Doktor,bila boleh tahu jantina baby?……

boy? girl?

Bagi pasangan yang menanti kehadiran ahli baru selalunya teruja untuk mengetahui jantina anak yang dikandung.

Masa yang sesuai untuk mengetahui jantina bayi adalah pada minggu ke 20 ke atas. Pada masa ini perbezaan di antara lelaki dan perempuan menjadi lebih ketara dan mudah dibezakan. Namun begitu kedudukan bayi serta jumlah air ketuban juga memainkan peranan penting. Jika kaki bayi menutup alat kelaminnya atau air ketuban yang sedikit akan menyukarkan proses melihat jantina.

Scan jantina tidak boleh dijamin 100% tepat namun kebiasaannya akan  memberi kejituan 85-95%. (bergantung kepada kepakaran pengendali scan).

Comments are Closed