dll..dan berapa kosnya?

    207. ayuaneza says:

      Assalam doc..boleh sy tahu caj bg implan dan hari yg sesuai sy pergi untuk pemasangan..terima kasih

      • Dr Ernie says:

        W’salam…
        Implant sebaiknya di pasang pada hari 2-5 period. Jika baru melahirkan anak, boleh dipasang seawal hari ke 21.
        Kos pemasangannya adalah 600.00 (termasuk harga implan).
        Terima Kasih.

    208. Akmar says:

      Assalamulaikum Doktor.

      Saya nak buat rawatan kesuburan dsamping nak buat pap smear dan pemeriksana payudara sbb risau klu ada penyakit tu.Saya ada tanda2 PCOS tu. Dulu sy pnh buat rwtn tp stakat amk darah je n kputusan mgatakan hormon sy x stabil. Keputusan darah tu tak tahu mana saya letak sbb dah lama 2 years ago kn. So adakah perlu dibuat kembali rwtn ksuburan dari awal.Saya mmg ada masalah period lama.Nanti saya akan cerita dengan lbh detail bile jumpe doktor.
      TQ doc for ur advise..

      • Dr Ernie says:

        W’salam,
        Jika puan bercadang untuk membuat rawatan kesuburan dan dalam masa yang sama ingin menjalani ujian pap smear, saya sarankan puan datang hari yang bukan haid. Puan perlu jalani ujian ultrasound. Ujian darah hanya bila dirasakan perlu(bergantung kepada pemeriksaan doktor). Rawatan kesuburan bergantung kepada last treatment. Terima kasih.

    209. syafiza says:

      Dr… Kos utk ujian kesuburan macam mana?

      • Dr Ernie says:

        Untuk rawatan kesuburan, pasangan wanita akan diperiksa selepas mendapatkan sejarah pesakit. kemudian ultrasound akan dilakukan.
        Darah untuk menentukan sama ada wanita tersebut ovulasi atau tidak ( telur keluar atau tidak)
        Darah-darah lain mungkin perlu bergantung kepada kepeluan berdasarkan sejarah pesakit & pemeriksaan .
        bagi pasangan lelaki, perlu menghantar sampel air mani untuk dianalisa.

        jIKA PERNAH MEMBUAT RAWATAN SEBELUM INI HANYA PERLU MEMBAWA KEPUTUSAN SAHAJA. ADAKALANYA UJIAN TIDAK PERLU DIULANG KECUALI ULTRASOUND

        HSG – X Ray utk tiub hanya dilakukan jika perlu (bergantung kpd sejarah pesakit)

        Hubungi Klinik untuk maklumat lanjut : 03-87275643

    210. aida says:

      Sy nk tnye kalau wanita yg sudah berumur 30 an.tp die tdak prnah Datang haid

      • Dr Ernie says:

        masalah ini di panggil primary amenorrhoea
        ia terbahagi kepada 2 kumpulan besar iaitu
        – yg mempunyai karektor seksual sekunder ( payudara, bentuk bdn dll)
        – yg x mempunyai karektor seksual sekunder

        punca nya boleh disebabkan oleh
        – organ pembiakan
        – kilang telur
        – kromosom
        – hormon

        PCOS juga boleh menyebabkan masalah ini tetapi bukannya punca yg kerap ditemui.
        Kebiasaannya PCOS akan mengalami haid tetapi jarang2.

        Kebiasaannya doktor akan
        – mendapatkan sejarah pesakit
        – melakukan pemeriksaan fizikal
        – ultrasound
        – ujian darah.

        selepas itu mungkin akan diberi ubat untuk haid (selepas pemeriksaan)

        saya cadangkan anda bertemu pakar untuk pemeriksaan.

        Terima kasih

    211. Liza says:

      Berapa kos utk montly checkup pregnancy

    212. nur says:

      salam Dr..
      tumpang tanya,disini ada perkhidmatan untuk breast cancer?

      • Dr Ernie says:

        W’salam..
        untuk perkhidmatan breast cancer memerlukan fasiliti mammogram dan ultrasound yang dilakukan oleh pakar radiologi.. ( yang hanya ada di hospital). kami di sini hanya menyediakan perkhidmatan pemeriksaan payudara secara fizikal sahaja. Terima kasih.

    213. Muhamad says:

      Assalamualaikum……..utk pemeriksaan kesuburan,berapakah charge yang dikenakan dan apakah jenis pemeriksaan yg perlu dilalui

      • Dr Ernie says:

        Untuk rawatan kesuburan, pasangan wanita akan diperiksa selepas mendapatkan sejarah pesakit. kemudian ultrasound akan dilakukan.
        Darah untuk menentukan sama ada wanita tersebut ovulasi atau tidak ( telur keluar atau tidak)
        Darah-darah lain mungkin perlu bergantung kepada kepeluan berdasarkan sejarah pesakit & pemeriksaan .
        bagi pasangan lelaki, perlu menghantar sampel air mani untuk dianalisa.

        CAJ RAWATAN KLINIK PAKAR

        USG GYNAE RM 30.00 – RM 50.00
        UJIAN ( MENGIKUT KEPERLUAN )
        UJIAN DARAH
        Day 21 Progesterone
        *Se Testosterone
        *Prolactin
        *Thyroid Stimulating Hormone(TSH)
        RM 44.00/ SATU TEST

        UJIAN LENGKAP ( PEREMPUAN )
        INFERTILITY STUDIES ( FEMALE ) RM 216.00
        FSH
        LH
        Progesterone
        Prolactin
        E2 ( Oestradiol )
        HCG ( Quantitative )
        **hanya jika perlu

        SEMINAL FLUID ANALYSIS ( MALE ) RM 66.00
        UJIAN LENGKAP INFERTILITY ( LELAKI ) RM 210.00
        FSH
        LH
        Prolactin
        SHBG (sex hormone binding globulin )
        Testosterone ( total )
        ** jika sampel tidak normal

        jIKA PERNAH MEMBUAT RAWATAN SEBELUM INI HANYA PERLU MEMBAWA KEPUTUSAN SAHAJA. ADAKALANYA UJIAN TIDAK PERLU DIULANG KECUALI ULTRASOUND

    214. hati says:

      assalammualaikum

      sy ingin membuat rawatan kesuburan mcm mana ya

      • Dr says:

        W’salam..
        Jika ini kali pertama hendak memulakan rawatan, anda boleh datang bersama pasangan. Selepas pangambilan sejarah pesakit dan pemeriksaan beberapa ujian akan dijalankan. Sebaiknya hari 2-5 haid untuk tujuan pangambilan darah dan ultrasound.
        Jika anda pernah membuat rawatan sebelum ini, adalah lebih baik jika boleh membawa keputusan pemeriksaan sebelum ini supaya tidak perlu membuat ujian ulangan. Rawatan adalah bergantung kepada permasalahan yang dikesan melalui keputusan ujian darah dan ultrasound serta keputusan semen suami.
        Terima Kasih.

    215. Telinga says:

      Doktor, pada umur berapa yg sesuai utk khatan anak lelaki?

      • admin says:

        Untuk anak lelaki biasanya kita khatankan pada usia di mana dia sudah bersedia.(Biasanya apabila sudah mula bersekolah). Di negara Arab anak lelaki dikhatankan di usia bayi lagi.
        Jadi terpulang pada individu untuk memilih umur yang sesuai.

    norzazaliza abdul jalil says:

    salam doc, sy dah 4 tahun berkahwin tp x dikurniakan zuriat lg, sy just nk tnye klinik doc ade buat rawatan checkup utk pihak llki jgk x…

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      utk lelaki, hanya perlu sample.. Klinik kami menggunakan khidmat makmal luar. tq

  1. Niza says:

    Assalammualaikum doc,

    Saya pernah melakukan minor operation utk membuang cyst. Selepas itu saya tidak lagi dpt hamil dan prnh melakukan ujian HSG dan mendapati tiub follopia saya tersumbat sebelah. Tpi pd masa tu saya tidak melakukan apa2 rawatan susulan. Skarang umur saya 41 dan saya ingin ada anak yg ke 4.

    Soalan saya ialah dgn faktor umur ini masih ada pluang ke jika saya ingin hamil lagi dgn rawatan IVF/IUI? Risikonya tinggi ke? Jika saya ingin ulang semula utk rawatan HSG di Hospital manakah yg ada doctor wanita?.

    Terima Kasih

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      – HSG : blocked 1 tube…
      > jika HSG ini dibuat selepas operation dan puan tiada risiko tambahan spt operation lain : appendicectomy etc, maka saya tidak nampak keperluan membuatnya sekali lagi.
      > Namun jika puan ingin menjalani ujian HSG sekali lagi, puan boleh call clinic utk maklumat lanjut dan inform area tempat tinggal supaya pihak klinik dpt allocate hospital terdekat.

      – Hamil at the age of 41
      > Tidak dinafikan peluang untuk hamil berkurangan dengan meningkatnya usia. Namun ia bergantung kepada ovarian reserve.
      > kehamilan pada usia ini berisiko utk dapat kencing manis semasa hamil dan darah tinggi. tetapi jika puan memang sudah ada penyakit maka tidak digalakkan hamil
      > risiko syndrom down lebih kurang 1 in 90 Kelahiran

      Pada pendapat saya… as long as puan dan suami memahami risiko, puan boleh cuba hamil. In Syaa Allah.

  2. Azi says:

    Assalamualaikum doc,

    Sy ade kerisauan, sy rasa ada mcm lebihan daging di bhgian atas kawa v saya, lebihan tue rsnya dah lama.. tp, dalam 3-4 bln ni… ade lagi satu lebihan daging ni timbul dalam jarak terdekat… sy sgt risau.. bole doc bg advice? & adakah perlu utk sy berjmpa doc dlm hal ni? Lebihan ni x sakit/xgatal/xrs ape2…

    • Dr Ernie says:

      wsalam…
      Maaf… masalah puan perlu pemeriksaan.. melalui pemeriksaan, doktor yang merawat dapat memastikan masalah yg puan alami. walaupun lebihan ‘daging’ ini tidak sakit, ia perlu diperiksa.
      terima kasih

  3. my5412 says:

    salam doc,

    sy pregnant 6 minggu tp doc tak jumpa sac. dia suh sy refer hospital dan diorg bg 2 minggu lagi utk repeat scan. sy ada history ectopic jd agak risau nak tunggu sampai 2 minggu. bole doc advise? thanks

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      puan boleh ambil ujian darah utk tgk level hcg.. jika tinggi dan x dpt kesan sac dalam rahim, then kemungkinan ectopic adalah tinggi..
      In Syaa Allah semoga kandungan ini tiada masalah..
      tq

  4. aini says:

    Assalam Dr.. saya nak tanya, dalam 2-3 hari ni saya rasa kegatalan di bahagian vagina, garu sampai pedih bila mahu cuci. kemudian ada keputihan berketul-ketul semasa saya cuci kemaluan. macam tisu yg basah yg berkecai itulah rupanya. pada mulanya saya anggap ini normal sebab sebelum ni saya pernah gatal2 di kemaluan juga kemudian hilang sendiri. tapi yang ini sekali dengan keputihan berketul. kemudian rasa sakit ketika bersama. seolah2 rasa mcm bahagian dalam ada keradangan, iritasi dan panas. saya syak kerana saya minggu lepas saya ambil antibiotik utk sakit telinga saya, kerana masa gatal dulu pun semasa saya ambil antibiotik. boleh Dr jelaskan? terima kasih..

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      kegatalan + vaginal discharge yg berketul biasanya disebabkan oleh fungal infection.
      adakalanya pengambilan antibiotik boleh mengganggu kestabilan vaginal flora. Bakteria “baik” seperti lactobacilli berkemungkinan utk mati sekali, Ini menyebabkan fungus merebak dgn cepat.
      Namun begitu, ia tidak bermakna pengambilan antibiotik itu tidak boleh.. kerana adakalanya ia perlu utk rawatan jangkitan di tempat yg bermasalah utk mengelakkan merebaknya jangkitan yg sedia ada.
      terima kasih

  5. intan says:

    salam doc, sy hamil 6minggu skrg.tp berlaku spotting coklat selang beberapa hari sepanjang minggu ini serta krem sket di perut. klinik yg sy check up tak bg dupasthon.perlu ke sy ambik ubat tu?

    • Dr Ernie says:

      Wsalam..
      spotting coklat bukan darah baru.. sebaiknya pastikan status kandungan.. jika kandungan ok dan tiada increase in bleeding boleh monitor shj dan boleh juga ambil duphaston.

  6. Anis says:

    Salam dr sy ade mengalami masalh period berpanjangan..bulan 5 hari tu period sy lewat 2 mnggu..bile biat ujian upt samar2 dan sy cube lg jd negative… pastu saya period….kalai ni period sehingga 3mnggu++ tanpa hnti…boleh sy taw ape masalahnye.. klinik dr bukak x pd bulan puase? Working hour pukul berapa

    • Dr Ernie says:

      Wsalam..
      Waktu operasi Bulan Ramadhan
      Isnin-Jumaat : 0900 – 1300,1400-1750,2030-2230
      Sabtu & PH : tutup
      Ahad : 1400-1730

      tq

  7. Sue alan says:

    Salam dr Ernie, Saya sgt berharap doktor dpt memberi idea dan nasihat apa yg harus d lakukan. Saya masih menyusukan anak berusia 9bln. saya mengalami masalah menurunkan berat badan. Berat Badan skrg 95kg Ketinggian 172cm.

    • Dr Ernie says:

      wsalam…
      penurunan berat badan semasa menyusu dan ketika tidak menyusu principalnya sama. yang paling utama make sure intake tak melebihi keperluan. memang semasa menyusu, ibu akan mudah berasa lapar.. yang penting kita jangan ambil berlebihan. take small frequent meal. pastikan you are well hydrated supaya milk supply tidak terjejas. simple regular exercise may help. In Sya Allah.. terima kasih

  8. Zara says:

    Assalamualaikum

    Saya ada pertanyaan.. saya last period 26/2/2016.. Pada bulan 3 semasa lewat sebulan saya ada cek up samar2… Saya cek setiap hari selama 2 minggu. Selama dua minggu upt saya kadang samar2 (5-6 kali) kadang negatif. Selepas 2 minggu saya cek upt hingga sekarang negatif. Adakah saya mengandung atau ada masalah lain?

    • Dr Ernie says:

      W’salam..
      Puan.. ada kalanya UPT positive samar2 then negative dalam situsasi kandungan x jadi.
      Jika sekarang UPT puan negative dan masih x dtg haid, puan boleh check di klinik.
      Jika klinik megesahkan puan tidak hamil, mungkin hormonal problem.
      terima kasih

  9. Na-d says:

    Boleh saya dptkan email klinik? Utk sy kemukakan soalan berserta gbr utk rujukan..

    • Dr Ernie says:

      go to page “hubungi kami”
      boleh klik di button contact us” di kemukakan soalan anda di sisi or direct type email yg ada di muka ini.
      tq

  10. hidayah says:

    Salam Dr, sya ingin mndapatkan nasihat.saya telah berkahwn pada tahun 2010, dan mmpunyai 3 orng ank (5 thn, 3 thn dan 5 buln). Ank ke3 fully breastfeed. Sy ada masalah dingin dgn suami sjak lahir ank pertama lagi.tiada lgsung sebrg rasa fizikal mahupun emosi semasa hub seksual. Masalah ini berlarutan sehingga sekrg.sy pernah berbincg masalah ini dgn suami, tp masih belum mendpt jln pnyelesaian. Sy pernh terbc mngenai hormon prolaktin yg tinggi semasa bf mnyebbkn hormon estrogen mnurun sehgga mnyebbkn masalah seksual.adakah ini benar? Bolehkah sy tingkatkan hormon ini untuk pulihkan libido sy?bagaimanakah caranya? Atau adakah cara lain untuk selesaikan masalah ini.terima kasih atas nasihat Dr.

    • Dr Ernie says:

      Wsalam…
      Tahniah kerana puan menyusukan bayi secara exclusive. Banyak kebaikan menyusukan bayi.
      Ia adalah fairly common untuk ibu yang menyusukan utk mengalami masalah kurang sexial desire, even months after delivery. Ini adalah disebabkan oleh kesan menyusukan ke atas hormon anda. Hormon estrogen adalah rendah semasa menyusukan. Hormon ini berfungsi utk kelembapan dinding faraj. jadi, apabila ia rendah.. faraj akan lebih kering dang hubungan kelamin akan menjadi tidak selesa.. Tambahan pula, semasa menyusukan, hormon prolaktin akan meningkat.. ini akan mengurangkan sexual desire. Akhir sekali hormon testosteron (hormon lelaki) yang memainkan peranan dalam libido adalah lebih rendah pada ibu yang menyusukan.
      Nasihat saya, berjumpa lah dengan pakar.. selepas pemeriksaan dan perbincangan dgn puan… puan mungkin akan diberikan pil.
      terima kasih

  11. Farah says:

    Sy ada masalah sama dengan puan fiza. Harap doctor boleh bantu saya.sy dh berkahwin 4 bln then bln 12 ade period tapi period 10 hari ada kaler coklat hitam2 lps tu bln 1 tak de period. Bln 2 period dtg 3 hari je. Tp pinggang sakit perut bawah pun sakit belah kiri. Malam selalu demam dan badan mengigil. Badan kejap panas kejap sejuk.perut mcm org mengandung 3 bulan. Tp check upt negatif.

  12. Pn Fiza says:

    Salam doktor..saya sudah berkahwin selama 1 tahun 3 bulan..period saya jenis tak tetap setiap bulan..paling lama pon lewat 2 minggu atau sebulan, then pasti period turun..last period saya pada 24/10/2015..dan sehingga ke hari ini saya langsung tak period..sebulan selepas lewat period tu ada sakit period tapi period tak turun pon..dan hari demi hari..saya mengalami sakit pinggang..terasa cepat dahaga..mual di waktu pagi & petang..demam..setiap malam badan panas..slalu rasa mcm krem di perut..kerap lapar dan mengidam..saya dah banyak kali buat test upt tapi hasil nya negatif dan kdg sangat samar (bawah cahaya baru nampak double line)..saya ada check pada makcik yg pandai berubat tradisional..katanya saya hamil 3 bulan..tapi minggu lepas saya ke klinik buat scan, doktor kata tak nampak apa2 dan tiada cyst..hari ini saya buat test upt guna clearblue tapi resultnya not pregnant..saya musykil adakah saya hamil atau tidak..perut saya jugak membesar macam org hamil..apa yg patot saya lakukan? mohon bantuan doktor mengenai masalah yg saya alami ini..terima kasih..

    • Dr Ernie says:

      Wslm..
      disebabkan puan sudah bertanyakan soalan yg sama dlm e mail… sy dah reply email puan earlier… tq

  13. hieda says:

    Assalamualaikum. Doktor, boleh saya dapatkan email doktor? Saya ada nak tanyakan sesuatu yang agak personal. Terima kasih.

    • Dr Ernie says:

      click di “contact us” tab pada kemukakan soalan anda di sini.. ia akan terus ke email saya.. tq.(lihat ruang kanan page ini)

  14. firdaus says:

    Assalamualaikum doktor,
    brape kos untuk ujian kesuburan HSG?

    • Dr Ernie says:

      Wsalam.. Maaf.. Ujian HSG kami x buat di klinik.. Kami rujuk ke hospital.. RM 180-200 bergantung pada centre.. tq

  15. Tini says:

    Salam Dr,

    Sy dh penah wat rawatan kesuburan di lppkn dan mendapat anak perempuan. Skrg sy nk wat rawatan kesuburan utk anak yg ke 2.nk tanya,kalu sy nk wat kesuburan di klinik Dr,adakah sy perlu mjalani semula semua procedures mcm ambil darah,x ray hsg dan sebagai atau sy bleh bawa je hasil keputusan yg saya buat dgn lppkn dulu dan dtg ke klinik Dr?

    • Dr Ernie says:

      Wsalam…
      Memadai dengan keputusan terdahulu..(bawa result n report HSG). Jika perlu baru ambil test lain..
      TQ

  16. akma says:

    Kalau saya buat pemeriksaan lanjut di klinik dr. boleh ke?

  17. akma says:

    Assalamualaikum..saya nak tanya dekat klinik ni ade injection utk kuatkan kandungan tak? Boleh tahu berapa harganya?ada side effect ke?

    • Dr Ernie says:

      W’salam..
      hormon utk kuatkan kandungan ada 3, tablet, injection ataupun yg masukkan ke dlm faraj.
      di klinik ini kami ada tablet shj.
      tq.

      • akma says:

        Tablet tu duphaston ke doktor?saya mengalami spotting bewarna coklat.saya pergi ke klinik biasa doktor cakap ancaman keguguran.dan diberi ubat duphaston.adakah ianya sudah memadai atau saya perlukan injection?saya dinasihatkan untuk berehat dirumah selama sebulan kerana kerap spotting.kadang2 keluar warna merah.dimana saya boleh dapatkan injection untuk kuatkan rahim dan berapa anggaran kosnya ya doktor?terima kasih

        • Dr Ernie says:

          adakah puan sudah diperiksa bhw pendarahan bukan daripada pangkal rahim?
          biasanya duphaston sudah memadai.
          puan dinasihatkan rpt scan 2 minggu slps scan terakhir puan
          Puan boleh dapatkan injection itu di klinik pakar wanita atau hospital swasta yg berdekatan puan
          Maaf, saya kurang pasti dgn kosnya.
          tq

          • akma says:

            Assalamualaikum dokter,
            Saya dah buat buku pink,scan dan makan ubat duphaston.sekarang masih ade lagi keluar lendir coklat sekurang2nya seminggu sekali.bila scan alhamdulillah dokter diklinik kerajaan ckp baby aktif.sekarang kandungan saya sudah 14 minggu masuk 15 minggu..kenapa ye dokter cecair coklat itu masih keluar sehingga sekarang?perlukah saya ambil suntikan kuatkan rahim atau boleh saya dapatkan pendapat atau nasihat dokter?trm ksh..

          • Dr Ernie says:

            Wslam..
            Pemeriksaan lanjut perlu dibuat utk mengenalpasti punca darah yg keluar.. ada kalanya pendarahan yg sedikit itu drpd pangkal rahim.. tq

  18. WANIE says:

    assalamualaikum… dr, saya dalam proses nak ambil anak angkat pada 25/7/2015, saya inging menyusukan anak angkat saya, saya sudah berkahwin 13 tahun dan belum ada anak sendiri, apakah caranya untuk saya hasilkan susu badan sendiri

    • Dr Ernie says:

      W’salam…Maksud puan anak angkat akan bersama puan mulai esok? Oleh kerana masa terlalu singkat, Puan boleh mengambil ubat suntikan bersama ubat makan untuk menghasilkan susu. Tapi perlu diingatkan, proses pemerahan/stimulation adalah amat penting. Susu akan mengambil masa dalam 1-3 minggu untuk terhasil. Bergantung pada kesungguhan kita memerah/stimulate. Yang penting jangan putus asa. In Syaa Allah.

  19. Colleen says:

    Hi do you have another outlet in Bangsar?

  20. shafina says:

    Dokter kalau sye nk ambil bayi yg bru lahir utk jdikan anak angkat dri klinik dokter blh ke?

    • Dr Ernie says:

      Puan Syafina, Klinik kami tidak menyediakan perkhidmatan sedemikian. Kami cuma membantu ibu yang mengambil anak angkat untuk meyusukan bayi mereka dan khidmat nasihat kesihatan dalam penjagaan bayi. Terima kasih.

  21. Aju hamisah says:

    Salam sejahtera doktor. Nak tanya berapa kos untuk pap smear?

  22. deanne says:

    Hi want to ask price for 4D scannning and what others service this clinic provide.

    • Dr Ernie says:

      Hi.. our 4D scan is RM 120.00.. you’ll be given report of fetal growth scan, CD n a photo of the 4D image. Image may be affected by fetal position and amount of amniotic fluid.
      You may want to look into ‘perkhidmatan kami’ page for other services or contact us for further enquiry. Thank you…

  23. FIFI says:

    Berapa kos utk montly checkup pregnancy

194 Comments to Q&A

  1. crol says:

    hai puan..sy berumur 26thun.ada 2org anak.sy melahirkn anak kdua pd thun 2014.anak kedua genap 1thun,sy mengambil depo injek selama 2tahun.sy baru2 berhenti depo injek pd bln january thun ini..selepas berhenti saya mengamalkan minuman jus jamu sehingga hari ni.masalahnya..perlukah sy mengambil vitamin folic acid utk myuburkan lg kitaran haid sy?kerana sy blm period lg selepas bhenti dr injek.utk pengetahuan puan,selama mengambil depo,dlm masa 2thun berat bdn sy mmg naik dr iaitu 45-56kg.bg pendapat puan perlukah sy mengambil vit.folic acid atau tunggu sehingga 6bln-1thun(period+kesuburan).sy bharap puan akan membalas d emel sy.thank u.

    • Dr Ernie says:

      Puan..
      kebanyakan wanita akan kembali subur sebaik sahaja effect depo hilang [3 bulan slps last injection]. namun ada juga yang mengambil masa up to 6 months. selain itu, kenaikan berat badan memberi impak yg besar pada return of fertility. puan perlu cuba utk kembali ke berat badan ideal kerana ia boleh membantu puan. folik asid boleh dimulakan se awal 3 bulan sebelum puan try to conceive. tq

  2. syaz says:

    Salam doc, sy mmpunyai kitaran haid yg normal 28-35hari, tp bulan ni sy da lewat 10hri. Apakah rawatan yang sesuai? Scan or blood test untuk mngetahui masalah yg sy hadapi. Dan bpe cost nye? Sy bru berkahwain dua bulan dan kadang ble bersama sy ade rasa sakit di abdomen. Adakah itu normal?

  3. Liza says:

    Assalamualaikum doktor. Berapa harga rawatan pemakaian ring pessary?

  4. Liza says:

    Assalamualaikum doktor. Berapa harga rawatan untuk pemakaian ring pessary?

  5. nur says:

    Assalam doktor.. sy dah 2 tahun berkahwin. dan skrg sedang mnjalani rawatan untuk buat iui.. sy perlu buat hsg tp masalah sy adalah sy terlalu takut dan doktor bru nak masukkan speculum sy dah minta hentikan sbb trlalu takut dan mnggigil.. mcmna sy nak atasi masalah sy? ada ke cara lain yg boleh bantu sy atasi masalah ni? x boleh ke buat iui tanpa hsg? atau doktor boleh sarankan sy dengan kaedah lain?

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      hsg bertujuan utk melihat kaviti uterus dan tiub fallopian.. IUI memerlukan paling kurang satu daripada tiub itu tidak tersumbat..
      satu lagi cara utk melihat status tiub adalah melalui laparoscopy.. tapi ia hanya dilakukan jika ada prosedure lain seperti membuang cyst ingin dilakukan dalam masa yg sama..
      tq

  6. Eina says:

    Assalamualaikum doktor, saya ada kemusykilan di bahagian bawah perut mungkin di ari-ari terasa perit dan tegang. Perlukah saya membuat pemeriksaan. Untuk pengetahuan doktor period terakhir saya pada 24.01.17. Pada 31.01.17 hari ke 8 ada melakuakan hubungan kelamin.
    Sekian terima kasih.

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      sakit pada pangkal ari ari boleh disebabkan oleh jangkitan pada pundi kencing. ia juga boleh disebabkan oleh kehamilan.. namun jika anda hamil.. perlu berjumpa doktor utk pastikan kandungan bukan di luar rahim.. tq

  7. sya says:

    Salam doktor..saya dah hampir setahun berkahwin tetapi masih belum ada anak..period saya setiap bulan datang tanpa missed.. perubahan waktu period saya alami lepas 3 bulan berkahwin..kadang2 lambat..kadang cepat..saya juga ada buat OPK..dan setiap bulan berjumpa waktu subur saya.. cuma satu.. setiap kali bersama suami , air mani suami akan keluar ..maksudnya saya tak tahu sama ada semua atau lebihan..bila berurut, tukang urut kata rahim kembang dan banyak angin sebab tu air mani keluar lepas bersama..

    • Dr Ernie says:

      wsalam…
      puan.. air mani hanya medium utk sperma.. hamya sperma yg berenang kedalam rahim.. air mani kekal di dalam faraj.. itu yg menyebabkan ia keluar semula bila kita mula bangun..
      tq

  8. Norsuhailah binti zulkafli says:

    Assalamualaikum Dr ,

    Saya nak tanya , setiap kali saya buang air mesti rasa pedih and celah paha saya melecet . Kadang Kala keputihan keluar menyebabkan saya tidak selesa Dan rasa gatal . Tetapi sekarang keputihan dah kurang cuma melecet Di celah paha Dan tidak selesa ketika berjalan . Setiap kali saya period melecet akan teruk Dan mcm membengkak . Kenapa Yee ?

    • Dr Ernie says:

      wsalam.. berdasarkan penerangan, lebih kepada fungal infection.. better get treatment sebelum makin teruk. doktor yg merawat mungkin akan bagi ubat makan atau cream atau both..
      tq

  9. Mawar says:

    Sy nak tanya adakah normal,sy selalu merasa pedih didinding rahim setelah suami mengeluarkan kan air mani,dalam berapa minit dan kmbali pulih,tak selalu belaku tapi kerap,bolehkan sy buat ujian ultrasound wlaupon tak mngandung.. Atau doc cadangkan pap smear

    • Dr Ernie says:

      ultrasound boleh dilakukan walaupun tidak mengandung.. cuma dalam situasi puan, pedih pada faraj mungkin disebabkan oleh jangkitan. memadai dengan pemeriksaan speculum dan sample jika perlu.
      tq

  10. sha says:

    Asslamualaikum ..maaf lari tajuk ..Saya nak tanya kalau seseorang perempuan masih dara or dak ..Nak tahu kepastian ..Berjumpa ngn doktor boleh ka? selalunya doktor akan scan or akan check vagina sendri?

  11. misya says:

    salam Dr, saya berumur 21 tahun, kwasan dalam bhgian miss v sya mnjadi warna putih2 dan kadang2 gatal. apakah penyakit yg saya hadapi? bagaimana untuk atasinya? kesudian Dr menjawab persoalan ini amat saya hargai

  12. Nana says:

    Salam doc,

    saya pernah hamil dan anak dah berumur hampir 3tahun,skrg saya dan suami dalam proses untuk dapatkan anak ke2 tetapi masih belum ada rezeki,tahun lepas saya ada terkena jangkitan herpes vaginal,dan menyebabkan luka2 di sekitar vaginal,dan keluar cecair seperti nanah yang pekat,tetapi saya telah dapatkan rawatan sakit puan dengan mengambil antibiotik dan telah pulih sepenuhnya,dan baru2 ni saya ada juga jumpe doc dan buat scan rahim tp so far semua okey,dan saya nk bertanya ada kemungkinan ke tiub saya rosak atau tersumbat yang menyebabkan saya masih belum hamil lagi.

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      jika jangkitan hanya dibahagian luar, less likely utk tube tersumbat.. is there any weight increment selepas delivery dulu… adakalanya berat badan naik dan mengganggu ovulasi. tq

  13. Imah says:

    assalamulaikum, sya nak tanya kalau TTC boley tak gunakan KY lubricants?

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      KY boleh digunakan but there are few other lubricant yg better sebab lebih sperm friendly.. like TTC, pre seed and conceive plus.. boleh didapati in most pharmacy..
      tq

  14. Fara says:

    salam doktor, ini pertama kali saya ada di sini, saya mengalami kencing berdarah, saya terasa sakit di ari-ari… sebelum ini saya tidak mengalami masalah ini.. boleh berikan sedikikt penerangan utk penyakit say ini…

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      kencing berdarah boleh disebabkan oleh jangkitan pada sistem urinary atau batu karang. sakit di ari2 may reflex infection. dapatkan rawatan di klinik berdekatan.
      tq

  15. ira says:

    As Salam Doktor,

    Saya bercadang utk menyusukan ank angkat (bayi telah lahir tetapi masih di hospital. Dipantau doktor sebab demam kuning). In syaa allah dalam waktu terdekat sebaik saja bayi boleh discharge, sy akn bwa pulng ke rumah. Boleh doktor cadangkan bila waktu paling sesuai utk sy dptkn “suntikan hormon utk mnghasilkn susu” dalam waktu yg singkat ini dan berapa anggaran kosnya?

    • Dr Ernie says:

      Wsalam..
      Tahniah.. puan bakal membawa pulang anak dalam masa terdekat..
      – jika pun pernah melahirkan dan menyusukan, proses mungkin akan ambil masa lebih singkat. namun jika puan tidak pernah hamil, perlu menyediakan payudara untuk menyusu. mungkin ambil masa lebih lama..
      – walaupun puan ambil suntikan, komitment merangsang penghasilan susu yg menentukan kejayaan laktasi puan.
      – sebaiknya mulakan seawal mungkin kerana susu ambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu utk terhasil.
      tq

  16. aziman2017 says:

    As’salam Dr,

    saya nk tanya berkaitan proses rawatan kesuburan. saya dh berkahwin selama 7 tahun tapi masih belum ada rezeki utk menimang cahaya mata. tahun 2015 saya disahkan ada endometriosist dan telah membuat pembedahan laporscopy. Kini saya telah meneruskan dengan rawatan kesuburan. saya telah menjalani ujian darah bagi D2 dan D21 tapi masih belum mendapat keputusan. doktor bagtau saya perlu menjalani ujian HSG juga. ini kerana doktor cadangkan saya dan suami utk membuat IVF bagi mempercepatkan proses kehamilan.
    saya ingin bertanya, adakah perlu utk saya jalani ujian HSG dan IVF atau saya masih ada peluang utk mengandung secara normal.
    Mohon pandangan doktor..

    Terima kasih.

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      dalam situasi puan, diagnosis endometriosis telah dibuat.
      doktor yang merawat mengetahui stage of the disease.
      HSG memang perlu utk mengetahui sama ada tiub tersumbat atau tidak.
      jika tiub x tersumbat, dan puan ovulating puan masih berpeluang utk hamil secara semulajadi cuma mungkin mengambil masa yg agak lama. saya cadangkan puan berbincang dgn pakar yang merawat kerana beliau lebih arif dgn masalah yang ada. rawatan pesakit adalah berbeza walaupun diagnosisnya mungkin sama. tq

  17. scha says:

    assalammualaikum doktor..
    saya nak tanya..sekiranya saya ambil clomiphene (d2-d5) dan metformin (d2 & d3), perlukah saya utk buat scan (perut) / tvs?adakah terdapat kesan sampingan sekiranya saya tidak melakukan scan?bagaimana saya boleh mengetahui telur telah dilepaskan? dan adakah risiko telur telah besar tapi tidak dilepaskan oleh ovari? atau perlu ambil suntikan utk pecahkan telur?saya sedang cuba untuk hamil anak ke2 memandangkan umur 35tahun dan anak sulung berusia 3tahun..tq

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      clomiphene mmg perlu monitoring.. kerana side effectnya spt OHSS boleh membahayakan Nyawa.. that is the reason TVS dilakukan utk tgk respond sebab takut over reaction..
      berkenaan metformin, ia bukan di ambil d2n d3.. rujuk pakar anda utk tahu cara pengambilannya.
      tq

  18. elina says:

    aslkm doc. sy ade 2 mslsh.

    1) sy skrg period tak teratur. 1st day bnyk drh, 2nd days sikit je drh & 3rd days until 7th days kuar coklat kehitamn mcm tu. aftr that perut di bahgian bwh buncit.

    2) sy sometimes sakit dibwh perut bahagian kiri & sometimes di bahagian kiri. sampaikn nk berjalan sakit, berdiri sakit, duduk sakit.

    sy nk buat checkup,tp sy xtw klinik biasa ade buat checkup utk mslh yg sy hadapi ny or x. if ade sy pon xtw harga kos pemeriksaan mahal or murah. saya risau sy ade sakit yg sy xtw. doc boleh jelaskn mslh yg sy hadapi. tq doc.

    • Dr Ernie says:

      wsalam… Puan/saudari…
      dalam situasi seperti yg dimaklumkan, boleh jalani scan utk exclude cyst / fibroid yg menyebabkan bawah perut buncit..
      jika semua normal, ia mungkin disebabkan oleh hormon..

      kos rawatan bergantung pada tempat melakukan pemeriksaan.
      boleh direct call klinik jika ingin maklumat lanjut.
      tq

  19. ika says:

    Salam doc,
    Sy ada masalah period berpanjangan. Hari ni ari ke 23, sebelum ni sy ada dptkan rawatan kesuburan. sy juga seorg pcoser. last sy amik clomid bln 10. dan selepas tu sy stop sementara rawatan. Utk period bln 12, ia berpanjangan sehingga arini, iaitu ari ke23, doc ada bg duphaston tp xde tanda2 darah utk berhenti.darah yg keluar tidak byk n tidak berketul2.. boleh ke kalau sy nak scan n dptkn consultation dr doc tentang masalah sy? n berapa ye kos utk masalah sy?

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      maaf atas kelewatan menjawab persoalan puan..
      haid yang berpanjangan namun sedikit biasanya memang berkait dengan hormon.. puan diberi duphaston utk stabilkan hormon..
      cuma jika ia tidak berkesan, puan mungkin perlu menggunakan ubat yang berlainan.
      sebaiknya jalani Scan TVS utk melihat masalah puan..
      scan gynae rm 50
      consultation RM 40 – 60
      Medication based on what needed 50-100
      tq

  20. Ida says:

    Salam Dr. Saya pernah menjalani minor surgery urk bartholin cyst 2014.benjolan tersebut tetap datang dan akan keluar air bercampur dgn darah bila saya tekan. Benjolan akan berulang sehingga skrg.ada ke cara nk hilangkan?saya bujang dan benjolan tu tak sakit.

  21. Nurul says:

    Salam doc, ingin sy bertanya .sy baru bersalin 2 bulan yg lps. Melalui vacum dan dijahit byk. Mgkin disebabkan banyak berjalan semasa pantang terdapat kulit yg dijahit dibahagian v tak bercantum. Sy dah refer ke doc semasa posnatal checkup dan dh diberi cream supaya bercantum.tetapi setelah 2 minggu tetap tak bercantum .ini merisaukn sy .apa yg patut sy buat. Adakah. Perlu dijahit semula dan boleh dilakukan di klinik doc .minta disertakan kos

    • Dr Ernie says:

      Wsalam.. maaf atas kelewatan menjawab soalan.. luka jika tidak bercntum perlu dijhit semula..
      di klinik kami lakukan under local analgesia/ bius setempat.
      kos bergantung pada keadaan luka..
      estimation RM100-300.
      Puan boleh call 0387275643 utk maklumat lanjut.

  22. zakirahhizam says:

    Salam dr..
    Saya ingin bertanya, Saya berusia 23 tahun dah sudah 5bulan berkahwin.. Last period pada 10 Oct 2016, now dah 9 Dec pun masih belum period lagi.. Tapi bila check UPT negatif.. Saya ada rasakan denyutan dibahagian perut kiri bawah pusat, dan kadang-kadang terasa bahagian dalam pusat saya seolah tertarik-tarik.. Apakah kebarangkalian ada pertumbuhan janin ? Dan mengapa keputusan UPT yg saya buat negatif ??

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      puan, delayed menses adalah perkara yg kerap berlaku.. jika upt negative, adalah sgt jarang utk berlaku situasi hamil / false negative result. namun utk kepastian, saya nasihatkan puan jalani ujian ultrasound. jika ultrasound negative, and repeat upt negative maka most likely just hormonal.. ia biasanya bersifat sementara.. tq

  23. bn says:

    Assalam doc..saya ada mengalami tompok2 putih seperti ulser di bibir faraj.lebih kurang 10biji..tiada mata.nampak seakan2 bernanah.. saya telah pergi dua doctor, doc 1 masa earlier stage gatal2..makan ubat x jalan so sy g doc kedua is gyne. dia minta saya consumed antibiotic 4x sehari. hari ini hari keempat sy mkn ubat dan sekejap sy rasa ok sekejap sy rasa mcm tumbuh baru.hari ini hari ke 8 sakit.

    saya ada jugak bilas dgn air rebusan sirih and manjakani.

    apa yang perlu sy lakukan…

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      jika masalah yang dialami adalah herpes genitalis, ia memang akan mengambil masa utk sembuh.. dan ia mungkin berulang.. namun jika ia hanya jangkitan kuman, ia akan respond dgn antibiotic. dapatkan pemeriksaan pakar sakit puan utk kepastian. tq

  24. ayu says:

    Salam Dr, sy berumur 25 thn dan belum berkahwin..sy di diagnosed endometriosis (choc cyst) oleh pakar O&G disalah sebuah hsptl..sy dinasihatkan utk mkn ubat bernama VISANNE selama 3 bulan utk mengecilkan cyst sy..ini bulan kedua sy ambil visanne..dan harini juga hari ke 10 keluar nye darah hitam choc pekat..kadang2 saya terasa pedih panas dan tidak selesa di kemaluan sy..ini pengalaman pertama sy kluar drah hitam dan pedih..boleh Dr explain kenapa darah ini hitam ini keluar? punca nya kenapa darah hitam pekat? sy ada tanya pakar tersebut sblm ni..dia cuma nasihatkan jgn berhenti lagi makan visanne tersebut..terima kasih

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      kesan ubat yang diberi adakalanya menyebabkan kawasan faraj kering.. jadi ia jadi x selesa dan pedih.
      utk darah yang keluar hitam itu memang kesan drpd ubat.. saudari x perlu risau.. ia tidak merbahaya.. biasanya pakar yang merawat akan repeat scan.
      namun begitu, saudari perlu berjumpa segera dengan doktor jika ada sakit dada, susah nafas, bengkak di kaki, sakit kepala yg melampau atau benjolan pada payudara.
      biasanya kesan ini jarang berlaku.
      tq

  25. Liayna says:

    Salam dr, sy nk tny mengenai haid tidak teratur.. sudah 3 bulan sy tidak datang haid.. bila buat pregnancy test -ve… apakah msalah yg sy alami dr..

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      haid yang teratur biasanya disebabkan oleh hormon – either BMI tinggi / PCOS / Thyroid or Prolaktin
      ia biasanya berkaitan dengan anovulation-
      jika puan dalam usaha untuk hamil, dapatkan pemeriksaan pakar- ia boleh dibantu
      tq

  26. akmar says:

    Assalamualaikum Dr,

    Sejak akhir2 ini sy sering kali merasa sakit di bahagian rahim kiri sewaktu bersama dgn suami. Sy terpaksa meletakkan tangan sy di bahagian kiri tersebut setiap kali bersama. Sakit yg seakan2 senak pd bahagian tersebut. Apakah cara yg terbaik untuk mengatasi masalah tersebut?
    Terima kasih.

  27. Nurhasyimah Hamid says:

    Assalamualaikum Doktor,

    Saya ingin bertanya.. saya kini dah berkahwin selama 3 bulan. Saya dan suami kini memang merancang untuk mendapatkan anak. Tetapi agaknya mungkin masih belum rezki untuk kami. Saya ingin bertanya kepada Puan, kenapa ya setiap kali saya bersama dengan suami, selepas itu mesti saya akan berdarah, perkara ini amat membuatkan saya risau.

    Terima kasih.

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      postcoital bleeding atau pendarahan selepas hubungan kelamin boleh disebabkan oleh masalah di pangkal rahim seperti radang, jangkitan, polyp dan beberapa faktor lain. puan perlu jalani pemeriksaan untuk melihat pangkal rahim.
      tq

  28. MIMIE says:

    SALAM DR
    SY BARU BERKAHWIN 5 OGOS 2016 , LAST PERIOD SY 31/8-6/9 SAMPAI SEKARANG SY XPERIOD LG BILA CEK UPT NEG – , APE SEBENARNYA MASALAH SY YE ? PERUT AND PINGANG BELAH KIRI KERAP SAKIT . 3HARI LEPAS BAWAH PEROT SAKIT MACAM NAK PERIOD TAPI SMPAI SEKARANG XDATANG LG .. CEK KLINIK BULAN LEPAS URINE SUME OK XDE APE MASALAH . DOC JUST BAGI UBAT TAHAN SAKIT JE.

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      perubahan ke alam perkahwinan adakalanya menyebabkan perubahan pada kitar haid. namun begitu ia adalah diagnosis of exclusion. bermakna.. jika scan normal, UPT negative and no other problem, puan boleh monitor. jika belum ada scan, better do one. tq

      • MIMIE says:

        MAKSUD DOC SY KNE BUAT SCAN LA YE SEMALAM SY MANDI ADA DARAH KELUAR SIKIT APE MAKSUD TU YE PG SY MUAL KDG PENING .. TAKOT NAK CEK UPT LG NATY KECEWA DUIT DA BANYAK HABIS BELI UPT ..BAWAH PERUT N PINGANG MESTI SAKIT ADAKAH NORMAL IF SY TAK PERIOD SELAME 2 BULAN LEBIH ?

  29. Mommy fina says:

    Salam doc…period sy sebelum ni x teratur..tp dlm mase dua bulan ni,dia dtg period…tp setiap kali nk period sy akan demam & cirit birit..is it normal?perlu ke sy dpt kn rawatan lanjut?tq doc

    • Dr Ernie says:

      cirit birit sebasa haid agak biasa berlaku. ini dikaitkan dgn hormon prostaglandin yg meningkat semasa haid. namun begitu, adakalanya ia dikaitkan dgn endometriosis. saudari boleh monitor dulu, namun jika risau dapatkan pemeriksaan doktor.
      tq

  30. sarah says:

    Dr,
    anak kedua sy sekarang berumur 3 tahun, saya berhenti menyusukan badan ketika dia berumur 4 bulan.. kenapa sehingga kini setelah 2 tahun lebih saya masih mempunyai air susu di kedua2 belah. jika dipicit keluar air putih kekuningan. untk pengetahuan doktor, sy mula mengalami sakit tulang bahu dan belakang akibat pemakaian tali bra yang terpaksa menampung breast yang besar. adakah ini normal atau mungkin sy menghidap kanser payudara?

    • Dr Ernie says:

      Puan,
      -adakah susu datang semula atau memang sejak awal
      jika baru, better jumpa doktor utk pastikan ia betul2 susu dan jika susu, puan perlu jalani ujian darah untuk tgk level hormon.
      – jika ia bukan susu, maka ultrasounf breast perlu di jalankan.
      tq

  31. LINDA says:

    Assalam Doc..
    Saya sudah melahirkan anak kedua pd 21.09.2015, tidak menyusukan bayi secara exclusive. Siang perah..malam direct. selepas 5 ke 6 bulan datang period. selepas tu tiada sehingga anak genap setahun 23.09.16 saya datang period lg. Tapi masih x tetap. Apa perlu saya lakukan? prosedur rawatan n kos nya. Moga ada jawapan..tq Doc.

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      haid mungkin akan tidak teratur jika puan masih menyusukan. kenaikan berat badan juga boleh menyebabkan gangguan pada kitar haid.
      jika berat badan tinggi, menurunkan berat badan ke berat ideal dapat membantu memulihkan kitar haid puan. the other alternative, provided pun x hamil, pengambilan pil perancang untuk 2 ke 3 bulan boleh membantu.
      terima kasih

  32. Nurul Hanira Bakri says:

    Salam sejahtera doktor.

    Sy mengalami senggugut setiap kali period, sejak saya di sekolah menengah. Sy juga sering mengalami sakit di bahagian bawah perut. Apakah langkah yang perlu sy lakukan? Adakah ia tidak normal? Terima kasih.

    • Dr Ernie says:

      salam..
      senggugut di alami hampir 50 peratus wanita.. namun hanya 10 peratus akan alami senggugut yang teruk. jika saudari alami sejak bangku sekolah.. most likely ia adalah senggugut biasa.. jika saudari risau, saudari boleh jalani ujian ultrasound.. kebiasaannya keputusan mungkin normal.
      tq

  33. Noor Mellyssa Merican says:

    Hi Doctor, Saya mellyssa.. saya baru berkahwin pd 1st Oct 2016… Last date period sy pada 3rd Oct 2016.. Normal cycle period sy dalam 30hari-33hari….

    Until tarikh hari ni, saya masih tak period…. symptom2 nk period tu ada..bila sy baca blog tentang symptom2 preagnant pun ada juga… tp sy xde rasa muntah2.. pening2, badan lemah, perut mengeras, breast membengkak tu ada..

    pd 3rd. Nov sy ada berjumpa doktor di Klinik Mediveron seremban untuk check kenapa sy sering pening2.. ada buat saringan air kencing untuk check preganant ataupun tidak… Ujian Negative n doctor beri tahu tekanan darah saya rendah below 100…n ujian air kencing detect saya mengalami kencing kotor..

    Doctor berikan sy antibiotic, acid folic and ural… supaya saya cuci n bersihkan air kencing….

    saya ada buat ujian pregnancy smlm (10/11/16) masih negative…

    adakah air kencing sy tak boleh detect tahap hamil sbb kan sy consume ubat ural n antibiotik tu?? or mmg sy tidak pregnant??

    Mohon Doctor boleh beri penjelasan kepada saya… Terima Kasih

    • Dr Ernie says:

      Hi Pn Melissa..
      adakalanya jika puan ada jangkitan seperti urinary tract infection, puan akan alami rasa loya dan pening..
      ural dan antibiotik tidak akan menyebabkan test upt negative.
      disebabkan puan baru berkahwin, delayed menses with negative UPT mungkin disebabkan oleh hormonal,.. cuma jika puan berasa was2, puan dinasihatkan membuat ujian upt pada waktu pagi, kencing yg pertama.
      tq.

  34. Azreen says:

    Salam doktor..sy brumur 23thun..sy mengalami masalah senggugut yg mmg tiap2 bulan kena..sakit pinggang kadang2 sampai muntah dan pening kepala..sy tak pernah lg scan atau berjumpa doc pakar..adakah sy ni ada cyst?

  35. ayu says:

    salam doc..saya nak tanya..saya kegguran pada 23/9/2016 secara complete miscarrage. bleeding dalam 2mgu. dan sekarang (26/10/2016) frst period after kgguran. so saya nk tanya, boleh ke saya consume clomid?sblm ni saya ada consume clomid dah saya pregnt. tq

  36. Teoh says:

    Hi, i just recently scanning my stomach and do pap smear, there are very clear now no any cyst. but last 6yrs ago i had an surgery for fibroid cyst. after do scanning all is healthy now. due to unable to get baby i asked doc, she advice me to do D2 AND D21 and checking husband sperm for the next step.. pls advice me what is the problem caused as i has follow and also checking opk when intercourse. but i wondering why there are still no success..

    • Dr Ernie says:

      Hi…

      Pregnancy is the result of a process that has many steps. To get pregnant:

      A woman’s body must release an egg from one of her ovaries (ovulation).- day 21 blood investigation in 28 days cycle person.
      The egg must go through a fallopian tube toward the uterus (womb).- HSG – xray to check the tube patentcy
      A man’s sperm must join with (fertilize) the egg along the way.- Semen analysis
      The fertilized egg must attach to the inside of the uterus (implantation).
      Infertility can happen if there are problems with any of these steps.

      i would advice you and your partner to see gynaecologist for detail examination. tq

  37. Nurul says:

    Salam Doktor Ernie,

    Saya pernah ke klinik Dr. tempoh hari. Dr. pernah beri ubat untuk period kerana period saya kadang kala tidak teratur selepas berkahwin. Saya pernah gugur akhir bulan 7 hari tu. Jadi sekarang saya plan untuk mengandung lagi dalam masa terdekat ini. Memandangkan suami saya kerja jauh berbulan-bulan lamanya, dan sekarang suami saya sedang bercuti utk 2 bulan. Dan sekrang saya hari ke 6 period. Jadi bila perlu saya ke klinik berjumpa Dr Ernie utk dpatkan ubat clomid/injection/apa2 ubat utk saya hamil lagi sebelum suami saya habis bercuti?

    Dan berapa charge utk ubat & berkhidmatan yang diperlukan?
    Tq Dr.

  38. Lyn says:

    Sy nk tanya. Selalunya apa procedure yg doc akn buat jika implanon tidak dpt dikeluarkn setelah sy pkai selama 3 thn?

  39. Ratna says:

    Assalamualaikum doktor. Saya baru merancang untuk hamil semula pada 28 Ogos 2016 setelah anak ke2 berumur tiga tahun. Selepas tiga hari tu, saya dah rasa seperti senggugut dan sakit pinggang. Pada 5 Sept 2016 saya sakit seperti contraction nak bersalin sebanyak 2x yg kuat dan dapati ada darah sedikit. Keesokannya saya period selama 3hari. Saya kerap sakit dibahagian ari-asri(bawah pusat) seperti senggugut yg kuat. Setelah itu simptom hamil saya tidak berkurang sehingga period lagi pd 3 Okt 2016 selama 3hari juga. Simptom hamil yg saya rasai seperti loya, kadang2 muntah, pening, kekejangan kaki, sakit kepala dan breast xselesa. Akhir2 ini kurang sikit sakit di ari2 tu. Saya check UPT -ve. Tapi kadang2 macam ada seakan2 garis terlalu kabur pada T, bila repeat tak ada pulak garis di T tu. 2x kejadian macam tu. saya ada scan pada 15 sept 2016, tapi xde nampak apa2.
    Untuk pengetahahuan doktor, anak ke2 dulu..saya check -ve jg dari awal..tapi setelah 10weeks hamil baru dapat +ve. Dan scan ada kantung. Saya juga period 2x dalam tempoh itu.
    Adakah kemungkinan saya hamil sekarang, atau ada sakit lain seperti cyst ke.. Apa yang perlu saya buat?

  40. Ina says:

    Slm dr…sy nk tanya period sy dh lmbt bln nie dkt seminggu..upt negative..bln lps period sy awl 9 ari dr tarikh sbnar..bln nie sy ad dmam dan ad ambk ubat demam,slsema ngn tahan sakit..adakah sbb sy ambk ubt2 tsbt pybb period sy xdtg2 lg nie..biasa period sy mmg teratur sblm nie..tp sjak bln lps period dh mula ting tong..dh 2thn kawin tp msh blm prgnant..

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      haid puan lewat mungkin disebabkan jangkitan yang puan alami.. jika kita x sihat atau alami jangkitan.. ia sedikit sebanyak boleh mengganggu kitar kita..
      bagi soalan ke dua.. saya cadangkan puan jalani pemeriksaan..
      kerana Untuk hamil :
      Seseorang wanita perlu menghasilkan telur daripada salah satu ovary (kilang telur) – ovulasi
      > bagi kitar haid 38-40 hari, waktu dijangka subur adalah hari ke 23-28
      – cara check ovulasi ; scan hari ke 23-26 melalui TVS untuk tgk follikel matang. atau ambil darah pada hari ke 31-34 utk hormon.

      Telur itu perlu bergerak melalui tiub fallopianmenuju ke arah rahim.
      > HSG
      – jika pernah menjalani pembedahan termasuk appendix atau ada endometriosis baru buat.

      Benih suami (sperma) perlu mensenyawakan telur tadi.
      > sperm analysis suami

      Telur yang telah disenyawakan perlu menempel ke dalam dinding Rahim (implantasi).
      > may need hormon utk support.

      puan boleh check perkara diatas.. kerana haid teratur adakalanya ovulasi tidak berlaku..
      in syaa allah.. rezeki akan tiba…
      tq

  41. Nisa says:

    Assalamualaikum Dr.

    Saya ingin bertanya, adakah normal jika saya mengalami kesakitan setiap kali selepas bersama suami? Sakit di bahagian luar dan dalam faraj kadang2 berlarutan hingga 2-3 jam selepas bersama. Untuk pengetahuan Dr, sy baru berkahwin sebulan yang lepas.

    Sy juga mengalami masalah keputihan yang kental dan berbau tetapi tidak gatal sejak sebelum kahwin, dan berlarutan hingga sekarang.

    Boleh sy tau berapa anggaran kos untuk pemeriksaan dan konsultansi untuk kedua2 masalah ini?

    Terima kasih Dr.

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      sakit ketika bersama atau dysparaeunia boleh disebabkan oleh
      – jangkitan
      – kekeringan ; menyusu, menopause
      – perubahan hormon juga boleh menyebabkan kekeringan
      – luka
      – masalah seperti vaginal septum..

      dapatkan pemeriksaan doktor utk mengetahui punca dan rawatan yg berkaitan.

      tq

  42. nad says:

    salam doc,pada bulan lepas saya mengalami period 2 kali pada tarikh 2 september selama 6 hari..selepas tu,saya mengalami period lg tuk kali kedua pada 23 september,selama 3 hari..yg jd kemuskilan sy,bagaimana sy nak tau bila tarikh period sy yg akan datang&berapakah kitaran period sy samada awal bulan or pertengahan bulan sebab nya bulan ni sy langsung belum period lagi

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      sebarang perubahan dalam kitar haid ; perlu exclude pregnancy.
      bila haid terganggu dan urine test negative… perlu tunggu next 3 cycle baru boleh anticipate overall cycle.
      tq

  43. Fara says:

    Salam dr.ernie..saya nak tnya..saya ade history ectopic..tiub kiri saya dh kena potong..sya dh delay period 22hari..harini sya buat upt alhamdulillah +ve doc..line pekat sgt2 :)..tapikan doc..haritu mase lpas operation..doc hospital pesan..kalau delay period lps ni..check +ve..cepat2 pg buat scan..nak tahu baby dlm rahim ke luar rahim lg..sya kira2 sya baru 7 weeks..bukan masih terlalu awal ke doc nak check..takut je tak nmpk pape nnt akan terus suspect ectopic lagi..saya takut lah doc..sya dh seronok sgt dah ni 🙁

  44. Anonymous says:

    Salam dr.ernie..saya nak tnya..saya ade history ectopic..tiub kiri sya kene potong..harini sya check upt..sbb dh 22 hari period delay..upt +ve..line pekat sgt2..alhamdulillah syukur..doc hospital pesan..sekiranya period delay check +ve..cepat2 pg scan..nak tahu dalam rahim ke luar rahim..klau kira2 sya baru 7 weeks..dah bole nmpak ke doc? Ke tidak trlalu awal utk scan? Saya tak de kekuatan la doc..sya dah seronok dapat 2 line..pekat lak tu..takut bila scan xnmpak..takut jadi balik 🙁

  45. bella says:

    salam DR .. sy dah nk dekat 3thn berkahwin.. tp masih belum di kurnikan zuriat .. kalau sy nk buat ujian kesuburan .. berapa ye kos ?

    • Dr Ernie says:

      wslm…
      Untuk rawatan kesuburan
      1st consultation : RM 40-120
      SCAN : RM 45-60
      BLOOD : 49-200++ (bergantung kpd keperluan )
      HSG : RM 200-350 (bergantung on hospital charges : tawakal or KPJ seremban
      SPERM TEST : 70.00
      medication to induce ovulation – depends on body respond

      IUI : RM 650.00 jika perlu
      ONCE medication started, patient need to be scanned D8, D10, D12
      treatment is individualised..
      tq.
      call 03-87275643 for more detail.

  46. Dila says:

    Salam Doc,

    Saya baru baru ini disahkan hamil 8 minggu, setelah 10 bulan berkahwin. Semasa scan, doc di klinik tersebut ada suspect satu ketulan di sebelah rahim saya. Beliau meminta saya rujuk pada pakar untuk keberangkalian Cyst wujud.

    Jadi, sebagai seorang yang tidak tahu menahu tentang prosedur, adakah saya:-
    1) patut rujuk klinik pakar untuk mendapatkan pandangan kedua?

    2) Terus ke Hospital pakar dgn GL dan surat reference ?

    Sekian, Terima Kasih.

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      cyst di awal kehamilan kerap berlaku.. majoriti cyst ini akan hilang selepas minggu ke 12..
      namun, ada juga cyst yang mungkin sudah wujud sejak sebelum hamil.. adakalanya ia perlu dirawat.. bergantung kepada pemeriksaan.
      tidak salah utk puan dapatkan second opinion.. jika ia hanya corpus luteal cyst, maka ia tidak perlukan apa2 rawatan specific..
      tq

  47. Mrs sya says:

    Salam doc , sy mempunyai masalah sakit di bawah rahim, period yang sangat tidak teratur pernah 6 bulan tidak datang period dan sudah berkahwin selama 1 tahun 6 bulan . Kebelakangan ini saya rasa amat tidak selesa di bahahian pangkal rahim saya dan rasaseperti kebawah dan menyebabkan saya kerap kencing, sakit semasa bersin dan jugak batuk . Macam mana saya nk buat pemeriksaan lanjut untuk memastikan keadaan rahim saya .

  48. Wawa Ampang says:

    Salam Dr..

    Saya Nak tny … Saya Blom berkahwin , berumur 28 tahun Dan tidak pernah melakukan hubungan sex. Saya tidak datang haid hampir 4 bulan sejak JUne lalu.. Saya tidak pernah mengalami situasi Ini. Tetapi Saya sering kali sakit senggugut Dan heavy flow sehingga memerlukan MC apabila haid. Oleh Sebab Saya Sudah 4 bulan tidak haid, berat badan naik, perut seakan buncit, adakah Saya mempunyai penyakit ? Doctor yang bagaimana Bole Saya berjumpe ?

    • Dr Ernie says:

      wsalam…
      saudari, haid tak ada selama 4 bulan biasanya disebabkan oleh hormonal.. tambahan pula haid sebelum ini heavy flow.
      berat badan naik dan perut seakan buncit boleh disebabkan oleh perubahan hormon.
      saya nasihatkan saudari berjumpa pakar sakit puan.. jika perlu, saudari akan diberi ubat.

      jika saudari mempunyai bmi tinggi, menurunkan berat ke berat badab ideal sangat membantu..
      terima kasih

  49. Shue says:

    Assalamualaikum doktor.sy nk bertanya, last period sy adlh pd 10.9.2016. Dn tarikh ovulasi adlh pd 26.9.2016 yang mana sy sahkan melalui opk. Average cycle sy adlh di antara 33-36 hari.namun begitu pd 4.10.2016 sy ad trlihat spotting darah.tetapi sdikit dn pd esok hari sudah tiada. Pd tarikh tersbut sy ad bersama suami. Kemudian pd 6.10 sy telrihat spotting lagi.hnya sdikit. Dn kemudian tade sehingga hari ini 8.10.2016 ada spotting bewarna coklat. Mengikut average cycle sy, sy dijangka period pd 15.10.2016. Tetapi melalui apps yg sy muat naik sy dijangka period pd 10.10.2016. Sy ad juga buat ujian kehamilan sekiranya spotting tersebut indicate implantation bleeding tetapi negative. Harap doktor dpt bantu utk berikan pnjelasan berkenaan perkara ini.kerana ia mnyebabkan kekeliruan sama ada darah tersebut adalah darah pre nenstrual atau darah implantasi. Dn knp sy dijangka period lebih awal darioada average cycle? Terima kasih

  50. Intan says:

    Assalam Dr..last period sy adelh pd 02/9-08/9 n cycle sy adelh slama 32 hri.kalau ikut kiraan, ovulation day sy adelh pd 20/9. Tapi pd 21/9-23/9, ade spotting coklat kehitaman. Slps spotting tu, ari2 sebelah kanan sy sakit sehingga sekrg dan kdg2 mnyukarkan sy utk bersama suami. Untuk pgetahuan Dr, 3 hri slps period, sy ade g berurut utk naikkan rahim, mkn jamu dan bertungku. Adakah spotting 2 terjadi disbbkn sy bertungku dan mkn jamu or ade mslh lain?

  51. aini says:

    salam, nak tanya . dekat klinik ni ade jual krim untuk herpes ke ? ini dah kali kedua saya terkena herpes . nak cari krim dia mcam susah . kalau ade berape rm ya ? kalau ada untuk cek atau rawatan caz brapa ?

  52. nurul says:

    salam doc,adakah normal jikalau saya datang haid awal seminggu dari due yg sebenar&hanya 4 hari sahaja haid saya sudah habis?tapi jadi persoalan saya,sampai skrg saya rasa sakit belakang,sakit pinggang,perut cramp&payudara saya sangat sakit on of,kenapa jadi sakit macamtu selepas haid doc?adakah saya mengandung or ada penyakit lain sebalik nya?patut kah saya buat rawatan?

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      any perubahan in menses perlu exclude pregnancy.. puan buat ujian kehamilan,, jika positif, then perlu ke klinik utk scan.. kebiasaannya sakit sikit2 di awal kehamilan itu biasa namun perlu exclude kandungan luar rahim.
      tq

      • nurul says:

        salam doc,saya dh cek UPT,ternyata negatif & maybe saya tak mengandung..tp kenapa yer sampai sekarang saya rasa sakit pinggang,sakit belakang,perut cramp & sakit payudara on of selepas haid?ke ada penyakit lain ?

        • Dr Ernie says:

          Wsalam..
          sakit pinggang, perut crsmp 7 sakit payu dara adakalanya disebabkan oleh perubahan hormon.. ia boleh terjadi pada awal kehamilan ataupun ketika menghampiri waktu haid. jika puan ada mengambil any suppliment yg mberunsur herba adakalanya ia memberi efek seakan hormon.
          tq

  53. Eva says:

    Assalamualaikum doctor,,sy nak tanya,lepas melahirkan anak k dua sy ad ikut perancang injecion yg 3 bulan,tp pakai 1 kali (3 bulan) je sy berhenti tp sy x pernah period,anak umur 8 bulan sy mengandung lagi anak k tiga,,lepas berpantang sy ad ikut perancang balik pakai dalam 2 kali (6 bulan),sekarng anak dah berumur 1 tahun tp sy x de datang period lagi ,dah cek k klinik and dah bagi obat nak lancar kan haid tp x de jalan juga,,yg sy nak tanya doctor ada kah sy masih boleh mengandung lagi walau pon x de period??anak full BF

    Sebelumnya terimakasih

    • Dr Ernie says:

      wsalam…
      puan hamil selepas anak kedua walaupun puan tidak ada haid kerana kesan perancang kehamilan drpd depo sudah habis. perlu jelas bahawa ovulasi / waktu subur berlaku sebelum haid keluar iaitu lebih kurang 11-14 hari sebelum expected haid. jadi memang ada kemungkinan utk hamil walaupun puan belum datang haid. tambahan pula LAM/ lactation amenorrhoea method atau cara merancang dengan menyusu badan hanya sesuai utk anak di bawah 6 bulan. Ini adalah kerana anak lebih daripada 6 bulan sudah mula mengambil makanan tambahan jadi kekerapan menyusu akan berkurang. tq

  54. nurul says:

    salam doc,berapa lama boleh mengandung selepas remove implan?

  55. Ina says:

    Dr.sy nk bertanya kalau disekeliling puting rasa sakit macan mana doktor?

    • Dr Ernie says:

      salam..
      jika sakit berkitar dekat dgn waktu haid most likely sebab perubahan hormon. jika sentiasa…dan berserta dgn kemerahan tandanya radang/jangkitan.. perlu pemeriksaan doktor. tq

  56. ana says:

    salam doc..bole x doc email sy..ad bnd personal yg ingin sy tanya..trime kasih

  57. Zarina Zainuddin says:

    Bolehkah pengidap penyakit kanser pangkal rahim tahap tiga menjalani IUI.tq

  58. Nurmazura says:

    Salam dr..sy nk tnya bagaimana dan kos unt sy buat ivf.ada ke khidmad tersebut.terima kasih dr.

  59. nurul says:

    salam doc,saya baru jer buka implant pada 29/08/2016 & mula period pada 01/09/2016 & baru jer habis period pada 07/09/2016,so bagaimana saya nak mengetahui waktu subur saya & keberangkalian untuk saya mengandung lagi?

  60. Ana says:

    Salam Dr, slps 1 minggu rasa x selesa di bhgn bwh, hasil google siang malam, sya rasa symptomx2 yg saya alami adalah sama spt , vestibular papillomatosis tlg bg nasihat , apa yg sya patut bwt seterusnya.. #sangat pedih msa nk buang air kecil.

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      vestibular papillomatosis adalah sangat jarang berlaku.. dan kebiasaannya ia tidak sakit. Namun begitu, ada juga sebilangan kecil yg mengalami rasa tidak selesa. Ia biasanya tidak memerlukan rawatan. Namun daripada penerangan saudari/puan,,, ia lebih menyerupai genital wart.. jika genital wart … Sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor utk memastikan masalah sebenar. terima kasih

  61. amalina says:

    Salam Dr,
    saya mengalami keputihan yang amat teruk dan banyak,sebelum ini saya pernah pergi hospital dan Dr bagi antibiotic,tapi keputihan itu berulang lagi..apakah yang perlu saya lakukan,seperti jaga pemakanan,makan jamu, pencuci wanita atau makan ubat..

    Terima kasih Dr

    • Dr Ernie says:

      Wsalam..
      Kebiasaannyakeputihan boleh disebabkan oleh fungus atau bakteria.
      Jika tiada perubahan selepas rawatan, dinasihatkan ambil sampel untuk ujian makmal kerana ia dapat mengenalpasti jenis jangkitan.
      Sementara itu, penggunaan pencuci wanita secara berlebihan adakalanya mengganggu kestabilan normal flora di kawasan faraj dan menambah burukkan keadaan.
      terima kasih

  62. rus says:

    Salam Dr,
    ada home care untuk bartholin cyst x??contoh mcm sitz bath,berkesen x?
    thank you Dr

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      Jika bartholin abscess yang dah pecah, nanah dah keluar, dressing and sitz bath boleh membantu. Namun jika baru infected, antibiotic is the first line.
      tq

  63. Syahirah says:

    Salam Dr. Nak tanya working hours klinik ni

  64. lia says:

    assalamualaikum dokter,
    berdasarkan lokasi benjolan bulat di sekitar alat sulit,saya rsa saya mengalami bartholin cyst,saya belum berkahwin lagi,adakah ia normal terjadi kpd wanita yg belum berkahwin dan apakah rawatan bartholin cyst dan kalau memerlukan minor surgery berapa harga dan tempoh hari untuk baik sebab sekarang saya tgh study..harap dokter dpt bantu saya sebab saya agak risau sangat kondisi saya ini

    terima kasih dokter

  65. lia says:

    assalamualaikum dokter,
    saya ada mengalami benjolan di sekitar alat sulit,rsa2 nya luka dan menyebabkan nanah…benjolan tersebut keras dan bulat tapi xsakit,kalau saya xbuat minor surgery untuk buangkn ia,ia boleh hilang sendiri atau nnti akan jadi benda lain sebab saya masih belum berkahwin dan malu untuk jumpa pakar sakit puan
    terima kasih dokter

  66. lia says:

    salam doktor,saya ada mengalami bengkak di kawasan sekitar alat sulit,rasa2 nya luka dan nanah,ada rasa keras dan bulat…kalau saya xbuat minor surgery buang benjolan nanah tu xpe x…dia akn hilang dengan sendiri atau nanti akan jadi benda lain…sebab saya belum kahwin dan malu untuk jumpa pakar sakit puan..terima kasih dokter

  67. Asmanurhusna says:

    Salam,Dokter saya ingin bertanya..baru ni saya ingin beurut utk menaikan peranakan..tapi tukang urut cakap..saya dah lekat sedangkan masa tu saya bawu saja abis period dlm 6 hari..last period 27.07.2016…jadi saya telah buat upt dh result ye -tve…bawu ni saya ada m’galami sedikit pendarahan di waktu pg (terdapat sdikit ketulan seperti ketulan period),lepas tu stop..sebelah petang bwu keluar darah balik tp kuantiti yg sedikit(kaler darah saya kelihatan coklat kehitaman,bau yg x m’yenangkan)..dh dua hari saya monitor..kedaan yg sama..pg ada sedikit lepas tu stop..dah petang bwu d darah ckit..malam xde pendarahan…bole saya tahu apa puncanya disitu..sekarang saya masih ada pendarahan (period)..hari ini hari ke-3…Sila bantu saya dokter..

  68. Zatiey says:

    Aslm dr..sy ingin bertnya tntg mslh sy alami .. Sy alami nipple discharge milky colour di sblh kanan shaja…sy xalami kesakitan dan xrasa sbrang benjolan ape2 skitar breast…ape mslh sy yee… Sy ade amek contracptive injection pd buln 7 artu ,adkn mslh ni dsbbkan oleh prbhn hormon…tq dr..

  69. muni says:

    Bole tak doc email kepada saya kos utk montly checkup pregnancy. tq

  70. norzazaliza abdul jalil says:

    salam doc, sy dah 4 tahun berkahwin tp x dikurniakan zuriat lg, sy just nk tnye klinik doc ade buat rawatan checkup utk pihak llki jgk x…

  71. Niza says:

    Assalammualaikum doc,

    Saya pernah melakukan minor operation utk membuang cyst. Selepas itu saya tidak lagi dpt hamil dan prnh melakukan ujian HSG dan mendapati tiub follopia saya tersumbat sebelah. Tpi pd masa tu saya tidak melakukan apa2 rawatan susulan. Skarang umur saya 41 dan saya ingin ada anak yg ke 4.

    Soalan saya ialah dgn faktor umur ini masih ada pluang ke jika saya ingin hamil lagi dgn rawatan IVF/IUI? Risikonya tinggi ke? Jika saya ingin ulang semula utk rawatan HSG di Hospital manakah yg ada doctor wanita?.

    Terima Kasih

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      – HSG : blocked 1 tube…
      > jika HSG ini dibuat selepas operation dan puan tiada risiko tambahan spt operation lain : appendicectomy etc, maka saya tidak nampak keperluan membuatnya sekali lagi.
      > Namun jika puan ingin menjalani ujian HSG sekali lagi, puan boleh call clinic utk maklumat lanjut dan inform area tempat tinggal supaya pihak klinik dpt allocate hospital terdekat.

      – Hamil at the age of 41
      > Tidak dinafikan peluang untuk hamil berkurangan dengan meningkatnya usia. Namun ia bergantung kepada ovarian reserve.
      > kehamilan pada usia ini berisiko utk dapat kencing manis semasa hamil dan darah tinggi. tetapi jika puan memang sudah ada penyakit maka tidak digalakkan hamil
      > risiko syndrom down lebih kurang 1 in 90 Kelahiran

      Pada pendapat saya… as long as puan dan suami memahami risiko, puan boleh cuba hamil. In Syaa Allah.

  72. Azi says:

    Assalamualaikum doc,

    Sy ade kerisauan, sy rasa ada mcm lebihan daging di bhgian atas kawa v saya, lebihan tue rsnya dah lama.. tp, dalam 3-4 bln ni… ade lagi satu lebihan daging ni timbul dalam jarak terdekat… sy sgt risau.. bole doc bg advice? & adakah perlu utk sy berjmpa doc dlm hal ni? Lebihan ni x sakit/xgatal/xrs ape2…

  73. my5412 says:

    salam doc,

    sy pregnant 6 minggu tp doc tak jumpa sac. dia suh sy refer hospital dan diorg bg 2 minggu lagi utk repeat scan. sy ada history ectopic jd agak risau nak tunggu sampai 2 minggu. bole doc advise? thanks

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      puan boleh ambil ujian darah utk tgk level hcg.. jika tinggi dan x dpt kesan sac dalam rahim, then kemungkinan ectopic adalah tinggi..
      In Syaa Allah semoga kandungan ini tiada masalah..
      tq

  74. aini says:

    Assalam Dr.. saya nak tanya, dalam 2-3 hari ni saya rasa kegatalan di bahagian vagina, garu sampai pedih bila mahu cuci. kemudian ada keputihan berketul-ketul semasa saya cuci kemaluan. macam tisu yg basah yg berkecai itulah rupanya. pada mulanya saya anggap ini normal sebab sebelum ni saya pernah gatal2 di kemaluan juga kemudian hilang sendiri. tapi yang ini sekali dengan keputihan berketul. kemudian rasa sakit ketika bersama. seolah2 rasa mcm bahagian dalam ada keradangan, iritasi dan panas. saya syak kerana saya minggu lepas saya ambil antibiotik utk sakit telinga saya, kerana masa gatal dulu pun semasa saya ambil antibiotik. boleh Dr jelaskan? terima kasih..

    • Dr Ernie says:

      wsalam..
      kegatalan + vaginal discharge yg berketul biasanya disebabkan oleh fungal infection.
      adakalanya pengambilan antibiotik boleh mengganggu kestabilan vaginal flora. Bakteria “baik” seperti lactobacilli berkemungkinan utk mati sekali, Ini menyebabkan fungus merebak dgn cepat.
      Namun begitu, ia tidak bermakna pengambilan antibiotik itu tidak boleh.. kerana adakalanya ia perlu utk rawatan jangkitan di tempat yg bermasalah utk mengelakkan merebaknya jangkitan yg sedia ada.
      terima kasih

  75. intan says:

    salam doc, sy hamil 6minggu skrg.tp berlaku spotting coklat selang beberapa hari sepanjang minggu ini serta krem sket di perut. klinik yg sy check up tak bg dupasthon.perlu ke sy ambik ubat tu?

    • Dr Ernie says:

      Wsalam..
      spotting coklat bukan darah baru.. sebaiknya pastikan status kandungan.. jika kandungan ok dan tiada increase in bleeding boleh monitor shj dan boleh juga ambil duphaston.

  76. Anis says:

    Salam dr sy ade mengalami masalh period berpanjangan..bulan 5 hari tu period sy lewat 2 mnggu..bile biat ujian upt samar2 dan sy cube lg jd negative… pastu saya period….kalai ni period sehingga 3mnggu++ tanpa hnti…boleh sy taw ape masalahnye.. klinik dr bukak x pd bulan puase? Working hour pukul berapa

  77. Sue alan says:

    Salam dr Ernie, Saya sgt berharap doktor dpt memberi idea dan nasihat apa yg harus d lakukan. Saya masih menyusukan anak berusia 9bln. saya mengalami masalah menurunkan berat badan. Berat Badan skrg 95kg Ketinggian 172cm.

    • Dr Ernie says:

      wsalam…
      penurunan berat badan semasa menyusu dan ketika tidak menyusu principalnya sama. yang paling utama make sure intake tak melebihi keperluan. memang semasa menyusu, ibu akan mudah berasa lapar.. yang penting kita jangan ambil berlebihan. take small frequent meal. pastikan you are well hydrated supaya milk supply tidak terjejas. simple regular exercise may help. In Sya Allah.. terima kasih

  78. Zara says:

    Assalamualaikum

    Saya ada pertanyaan.. saya last period 26/2/2016.. Pada bulan 3 semasa lewat sebulan saya ada cek up samar2… Saya cek setiap hari selama 2 minggu. Selama dua minggu upt saya kadang samar2 (5-6 kali) kadang negatif. Selepas 2 minggu saya cek upt hingga sekarang negatif. Adakah saya mengandung atau ada masalah lain?

    • Dr Ernie says:

      W’salam..
      Puan.. ada kalanya UPT positive samar2 then negative dalam situsasi kandungan x jadi.
      Jika sekarang UPT puan negative dan masih x dtg haid, puan boleh check di klinik.
      Jika klinik megesahkan puan tidak hamil, mungkin hormonal problem.
      terima kasih

  79. Na-d says:

    Boleh saya dptkan email klinik? Utk sy kemukakan soalan berserta gbr utk rujukan..

  80. hidayah says:

    Salam Dr, sya ingin mndapatkan nasihat.saya telah berkahwn pada tahun 2010, dan mmpunyai 3 orng ank (5 thn, 3 thn dan 5 buln). Ank ke3 fully breastfeed. Sy ada masalah dingin dgn suami sjak lahir ank pertama lagi.tiada lgsung sebrg rasa fizikal mahupun emosi semasa hub seksual. Masalah ini berlarutan sehingga sekrg.sy pernah berbincg masalah ini dgn suami, tp masih belum mendpt jln pnyelesaian. Sy pernh terbc mngenai hormon prolaktin yg tinggi semasa bf mnyebbkn hormon estrogen mnurun sehgga mnyebbkn masalah seksual.adakah ini benar? Bolehkah sy tingkatkan hormon ini untuk pulihkan libido sy?bagaimanakah caranya? Atau adakah cara lain untuk selesaikan masalah ini.terima kasih atas nasihat Dr.

    • Dr Ernie says:

      Wsalam…
      Tahniah kerana puan menyusukan bayi secara exclusive. Banyak kebaikan menyusukan bayi.
      Ia adalah fairly common untuk ibu yang menyusukan utk mengalami masalah kurang sexial desire, even months after delivery. Ini adalah disebabkan oleh kesan menyusukan ke atas hormon anda. Hormon estrogen adalah rendah semasa menyusukan. Hormon ini berfungsi utk kelembapan dinding faraj. jadi, apabila ia rendah.. faraj akan lebih kering dang hubungan kelamin akan menjadi tidak selesa.. Tambahan pula, semasa menyusukan, hormon prolaktin akan meningkat.. ini akan mengurangkan sexual desire. Akhir sekali hormon testosteron (hormon lelaki) yang memainkan peranan dalam libido adalah lebih rendah pada ibu yang menyusukan.
      Nasihat saya, berjumpa lah dengan pakar.. selepas pemeriksaan dan perbincangan dgn puan… puan mungkin akan diberikan pil.
      terima kasih

  81. Farah says:

    Sy ada masalah sama dengan puan fiza. Harap doctor boleh bantu saya.sy dh berkahwin 4 bln then bln 12 ade period tapi period 10 hari ada kaler coklat hitam2 lps tu bln 1 tak de period. Bln 2 period dtg 3 hari je. Tp pinggang sakit perut bawah pun sakit belah kiri. Malam selalu demam dan badan mengigil. Badan kejap panas kejap sejuk.perut mcm org mengandung 3 bulan. Tp check upt negatif.

  82. Pn Fiza says:

    Salam doktor..saya sudah berkahwin selama 1 tahun 3 bulan..period saya jenis tak tetap setiap bulan..paling lama pon lewat 2 minggu atau sebulan, then pasti period turun..last period saya pada 24/10/2015..dan sehingga ke hari ini saya langsung tak period..sebulan selepas lewat period tu ada sakit period tapi period tak turun pon..dan hari demi hari..saya mengalami sakit pinggang..terasa cepat dahaga..mual di waktu pagi & petang..demam..setiap malam badan panas..slalu rasa mcm krem di perut..kerap lapar dan mengidam..saya dah banyak kali buat test upt tapi hasil nya negatif dan kdg sangat samar (bawah cahaya baru nampak double line)..saya ada check pada makcik yg pandai berubat tradisional..katanya saya hamil 3 bulan..tapi minggu lepas saya ke klinik buat scan, doktor kata tak nampak apa2 dan tiada cyst..hari ini saya buat test upt guna clearblue tapi resultnya not pregnant..saya musykil adakah saya hamil atau tidak..perut saya jugak membesar macam org hamil..apa yg patot saya lakukan? mohon bantuan doktor mengenai masalah yg saya alami ini..terima kasih..

  83. hieda says:

    Assalamualaikum. Doktor, boleh saya dapatkan email doktor? Saya ada nak tanyakan sesuatu yang agak personal. Terima kasih.

  84. firdaus says:

    Assalamualaikum doktor,
    brape kos untuk ujian kesuburan HSG?

  85. Tini says:

    Salam Dr,

    Sy dh penah wat rawatan kesuburan di lppkn dan mendapat anak perempuan. Skrg sy nk wat rawatan kesuburan utk anak yg ke 2.nk tanya,kalu sy nk wat kesuburan di klinik Dr,adakah sy perlu mjalani semula semua procedures mcm ambil darah,x ray hsg dan sebagai atau sy bleh bawa je hasil keputusan yg saya buat dgn lppkn dulu dan dtg ke klinik Dr?

  86. akma says:

    Kalau saya buat pemeriksaan lanjut di klinik dr. boleh ke?

  87. akma says:

    Assalamualaikum..saya nak tanya dekat klinik ni ade injection utk kuatkan kandungan tak? Boleh tahu berapa harganya?ada side effect ke?

    • Dr Ernie says:

      W’salam..
      hormon utk kuatkan kandungan ada 3, tablet, injection ataupun yg masukkan ke dlm faraj.
      di klinik ini kami ada tablet shj.
      tq.

      • akma says:

        Tablet tu duphaston ke doktor?saya mengalami spotting bewarna coklat.saya pergi ke klinik biasa doktor cakap ancaman keguguran.dan diberi ubat duphaston.adakah ianya sudah memadai atau saya perlukan injection?saya dinasihatkan untuk berehat dirumah selama sebulan kerana kerap spotting.kadang2 keluar warna merah.dimana saya boleh dapatkan injection untuk kuatkan rahim dan berapa anggaran kosnya ya doktor?terima kasih

        • Dr Ernie says:

          adakah puan sudah diperiksa bhw pendarahan bukan daripada pangkal rahim?
          biasanya duphaston sudah memadai.
          puan dinasihatkan rpt scan 2 minggu slps scan terakhir puan
          Puan boleh dapatkan injection itu di klinik pakar wanita atau hospital swasta yg berdekatan puan
          Maaf, saya kurang pasti dgn kosnya.
          tq

          • akma says:

            Assalamualaikum dokter,
            Saya dah buat buku pink,scan dan makan ubat duphaston.sekarang masih ade lagi keluar lendir coklat sekurang2nya seminggu sekali.bila scan alhamdulillah dokter diklinik kerajaan ckp baby aktif.sekarang kandungan saya sudah 14 minggu masuk 15 minggu..kenapa ye dokter cecair coklat itu masih keluar sehingga sekarang?perlukah saya ambil suntikan kuatkan rahim atau boleh saya dapatkan pendapat atau nasihat dokter?trm ksh..

          • Dr Ernie says:

            Wslam..
            Pemeriksaan lanjut perlu dibuat utk mengenalpasti punca darah yg keluar.. ada kalanya pendarahan yg sedikit itu drpd pangkal rahim.. tq

  88. WANIE says:

    assalamualaikum… dr, saya dalam proses nak ambil anak angkat pada 25/7/2015, saya inging menyusukan anak angkat saya, saya sudah berkahwin 13 tahun dan belum ada anak sendiri, apakah caranya untuk saya hasilkan susu badan sendiri

  89. Colleen says:

    Hi do you have another outlet in Bangsar?

  90. shafina says:

    Dokter kalau sye nk ambil bayi yg bru lahir utk jdikan anak angkat dri klinik dokter blh ke?

    • Dr Ernie says:

      Puan Syafina, Klinik kami tidak menyediakan perkhidmatan sedemikian. Kami cuma membantu ibu yang mengambil anak angkat untuk meyusukan bayi mereka dan khidmat nasihat kesihatan dalam penjagaan bayi. Terima kasih.

  91. Aju hamisah says:

    Salam sejahtera doktor. Nak tanya berapa kos untuk pap smear?

  92. deanne says:

    Hi want to ask price for 4D scannning and what others service this clinic provide.

    • Dr Ernie says:

      Hi.. our 4D scan is RM 120.00.. you’ll be given report of fetal growth scan, CD n a photo of the 4D image. Image may be affected by fetal position and amount of amniotic fluid.
      You may want to look into ‘perkhidmatan kami’ page for other services or contact us for further enquiry. Thank you…

  93. FIFI says:

    Berapa kos utk montly checkup pregnancy

Leave a Reply